Rabu, 29 Jun 2011

Hipokrit dalam penulisan.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

*izinkan saya menggunakan kata ganti nama aku  dalam entry ini.

First of all, merenung ke arah tujuan aku berblog. Aku berblog bukan untuk femes, aku berblog bukan untuk popular, aku berblog bukan untuk kumpul duit, aku berblog bukan untuk kumpul follower, aku berblog bukan untuk kumpul BE, walaubagaimanapun aku berblog bukanlah untuk sekadar menulis mengisi masa lapang, bukanlah sekadar berkongsi kisah tak best yang orang tak baca pun, bukanlah sekadar berceloteh benda yang tah ape-ape. Boleh faham tak?

Tujuan aku berblog, ye... aku suka ade orang follow aku. Alhamdulillah, over 300 dah. Tapi, follower aku belum tentu readers blog aku.Ye... aku suka nuffnang aku bertambah. Tapi, tak da lah aku harap sampai beratus yang aku harap suatu hari nanti aku boleh cash out. Ye... aku menulis sebagai hobi. Tapi, bukanlah untuk kepuasan diri je. Maksudnya, dalam hati teringin jugak benda-benda tu. Lumrah la tu, kalau tak ada, maksudnya aku bukan manusia. Walaubagaimanapun, tak adalah berlebihan. Kalau tak memang aku melekat hari-hari 24 jam kat skrin laptop ni. 

Secondly, melihat pada isi blog aku. Ada perihal kehidupan sekeliling aku. Ada perihal aku sendiri. Ada juga perihal orang lain. Ada juga serba-banyak mengenai agama dan tatacara hidup kita sebagai umat manusia. Bandingkan realiti aku dan penulisan aku. Jujur, tak jauh beza. Cuma, apa yang aku taipkan disini tak semestinya dapat aku ucapkan direct dari mulut. Apa yang aku taipkan disini terus dari hati ke keyboard. Realitinya, mulut terkancing bagai ada emas yang tersorok dibawah lidah. Aku si pendiam lagi pemalu yang sentiasa tunduk kurang keyakinan. Nampak aku kuat bercakap ke dalam penulisan aku nih? Bukan segala yang tersurat adalah tersirat.  By the way, itu bukan bermaksud aku hipokrit. Aku sekadar mengasah keyakinan melalui penulisan. 

Hipokrit yang aku maksudkan disini, *oh, sori der... pendahuluan sampai 3 perenggan. apabila orang yang tunjuk baik di dalam blog, tapi dalam masa yang sama, dia tak baik pun. Hmm, contoh.. dia tegur orang, perihal aurat, tapi dia sendiri free-hair. Contoh lagi, dia tegur orang perihal ayat kurang sopan, tapi dia pun guna juga ayat-ayat tu. Atas sebab-sebab ini juga aku berhenti menulis 100% mengenai perihal kaitan agama. Aku memang pelajar agama, tapi aku sedar aku tak lah sempurna. Lebih baik suam-suam je, blog aku bukanlah blog dakwah seperti yang setengah-setengah orang anggap sebelum ni. Tapi blog bebas untuk aku utarakan pendapat ikhlas.

Macam mana pulak kalau orang yang berlagak tak nak hipokrit dan konon jujur? Contoh, penggunaan bahasa kesat dalam penulisan. Bila kita tegur, inilah aku! Aku tak hipokrit. Aku dapat rasa baik dia hipokrit dari dia tunjuk terang-terang sikap buruk dia tu. Aib. Selain tu, perihal meletak gambar-gambar pasangan. Hmm, pun 2x5 jugak. Aku tak hipokrit, aku tunjuk aku bercouple. No need kot. 

Salahkah kalau kita menaip benda yang baik-baik je? Lainlah kalau sudah terang lagi bersuluh kita ni tak baik.  Takut dicop kawan-kawan kita ni sok mulia. Tapi kalau kita publish benda tak baik kita jugak yang berdosa kan? Orang yang baca pun dapat dosa.. Muncul pulak piramid dosa. Nauzubillah.

Sebenarnya pabila kita sorokkan sesuatu tu bukan bermaksud kita hipokrit, tapi kita menjaga maruah. Kan?
Buat apa nak tunjuk perkara yang boleh buat orang lain cerca kita? Tak salahkan kalau kita tunjuk apa yang patut saja, dan simpan mana yang perlu? Hidup kena waspada. Akal Allah kurnia, pandai-pandailah guna. 

Arios amigos~

*memang pendahuluan aku selalu lebih banyak dari isi kan?... 

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 27 Jun 2011

Segmen Jom Kipas Blogger

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Sebelum apa-apa, saya sebagai pengipas berkala mengumumkan saya meng-join-kan diri dalam segmen ini, segmen anjuran Kak Diana owner blog Senyum-senyum, antara blog feveret a.k.a sifu Amal juge. Di bawah ni banner segmen, klik untuk tahu lebih lanjut ok? :-)


Kalau ikut dalam syarat, boleh pilih mana-mana blogger untuk dikipas kecuali beliau. So, yang sedang menari-nari di otak kiri Amal sekarang ni ada dua blogger. Tak tahu nak pilih mana satu. Dua-dua Amal sayang blognye. XD So, dua-dua lah Amal kipas. Tak pe, tangan ade dua kan. Hoho.

First of all, Tuan Shahrizat Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ijat. Pemilik blog Lagenda Budak Felda.
Apa yang Amal rase tertarik kat blog beliau ni? 
  • Entry yang slumber, gaya bahasa terlebih santai sampaikan bila bace blog dia rasa macam dia je yang tengah bercerita face-to-face dengan Amal.
  • Story kat blog dia mengenai persekitaran life dia yang dia olah dicampur adukkan dengan imaginasi petala keberapa tah. Otak kusut pun boleh lerai. 
  • Kalau Amal buka blog, ini adalah blog yang wajib Amal terjah tak kiralah sama ade dia ada buat entry baru ke tak. Kalau muncul je entry baru dia kat bloglist Amal cepat-cepat Amal klik. :-P
  • Pemilik juga sangat ramah. Rajin komen juga entry Amal ni, kalau tak masakan nama dia terpacul kat list pengomen tegar tu kan. :-)
  • Apa yang Amal sangat-sangat tabik dengan dia, dia sangat-sangat berdiri diatas kaki sendiri dalam berblog. Dia tak ada join mana-mana kelab blog, dia tak ada join mana-mana contest or segmen sejak dulu lagi, tapi blog dia boleh capai tahap follower riban. 
  • Blog pun sangat simple, sangat low profile, penarik kat blog dia hanyalah entry dia. Power kan? Template biase je, header pun tak de sebelum ni. Cume berbekalkan entry dia, orang yang singgah blog dia mesti nak follow. :-)
  • By the way, tak de pun dia ikut ape-ape format tertentu. Dalam blog dia, semua cara dia. Suke lah saye .
  • Entry dia yang paling Amal suke atas sebab tertentu adalah entry INI. Dan entry yang Amal suka tanpa sebab tertentu adalah INI dan INI. hehe
Second, blogger Yang Berhormat Fariq Jalil owner blog FariqScorpio. Juga salah seorang sifu Amal. Yang ni susah sikit, kalau nak kipas kena guna kuasa 5. XD
  • Pertamanya, buka je blog dah tahu dah, blog ni jenis pro punyer. Hehe 
  • Keduanya, dia ni 100% Amal hormat. Tak tahulah kenapa. Sampai ada entry yang Amal padam sebab takut dia marah. Haha. Dia tahulah, orang lain tak tahu senyap-senyap sudah... :-) 
  • Ketiganya, Amal lebih selesa jadi silent readers je kat blog dia. Sebab, yelah orang kalau dah otai kan, sekali publish entry berpuluh-puluh komen dapat. Amal baca je semua komen terus, tak de idea dah nak komen ape. Seboleh-bolehnye nak komen lain dari yang lain. :hoho Almaklumlah, macam mustahil je nak jadi first commentor kat blog dia, online pun jarang-jarang. Sekali Amal online, tengok 2-3 entry dia dah lama publish.
  • Blog beliau pun simple. Kepala blog sekadar nama menampakkan lagi kematangan. Eceh.. XD
  • Seblum ni, segmen macam ni beliau pernah buat. Tapi tak sempat join. :-( Segmen kali ke-2 dia buat Amal join terus dapat. *bangga sket. Ok, fine, tu pun sebab pesaing kurang. Kalau tak jangan harap Amal nak menang. :fuh
  • Rajin jugak membalas komen orang. Seronok bace komen-komen tu. Stalker komen kat setiap entry dia.. XD
  • Perwatakan dia boleh bace dari setiap entry dia, tapi ingat! bukan segala yang tersurat adalah tersirat. :-) Bace je dah tahu dah, dia ni tegas *guna ayat yang molek sket. hehe ... tapi baru-baru ni dia macam dah lembut sket. ehem2.
  • Ok, entry beliau yang Amal suka atas sebab tertentu ialan yang INI dan yang INI. Dan entry beliau yang Amal suka tanpa sebab tertentu adalah yang INI dan yang INI. agak jeles dengan maksud tersirat dalam entry yang tersurat ni. hmmm... XD
Yang penting kat dua-dua blog ni dah ade history jejak Amal. Banner dan header. Jeng jeng... :-P

*Entry tersuratku sebagai pengipas berkala~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Ahad, 26 Jun 2011

Kau bukan aku.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


"Kau boleh bayangkan kau berada di tempat aku, tapi maaflah... kau bukan aku, jadi kau tak kan rasa macam mana yang aku rasa"
Bila someone ada problem, biasanya kawan-kawan yang betul-betul kawan pasti ambil berat. Kawan yang buat  muka selamba tak der perasaan tu, tolak tepi sikit, lain hari kita cerita. Tu jenis kawan yang rapat time kita senang je. Tu lah, orang cakap tak salah memilih kawan, tapi maksudnya kat sini dari segi dalaman, bukanlah sebab kau pilih luaran yang hot-hot je.


Tu lah, tapi kadang-kadang ada jugak kawan yang sombong dan keras kepala tak bertempat, kita try pujuk dia, kita try bagi semangat kat dia biar dia tak selamanya terbelenggu dengan masalah yang dia buat sendiri. Kalau kena dekat kawan yang jenis lantak engkaulah! memang kenalah sebiji sendiri buat sendirilah kau tanggung. Menyampah aku!


Tapi sayang , kesian dan simpati punya pasal... kawan tetap kawan, hati tetap touching jugak kalau kawan sedih. Bak cubit peha kiri peha kanan terasa. Bak tak sah demam kalau tak batuk atau selsema. :hoho Bak tudung tak berpin. Bak air sirap tanpa gula. Bak buku latihan matematik yang tak comot. Bak.... dah cukuplah tu.


Tapi, bila kita mula nak ambil berat pasal dia, kepala yang tengah hangin tu, macam-macam dilemparkan ke kita.. "Kau aku tak sama. Aku lain kau lain. Cakap memang senang, tapi aku yang tanggung lain rasanya. Kalau kau pernah alami, kau tahu lah..." "Tapi aku memang pernah alaminya pun?!" "Hati kau, hati aku lain. Ye! Aku je yang lemah! Kau je yang kuat!" (marah sambil nangis)  "...pulak..."


Apalah salahnya, kalau kau hargai sikit supporters tegar kau tu. Cuba untuk bangkit. Bukan kau sorang je ada masalah, orang lain pun ada jugak. Tapi gaya macam lah masalah kau tu masalah dunia. Hmm...
Sumpah, tak faham sungguh dengan sifat orang tu. Pehlis lah, orang dah bagi support, ramai orang sokong kiri kanan depan belakang atas bawah engkau. Tolonglah hargai, orang lain pulak yang susah hati tengok engkau. Yang kau nak susah-susahkan diri lagi kenapa? Just forget about it, try to move on. Jangan diratap perkara yang dah lepas, kau takkan boleh ubah punya. Yang kau boleh buat baiki yang akan datang agar lebih baik dan tidak terjadi perkara yang sama.


Stop your tears. Kau mampu, cuma kau je yang buat diri kau jadi tak mampu.
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 20 Jun 2011

Perlukah nak bercinta?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Perlu sangat ke kamu nak bercinta? Perlu sangat ke anda frust, sedih tahap tak ingat bile berlakunya bahana putus kasih ala pelamin anganku musnah? Perlu ke? Kalau perlu biarlah yang kekal...Doa-doa sampai ke jinjang pelamin hendaknya. Jangan sekadar cinta monyet, yang main-main. Yang sekadar mengikut trend. Pernah dengar tak, ape? kau tak de awek. Mandul ah laki tak de awek.. *ayat dipetik dari fb - komen di status seorang rakan. Pelik pulak Amal.

Nak jugak bercinta? Ataupun kadang-kadang kita tak perasan pun sebenarnya kita tengah bercinta walaupun tak approve apa-apa lagi. Kalau dalam facebook cakap Its Complicated. *status Amal akan sentiasa single. XD Kena la pandai bawa diri, ada yang kata bercinta ni haram. Tapi, sebenarnya cinta-mencintai ni lumrah manusia. Cuma cara kita tu, yang membawa kepada haram atau harus benda tu. Kalau dah cara pun duk pegang-pegang tangan, keluar malam-malam berduaan. Awas ye! Nauzubillah. 


Kenapa ada yang meletakkan haram? Sebab kebanyakannya mendekatkan diri kepada zina. Mengelak bercinta sebab tak nak berlaku zina mata, telinga, hati dan sebagainya. Kalau bercakap pasal zina hati lain pulak ceritanya, topik dia luas. Sebenarnya kalau tak bercinta pun boleh berlakunya zina hati. Semuanya kembali kepada iman seseorang. Bukanlah Amal cakap macam ni bermaksud Amal ni bagus sangat, cume kongsikan pendapat-pendapat orang dan Amal rangkumkan menjadi satu. Amal juga manusia biasa yang masih jahil lagi. Nak lebih lagi, search je kat google insyAllah melambak-lambak keluar artikel pasal hal ni.


Kalau kamu jawap jawab, tak! saya tak pernah bercinta pun. Orang lain akan jawab, ish, kau dah terlepas satu pengalaman la kawan.. Ade aku kisah? Bagi Amal, tak ape pun, certain perkara tak perlukan pengalaman pun. Macam kahwen la.. takkan yang ada pengalaman je, tengok-tengok yang kawen semuanya janda dengan duda je.. ada gitu? Tak kan. 


Kalau ada yang jawab, aku tak boleh hidup la kalau takde awek. Ni jenis bile dah putus, monyok 2,3 hari.. pastu sepantas kilat dah ada peganti. #%#&&&# *bukan mencarut, sekadar simbol je.. XD Ni memang kes main-main, paling benci yang jenis macam ni. Seyes, macam nak luku-luku je. Status fb hari ni sayang-mayang.. esok, bangang, segala jenis perkataan yang sewaktu dengannya semu nak keluar. Ish3.


Ada juga yang bercinta dengan orang ni, tapi lastnya kahwen dengan orang lain. Ada yang main kayu 3, sebab kekasih hati tak mempedulikan dia. Ada yang pasang kapel sementara, sementara menunggu orang yang betul-betul dia suka bagi jawapan. Tak faham betullah Amal, kemaruk sangat ke, sampai boleh lak pasang kapel sementara? 


Tiba-tiba teringat kata-kata dari seorang kawan yang sangat rapat ni.. Kalau dah nama belum kahwen tu, buat cara belum kahwen. Orang dah kahwen pun tak complete percaya 100%, inikan lagi belum kahwen. Buat biasa je, jangan terlalu mengharap. Tak semestinya dia tu jodoh kita,belum pasti boleh bersama, berkawan dan kenal hati budi dah cukup, bicara tentang kasih sayang di kemudian hari.. Tak perlu nak bising-bising dekat orang sekeliling, nanti bila tak kesampaian sendiri yang frust menonggeng. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Ada jodoh tak kemana kan? Sampai jodoh, yang tak pernah bertegur sapa pun boleh jadi pasangan.
Apa-apa pun, jangan sampai kita lalai dengan cinta duniawi tak kisahlah sama ada cinta manusia, pangkat atau harta. Yang penting cinta kepada Yang Maha Esa. Tapi, bukan mudah nak sampai tahap itu kan? WAllahualam~
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Ahad, 19 Jun 2011

Bertuahnye Amal!

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Awak... Bertuahnya aye dapat kenal dengan awak. Awak dah lengkapkan hidup aye. Tanpa awak sekarang, aye rasa macam kurang bahagialah. Aye harap awak pun macam tu.


Weekkk! Nak muntah.. Amal tak akan tulis jenis entry yang macam tu, pehlisss! Entry berbaur fasal ke-cinta-an dan ke-couple-an bukanlah cara saya. :nono . Oh, bukan bermaksud Amal ni anti atau tak romantik, tapi tu nanti-nantila , khas untuk yang halal sahaja. (itu pun kalau ada) :malu *apa aku merepek ni..


Kembali ke tujuan asal, sebenarnyakan... baru-baru ni Amal rasa sangat bertuahlah... Yela, mana taknye, tengok..


Segmen yang Yang Berhormat FariqScorpio buat pun Amal dah menang.. :hoho Dah bertepek banner asal siap Amal kat blog dia. Lawa tak banner Amal terlekat kat blog beliau tu. Harap-harap tak mencacatkan pemandangan blog beliau. Kepada beliau, kalau rasa-rasanya banner itu mencacatkan identiti blog anda, saya rekomenkan anda buang je dan gantikan dengan list entry-entry blog saye.. hahahaha~ *demand Kalau rajin lagi, buatkan je yang baru. :hoho


Photobucket
Selain itu, secara kezutannye, Amal dah jadi orang bertuah yang tercabut untuk dijadikan bahan review oleh Yang Berbahagia Cik Sangat Setia* cabutan bloglist betuah: 160611 Bestnye, huhu.. Nampak cantik je blog Amal diprint-screen dan ditepek kat situ. Siap dapat award lagi. Awar ini Amal letakkan kat page award Amal. Terima kasih sangat ye sangat setia. *muahh..muahh.. XD


Tapi kan, satu je la Amal kesal, kenapalah bila tibanya hari-hari bertuah ni Amal tak dapat nak manfaatkan? Busy sokmo. Menghadap customer je hari-hari. Mujur, Alhamdulillah hari ni cuti. :terharu

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 15 Jun 2011

Eh, eh ... Mesranya dia...

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم - 


Fuh, memang lama tak update... dah sepuluh hari bersawang blog perasan cute ni. Ambek ketuk habuk sket.. dush2~ Al-kisahnya dah lama tak update blog sebab Amal sedang bekerja part time sekarang. Pergi sepuluh balik sepuluh, kalau ada OT balik kul 11 p.m .. Kat rumah ingat tidur je la. Atau dalam bahasa jawanya turu wae. Tak penat tapi letih je. Kakiku mulai membengkak sebab 12jam duk berdiri. Bos itu pulak sangatlah pandai, dia letakkan Amal dalam situasi kontrak, ko langgar kontrak bekerja selama 3 bulan, bayar RM500. Giler. Oh, ye.. Lama sangat tak buka blog dan terjah blog orang. Sampai tak tahu nak tulis apa. Fikir-fikir, tulis je lah apa yang Amal nampak depan mata. (ehem-ehem)


Setelah dekat 2 minggu Amal kerja kat situ, macam-macam ragam manusia dah Amal nampak, macam-macam..... Tapi setakat ni ada 4 situasi yang membuatkan Amal terkesan.


1) Pasangan yang belum berkahwin. 
macam mane Amal tahu dia belum berkahwin? Sebab Amal kenal minah tu...


P : Bii... okey tak baju ni bii.. (sambil tunjuk baju yang dipilih tadi) Tapi ayang tak tahu nak pilih wane ape ni.. Merun ni lawa, biru ni pun lawa.... eh, ada pink, pink ni pun cantik.. macam mana ni bii....~
L : ayang pilih je la mana ayang suka, tapi ayang muat ke ni. (sambil baju tadi diukur-ukur ke badan si P)
Si P mula muncung..
P : Muat la ... ( ditepis tangan si L )
Si L sengih macam kerang busuk.
P bercakap ke arah aku,
P : Kak, saya nak try ... fitting room mane erk? 


'Boleh pulak kau buat suara dewasa dengan aku, ingat suara kau memang gedik macam tu tadi... eh, by the way, ko panggil aku kakak? Tak silap aku, ko senior aku kat sekolah...' 
Amal pun bawa dia masuk fitting room.. Si L tunggu kat luar sebelah Amal, entah ape dia yang dia cakap kat Amal, senyum je la. Mulut ko busuk ah weh, bau rokok.
Setelah 5 minit berlalu, si P keluar menggayakan pakaian tadi sambil mengibas-ngibas rambut ala selebriti. "Cantik tak bii..?"
Aih? tudung mana kak? Ko tayang je rambut ko yang mengurai tu kat ajnabi yang belum tentu jadi suami ko tu?
Si L bersiut bersiul, sambil sengih dan tunjuk thumb-up.


....selebihnya adalah sejarah.....


2) Pasangan yang baru berkahwin.
Masuk ke kedai berpegangan tangan, mana Amal tau mereka baru berkahwin? Inai merah lagi yang oii...
Si L nak cari seluar track-suit. Si P yang carikan, si P yang tanyakan kat Amal nak saiz sekian..sekian...
Si P yang pilihkan kain jenis apa... semuanya si P la... Si L hanya tinggal pakai-cuba dan cakap terima kasih kat si P. Kadang-kadang si L bergurau, okey, Amal rasa si L bergurau agak blue sikit, tak payah la cerita kat sini. Tapi muka si P dah naik merah dan si L dapat hadiah penampar lembut kat bahu. Tak dinafikan Amal pun naik malu nak melayan customer yang ni..
Bahasa yang digunakan? Abang-Sayang .. err, normal la kot? Tapi sweet la.. Amal doakan semoga kamu bahagia sampai akhirnya ye.. :-)


3) Bakal ibu dan bapa.


Masuk ke kedai berpelukan di pinggang. Mana Amal tahu bakal ibu dan bapa? ekleh, kalau datang kedai pun muka berseri-seri cari baju baby, perut dah besar, bakal ibu ayah la tu...
Yang ni Amal tengok dari jauh je, nampak la, dorang tersenyum-senyum sambil borak-borak pilih baju bayi tu.. angkat 2 baju, nak biru ke pink. Nampak si L mendekatkan telinga ke perut si P, tak tahulah, buat apa, tanye baby tu nak warna ape kot. Ehe~
Last-last dorang beli dua-dua..


4) Pasangan yang telah lama berkahwin.


Yang ni pulak ada 2 jenis :


1- Yang bawa haluan masing-masing. 
"Abang cari baju abang, saya cari baju saya. Abang bayar baju abang, saya bayar baju saya. Adil dan saksama. -.-" Oh ye..anak suma abang bawa ye, saya letih..." Mana sifat cinta korang? Tiba-tiba fikiran Amal melayang ke novel-novel yang pernah Amal baca. Pasal kahwin paksa, macam ni la lebih kurang. Nak kata tak sayang, anak dah 5. Gaduh ke? Opps... tolong jangan jaga tepi kain orang.


2- Yang masih sweet bak mula-mula kahwin dulu. 
Walaupun berjalan tidaklah berpelukan, berjalan tidaklah berpegangan tangan, biasalah... anak dah ramai, peluk anak dangan pegang tangan anak je la, tapi cara berkomunikasi dan bahasa badan dah boleh nampak dah kemesraan dorang. Sambil-sambil bergurau dengan anak.
Bila si ibu mencuba baju, si ayah yang memegang beg tangan si ibu bertanya ke anak, "Cantiknya ibu pakai baju ni.. kan kakak?" Anak tersengih dan mengangguk-angguk.. Si ibu dah mula malu-malu, si ayah dapat hadiah cubitan. Anak gelak-gelak. 
Bila si ayah pula mencuba baju, si ibu memuji-muji si ayah, "hensemnyee.." sambil pegang bahu si ayah. Si ayah mula buat muka macho.. Si anak cakap, "eee, perasannye ayah.." Si ayah tersengih.


Kesimpulannya, entah.. Amal pun tak tahu. Pembaca simpulkanlah sendiri ye. Amal cuma kongsikan perkara yang Amal nampak, dan korang juga pasti selalu nampak kan? So, perkara ni tak asing lagi.. Peace no war. :-)
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 6 Jun 2011

Kau perasan tak yang kau dah menyusahkan orang?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم - 

Lama tak update blog. Sebab pergi ke merata tempat. Tak puas dengan kawan, angkut family pulak. Tengah syok-syok bersantai tepi tasik dot.dot.dot  ;

04062011 3.05 p.m 

Mesej masyuk ... Mesej masyuk ...
- From Kak D (bukan nama sebenar)
"Salam Amal, budak yang kerja tu buat hal la, dia kua umah snyap2 tak nak duk cni.. baru je pg td. so, kte x ckup duit nak byr sewa sama2. blh tak akk mintak tambah rm50 lagi sorg? rm750 tu kte bhgi 6 je la.. dahlah tuan rumah nak dtg ari ni dh.."

Menyirap darah seketika, mesej dibiarkan... 

Satu persatu memori diulang tayang kat dalam kepala hotak.. Daripada kes kawan yang nak tunggu keputusan rayuan kolej so, tak dapat join duduk serumah (tak tahulah kalau rayuan dia ditolak nanti, mana dia nak duduk.) Sampailah kes paksa rela membenarkan Kak D mencari penyewa lain untuk mencukupkan kuota 7 orang serumah, dan orang itu adalah bakal roomate yang tidak dikenali langsung. Tapi, atleast, dapat meringankan beban kos sewaan. Redha je lah, doa dapat yang sekepal. Last-last engkau kelentong pulak kitaorang? SENGALeo~

2 jam kemudian baru dibalas :

"wsalam, knp leh jd cmtu kak? erm... takpe lah, nak wak wane, nanti sy bank in kan, sy tgh bercuti ni. Nak skrg ke kak? Tisha akak dh v tau?"

Laju dibalas : "maaf sgt2 dik, org tu baru je kuar pg tadi, akk x sdr pun.. sedih sgt. :'(  Tisha akak baru msj, entah ape reaksi dia.. "

Tarik nafas dalam....
Mesej masyuk... Mesej masyuk...
Aih? Laju pulak akk ni msj, aku tak balas lagi...

From Tisha : " Ape ni Amal? ko kuar senyap2?! "

Erk??? apekebenda pelik sohabat aku sorang neh...

" Weh, apesal ko? Bukan aku lah. Budak yang konon nak menyewa dgn kiter tu wat hal. "

" Fuh, ingat kau. Wat kujat aku je. "

Takdernye aku nak duduk situ, semester pun tak mula lagi. Baik berkepit bawah ketiak bonda je.. XD

Bla... bla... bla... Kata sepakat pun dicapai. Duit dibank-in petang tadi. Selesai satu bala. 

Apalah masalah minah yang wat madah berhelah nak duduk situ tu, duduk dah 2,3 hari.. sewa tak bayar , lari pulak senyap-senyap. Tak ada kesedaran sivik betullah! Syukur tak jadi roomate, kalau tidak entah masalah ape pulak yang timbul. Huh!

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 1 Jun 2011

Fya pelangi bikin kecoh !

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal nak join contest anjuran Sangat Setia. Kenapa nak join? Sebab...
  • Contest ni menarik. 
  • Contest ni Amal pernah terfikir dulu, tapi Sangat Setia dah buat dulu. HEHE. 
  • Dan, Sangat Setia sangat rajin meng-TAG Amal. ^^
  • Lagi-lagi follower dan juga bloglist diberi keutamaan, kiranya peluang lebih cerah la kan? HUHU ^^
Nak join or nak tahu lebih lanjut klik kat banner contest ini, segala-galanya termasuk syarat-syarat, cara pemilihan sume kat sini :-
Sinopsisnya, contest ni berkehendakan agar kita menceritakan apa yang kita nak sangat-sangat. Lebih kepada impian dan harapan. Tapi tak tertutup kepada yang logik je, yang diluar kotak fikiran pun lebih menarik kot. Sangat sesuailah dengan blog Amal ni, Cahaya Harapan. Dan sangat sesuai contest ni untuk orang-orang yang kuat berangan. HEHE. (terpanjang pula introduction =.=" )

Bagi Amal, impian Amal terbahagi kepada 2 :


1) Bersifat kebendaan :

Bersifat kebendaan ni, contohnya, sudah pasti semua orang nakkan 
  • Kereta besar
  • Rumah besar
  • Hp besar
  • Tv besar
  • Kamera besar
  • Segala-galanya besar.

2)Bukan bersifat kebendaan :
Bukan kebendaan ni pulak seperti :
  • Nak keluarga bahagia
  • Nak kesihatan
  • Nak jadi cantik
  • Nak jadi pandai
  • Nak teman hidup yang mithali (*blushing 10 minit)
  • Bla...bla...bla...
Dan kemudian, cara untuk merealisasikannya :

Impian bukan kebendaan tu, ada yang semua orang ada, ada yang tak. Kadang-kadang kita mampu ubah, kadang-kadang tak. Sebab, selalu impian-impian bukan kebendaan ni disebabkan takdir Allah s.w.t . Kita patut redha. Mungkin itu ujian daripadaNya.

Lama Amal duk termenung, semua impian kebendaan kat atas tu impian minoriti je tuh. Tapi, semua tu mestilah kena ada RM yang berkepuk kan? Pergh, pengsan. Mana nak dapat. Tapi takpe, benda tu tak mustahil. Cuma susah je. Nak seribu daya. Kalau mustahil sekali pun, tak mustahil boleh jadi kenyataan juga. tengok orang dulu-dulu, kata mustahil manusia boleh terbang. Bila adik beradik Wright nak cipta kapal terbang, semua orang duk kata mereka gila. Tapi, sekarang benda tu bukan lagi sesuatu yang mustahil. Betul? Hehe, (melalut lak)

Oleh kerana Amal ni suka termenung, tiba-tiba Amal terfikir, kalaulah ada Pensel Ajaib!!!! Kita boleh lukis apa saja yang kita nak, lepas siap je, PUFF!!! terus berasap-asap then muncullah benda yang betul. Wahhh! Tak payah guna duit. Hihi. Kalau macam tu, nescaya takde kemiskinan tegar kat dunia ni. Semua duk pakai kereta mewah, rumah mewah. 

Tapikan, ikut kepada kemampuan melukis mereka la. Kalau sengat lukisan, senget la kereta mereka nanti. Haha. Nanti pelukis jalanan pun dan boleh jadi arkitek. Siapa-siapa yang kurang krestif melukis tu, dorang upah lah arkitek-arkitek ni. :-)



Hehe.. best kan?? Kalaulah ada benda ni. Makcik kayo!!

Okey, tag time, dengan sukacitanya mangsa tag tanpa rela ialah : 


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...