Isnin, 4 April 2011

Gatal ke.....bile org kahwin diawal usia?

Bismillahirahmanirrahim~
Assalamualaikum..

Seorang kenalan saya... duduk 1 kolej jugak dgn saya... Pelajar first year jugak...
Sama baya dgn sye... Cuti semester ni.. mungkin akhir bulan 4 ni akan melangsungkan perkahwinan nya.. Dia seorang pelajar aliran agama.. mankala bakal isteri nya nanti juga seorang pelajar tetapi aliran medic... Saya agak teruja sebenarnye dgr berita ni.. 
AWALNYe??  mungkin mereka ada sebab mereka yang tersendiri..

Ade jugak orang kampung saya.. belakang rumah je.. anaknye dah ditunangkan seawal usia.. 12 tahun.. sepatutnya bakal berkahwin bila umur mencecah 18 nanti.. hebat x hebat??
tapi seriously cakap.. budak tu mamang lawa... bakal lakinye x pulak sye tahu berapa umurnye..

cite korea... perempuan ni kahwen muda.. hihi
Pada pendapat saya x salah kalau kita nak kahwen awal pun.. terpulanglah dekat individu masing2...
lagipun KAHWIN awal ni ada baik dn buruknye.. biasalah setiap perkara mestilah ade kesannye.. sama ada yg baik atau yg buruk.. siapa tahu.. mungkin org yg kahwin awal ni antara golongan yg sudah wajib berkahwin??? TANDA2 TELAH WAJIB BERKAHWIN (klik utk bace pautan)
KAHWEN juga ada hukum2 dia...::

1. Perkahwinan yang wajib. 
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina 
2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang. 
3. Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya. 
4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.
tapi.. mungkin ramai ibu bapa yg x bersetuju apabila anak2nye nak kahwin awal ni..
kalau macam sye... betul.. x fikir pun lagi pasal kahwin... cume bercerita saje2 macam ni ha..
ibu dah..
 "ha.. dah gatal nak kahwen la tu.. study pun x habis lagi..jangan berani nak pikir2 yea.."
adus.. oh ibu ku.. haha~

mungkin ibu-bapa ni ada tanggapan dia sendiri pasal kahwin awal ni.. yela umur setahun jagung lagi.. makan pakai pun masih gne duit ibu bapak dah ada hati nak kahwen..?? begitulah gamaknye..
  1. mungkin.....
  1. Syg anak dan xnk lpskan kat org lain
  1. dgn begitu mudah. Mst ibu bapa kurg percaya pd psgn anak tuh..takut anak akan kecewa 1 hr nnt..takut anak tanggung ksshn pd usia yg muda. Xnk anak menyesal dgn perkahwinan.
  1. Tak percaya pd anak
  1. Ibu ni kan dah lame hidup dari kita.. dia tahu la hal sekeliling ni.. ibu lg mengenali anak sdiri. Ibu yag susah payah duk membesarkan..dr pd minum susu badan sampai minum susu anlene.. huhu....dr xreti ckp smpi dah pndi melawan!..Jadi hati ibu ni tau anak ni terlalu mengikut keinginan, nafsu..mudah terpengaruh..Terlampau taksub dgn CINTA..
  1. Takut pandangan masyarakat
  1. yela kan.. cube pikir..ape org sekeliling akan pikir?? "gatal sangat budak ni erk..waduh2..nak kawin muda2 sgt ni nape..lg2 tgh blaja..dah kne tgkp bsh ke..dah buat bende x baik ke.." biaslah.. fikiran org..kte x leh nak kawal.. . tgk2?? benda baik pun boleh jadi fitnah tau. tapi bagi ibu bapa yg cool je hadapi sume ni.. (kebanyakan yg menyokong perkahwinan awal usia ni org yg kuat agamanya....)
  1. "xsopan tgk anak tuh keluar b'2 dgn psgn die..sblm pape jd baik sye kawinkan.." btul x? sblm bende xbaik jd baiklah kawinkan je..
  1. Rase tanggungjawab anak tak hbs
  1. de jugak ibu bapa yg pk mcm ni..anak tuh blm pun keje..blm smpt pun b'bakti pd ibu bapa... dah gatal nak kahwen... lagi2 anak sulung.. (saye lah tu.. haha)
  1. Anak belum cukup ilmu agama dan rumah tangga
  1. Nak berkeluarga bkn seronok2 je...bkn skdr nikah dan hidup b'same..tanggungjawab besar... tu sebab ada dalil yg mengatakan.. seseorang yg berkahwin itu telah sempurna separuh dari imannya.. ingat senang ke nak sempurna iman? banyak dugaannye..yg lelaki mampu x jd imam solat jemaah?yg prmpn sedia ke nak pikul tggungjawab sebagai suri yg taat?? prmpn bila kawin suami jd lbh utama dr ibu. Tp utk lelaki..ibu msh lbh utama dr isteri...
  1. Majlis agama sekarang ni pun semakin menggalakkan remaja sekrang kahwin awal.. atas sebab mengurangkan maksiat... langkah yang bagus.. tapi.. cukup bagus ke? biasalah remaja... ilmu belum cukup didada... diaorang duk bercinta pun putus2.. bertukar2 pasangan..
  2. hurm.. x pe .. mungkin dgn bkahwin baru dia sedar tanggungjawab ..? siapa thu??
  3. ingat ye.. berkahwin tu satu tanggungjawab.. bukan saje2 berkahwin utk menghalalkan sesuatu yang haram... bila dah bosan..cerai.. jangan sekali2.. Allah membenci penceraian.
  4. MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA GALAK REMAJA MAMPU KAHWIN AWAL
  5. (klik utk bace pautan)

  6. bagi yang nak kahwen awal tu.. cube2 cermin kan diri anda.. err.. maksud saya kat sini.. bkn bermaksud tgk diri anda kacak@cantik atau x.. ade org nak ke x.. bukan ye..
  7. maksud saya.. dah layak ke nak kahwen?? x memudaratkan diri ke kalau kahwin tu..? diri dah bersedia ke?

  8. ape yg anda perlu ada kalau anda nak sangat kahwin??
  9. boleh dikata mcm tips jugak lah ni...

  1. BERKERJAYA DAN BERPENDAPATAN TETAP
Kerjaya dan mempunyai pendapatan yang tetap merupakan suatu aset yang penting bagi seorang suami yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri mereka. Tanpa aset ini, maka kehidupan rumah tangga anda sudah pasti huru hara. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
WANG SIMPANAN YANG MENCUKUPI
Sebelum mendirikan rumah tangga, adalah lebih baik anda mempunyai wang simpanan yang mencukupi agar kelak di masa anda susah, anda dapat berdiri di atas kaki sendiri. Jangan harapkan orang lain untuk menolong perkahwinan anda itu kecuali anda merupakan seseorang yang tiada perasaan malu.
BERSEDIA PIKUL TANGGUNGJAWAB
Sebagai seorang suami ataupun isteri yang bakal-bakal mendirikan rumah tangga, anda sepatutnya mempunyai kekuatan diri iaitu mind setting 110% bahawa anda benar-benar bersedia mendirikan sebuah masjid itu. Hal ini kerana kelak insyaallah anda akan menjadi seorang ibu atau bapa kepada seorang anak kecil yang baru lahir di dunia inI
MENDAPAT RESTU IBU BAPA
Melakukan apa-apa jua jenis pekerjaan didalam dunia ini, kita perlulah memohon restu daripada kedua ibu bapa kita agar perkahwinan yang bakal kita dirikan tidak lama lagi ini di restui oleh mereka.
BOLEH BERTOLAK ANSUR
Setiap orang manusia itu sudah pasti mempunyai tahap keegoaan mereka tersendiri. Jika berlaku suatu masalah, janganlah berlagak dengan ego anda sahaja. Lagi-lagi kepada lelaki. Lelaki memang sukar mengaku kalah kepada seorang perempuan. Apabila kedua-dua belah pihak sukar mengaku kalah, maka retaklah sesuatu perhubungan itu.

sekadar perkongsian..
bye
p/s:: x sabar nak kahwin ke?? sume org pun same je... biaselah bile umur dh meningkat remaja ni kan.. pastikan ilmu penuh didada dulu ok? biar perkahwinan kekal bahagia.. ameen..

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

5 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Inani berkata...

kahwin awal ni ada pro dan kontra jugak kan..kalo dah ada kemampuan dari segi kewangan and mental tu..boleh la kot. Tapi better fikir2 dulu la..apa2 pun,kawin awal untuk elakkan maksiat tu mmg sy sokom la. Tapi biarlah masing2 tu mampu berdikari dan dah matang akal fikirannya.

Muhammad Azim berkata...

memang betul pun kahwin awal tak bagus. bukan apa, kita biarlah kejar impian kita dulu baru boleh mulakan kehidupan kita dengan orang lain. jangan kahwin dulu baru la nak kerja.
tunang di awal usia memang boleh juga, cuma apa yang kita inginkan hanyalah kebebasan . . :)

Miss Eiza berkata...

bergantung kepada pasangan kut :) dan kekuatan jodoh.

Mak ayah saya juga kawin awal.
Bina hidup dari susah sampai sekarang buleh dikatakan ALHAMDULILLAH.

Sangat sweet utk dikenang.
Dan lagi sweet.
Anak2 dah besar dan mereka masih muda :)
Tambah sweet , sudah menimang cucu padahal anak kawan2 seusia masih mula nak hidup :)

Jadi kesimpulannya :
Bergantung kepada kekuatan jodoh juga. :)

saiful bakhtiar berkata...

salam.kawin awal tak jadi masalah klau persediaan diri dh cukup.Kawin ni bukan cm main pondok2.Klau tak cukup segala ilmu, matlamat perkahwinan takkan tercapai.

NurAmal berkata...

ahha.. :P sebenarnye ape yg cbe sampaikan kat sini sumer terpulang kat individu tu juga.. berkenaan persedian dorang.. paling penting izin dn sokongan ibubapa.. umur setahun jangung mmg masih perlukan bimbingan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...