Ahad, 31 Julai 2011

Apabila puasa tiba...

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Di sebuah pasaraya .... Ada dua sekawan .....




Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya di Syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Qiamat. Tiada seorang pun yang akan masuk melalui pintu itu kecuali mereka. Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua pun berdiri. Tiada seorang pun yang masuk melalui pintu itu selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak akan ada seorang pun yang akan masuk melaluinya. "

( Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum - no. : 1896 )

:: Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam ::

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 27 Julai 2011

Jangan dipaksa...

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Oleh kerana hari ni hari rabu.. Amal taknak cakap ape2, korang bace je lah kartun hodoh Amal ni... *ni bukan ayat ke???






Wassalam lah~~~~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 26 Julai 2011

Maafkan saya bang!!!!

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Pada suatu petang yang lengang..........

tiba-tiba................


*kepada lelaki-lelaki kat luar sana, tak payah la gatal-gatal nak bela rambut panjang lagi-lagi yang muka jambu-jambu tu... -_____________________-"


memalukan......
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Ahad, 24 Julai 2011

''Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique''

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Sekali lagi, entry blog review untuk Abdul Farique. Dulu pun Amal pernah buat sekali, kat [SINI] .

Pada pandangan Amal, sebagai seorang perempuan yang masih bersifat keanak-anakan, Amal suka tengok blog Abdul Farique ni. Boleh disifatkan sebagai, err.... macho dan comel?? ^^

Okey, straight to the point, klik kat [SINI] untuk join contest yang berhadiah lumayan ni...

Antara hasil image google search atas nama Abdul Farique :




















Okey, start Kutuk dan Kritik :



Amal tak akan sentuh mengenai design header or template blog kamu sebab itu ikut kreativiti kamu sebagai designer, tak perlu nak sempurna sangat, kalau perfect bukan kartun namanya. Cuma perlu lebih match-kan dengan identiti blog kamu.


Sila perhatikan gambar-gambar dibawah...







SATU-

Amal tanya kamu, ape maksud header?? Sila translate suku perkataan yang ditebalkan, ia akan jadi kepalaer. Kan? Haha..

So, apesal nak biar benda lain pijak kepala? Apa yang Amal cuba sampaikan disini adalah tentang iklan di atas header tu. Tak sesuai diletakkan kat situ, membuatkan header kamu nampak sedikit tenggelam. So, iklan tu tak diperlukan disitu. Lagipun, iklan advertlets tu kan dah ada kat sidebar, cukuplah tu. Jangan tamak sangat ye.

DUA-

Icon SHOUTBOX kamu bertindan dengan navbar! Potong markah kat situ. Apa gunanya ada navbar kalau tak boleh nak klik? Sila pilih, nak buang navbar atau betulkan setting icon Shoutbox tu.

Lagi, SHOUBOX kamu yang diletakkan di page lain sangat menyusahkan. Ye, Amal akui bila tak ada shoutbox orang akan prefer untuk komen di entry, secara tak langsung komen di entry akan bertambah. TETAPI, kalau entry pun SEO sentiasa, kamu agak-agak ramai tak yang komen??

TIGA-
Tab menu kamu, Amal kurang minat. Susah nampak. Amal yang dah berapa kali pergi blog kamu pun, masih terkial nak cari tab menu. So, mungkin kamu boleh letak button atau tebalkan atau highlight kan tab menu tu supaya lebih jelas.

Tambahan lagi, blog kamu yang dah cecah ribuan follower, agak janggal bila tak ada sitemap. So, bolehlah tambah sitemap erk? ^^

EMPAT-
Facebook Like Button, macam tak kena. Mungkin tak sesuai diletakkan kat situ. Button tu simple, nampak menyibuk bila letak kat tengah-tengah macam tu. Kiri kanan kosong je. Semak.

By the way, Amal dah like dari hari tu dah.. ^^

LIMA-
Entry kamu, terlampau banyak entry info. Tak sesuai dengan tag line blog kamu. Ye, Amal faham, dulu blog kamu blog peribadi, sekarang dah upgrade ke blog info. Satu je Amal nak cakap, jangan tukar tag line! Sepatutnya, tag line sesuatu blog tu bersifat tetap.

Cara yang lebih sesuai adalah, kamu boleh teruskan blog info kamu, tapi dalam masa yang sama, kamu jangan tinggalkan terus identiti blog lama kamu sebagai Riwayat Seorang Insan Hina tu. Blog riwayat, tapi semua entry info je. Memang tak kena.

Apa yang kamu kena buat, rajinkan diri lagi update blog.Tak salahkan kalau wat entry peribadi tapi secara random la. Gilir-gilirkan entry kamu. Bukan setiap hari ada info baru kan? Dan Amal tengok bukan setiap hari kamu update. Ni, bila Amal tengok dekat Entry Baru Goreng kamu tu, satu pun tak menarik minat Amal untuk klik.

Lagi dan lagi, kenapa ada satu entry je satu page, yunk?? Dah la satu entry je, ade pulak button read more....  -..- (keluar asap dari hidong)

Tengok ape dah jadi? Sidebar lebih panjang dari ruang entry! Tak stabil.... So, pandai-pandai la erh..

ENAM-

Follower widget tu, bilangan follower tu memang saja nak sorok ke? Gelap je warna tulisan sama dengan latar belakang. Tak yah la malu-malu kucing, follower kamu ramai.Tukar kaler font erk...

TUJUH-

Meter pembaca tu, no need pun. Tak ada fungsi yang relevan untuk widget tu diletakkan kat situ. Makan ruang adalah. Buang je, pergi campak jauh-jauh sama dia.

Plus, banner CitCat tu pun, apa relevannya letak kat situ? Semak. Dah la besar. Kalau bagi kamu benda tu penting, terpulang... tapi kasi setting sama dia punya saiz.

LAPAN-

Blog archive. Pilihan blog archive ni lah yang paling Amal tak suka sekali. Tak sesuai! Orang tak akan rajin punya nak godek-godek entry lama kamu guna bendalah tu. Kita orang yang review ni je yang akan guna bendalah tu.

Cuba bayangkan, first page entry orang tak minat, ade satu je pulak tu.. tengok kat list entry, pun tak minat, nak tengok kat blog archive macam tu pulak la.. ingat rajin ke nak klik? Akhirnya, butang ‘x’ menjadi mangsa. Nasib baik ada link within tu... Dah jatuh review kat situ.

SEMBILAN-

Warna tulisan pada bloglist dan BCR widget tu. Tak naik seri la... sama ton dengan latar. Tu pun kena tukar. 

Nak tambah sikit, title untuk BCR tu, kenapa macam something error going somewhere la ayat dia, Tempat Aku Melepak Chatters?? .. Tempat Aku Melepak je cukup la kot. Eh, by the way, mana banner BCR kamu? Hehe...

SEPULUH-

Bloglist tak sama rata. Lelaki ada 21, perempuan 10  je? Meh tambah blog Amal meh. ^^

Bukan tu Amal nak cakap sebenarnya, Amal rasa, elok kalau bloglist tanpa thumbnail. Sebab? Kalau ada thumbnail pun, gambar yang ditunjukkan, tak semestinya ada kaitan dengan entry. Lagi pulak, dalam satu bloglist tu, bukan setiap blog akan keluar gambarnya. Nampak ketidak-seragaman kat situ. Lagi pun, bila tanpa thumbnail, lebih banyak blog dapat kita nampak tanpa sentuh scroll tu kan?

Dan, blog sendiri pun kena masukkan jugak ke dalam bloglist tu? Padahal bloglist tu memang dalam blog kamu pun kan? Hehe.. ^^

So....

Itu je lah, tak banyak pun Amal komen kan? Sikit je kan. Yang lain macam tempat komen dan lain-lain yang Amal tak nyatakan semua okey bagi Amal. Cun, meletop. ^^

Moga-moga dapatlah Abdul Farique ambil manfaat serba sedikit.

Amal tag : Sangat Setia , Ct , dengan Kak Diana.

Assalamualaikum.

*semuanya hasil daripada broadband yang lembab, hasil pemerhatian selama berapa hari tah, dan taipan entry selama 5jam. Huhu ^^ .. Harap tiada yang salah pandang.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 20 Julai 2011

Tahajjud Cinta bagi pandangan negatif?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal tak tangok tv pun. Tapi, Amal pernah tangok iklan promosi cerita Tahajjud Cinta sebelum ni. First time tengok pun macam-macam cemuhan dah keluar dari mulut ni. Nauzubillah...


Yelah, wanitanya berpurdah, tapi berduaan diatas bukit. Tak cukup dengan tu, si ustaz pulak membuka purdah si ustazah. Ustazah pulak relakan je. Tak patut la babak tu...


Amal memang tak berkenan. Rasanya hati nak tengok cerita tu pun tak ada. Jadi Amal tak tahu macam mana jalan ceritanya. Sumber semua Amal dapat dari [SINI] dan [SINI] .


Apa yang merisaukan, biasalah bila kita menonton apa-apa jenis cerita pun pasti ada pengaruhnya. Selalunya pengaruh buruk tu lebih menonjol daripada moral value yang cuba disampaikan oleh sesuatu cerita. Kadang-kadang pengatahuan seseorang tu tak cukup kuat nak menilai mana yang harus diambil jadi pedoman dalam hidup kita. Yang buruk tulah jugak yang kita nak ikut.


Sesekali rasa macam cerita-cerita ni dibuat tanpa ada pengetahuan yang cukup. Ataupun sedang memperli orang-orang sekeliling. Terasa macam imej Islam yang ditampilkan dalam cerita tu direndah-rendahkan. Kita dah sedia maklum bahawa semolek mana pun pakaian seseorang tu tak semestinya sama seperti dalamannya. Kulit tak sama dengan isi. Macam durian, kadang-kadang luar cantik, dalam? Tak siapa yang tahu. Tapi tak perlulah nak ditonjolkan secara live macam tu.


Amal bukanlah membantah atau anti ke tak suka ke.. tapi, dengan cerita ni, imej kisah islamik yang cuba disampaikan tu seolah-olah macam lain sangat. Senang cerita, memang tak kena. 


*Masing-masing ada perpepsi masing-masing kan?
Kenapa orang ramai sibuk bahas hal ni, cerita pengajaran lain macam 2 ALAM, AKU MASIH DARA, pun tak senonoh jugak. Kawan Amal siap menyumpah-nyumpah tengok. Tapi tanpa jalan cerita yang macam tu, macam mana pulak kita nak tonjolkan nilai pengajaran dia. Kan?
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 19 Julai 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Okey, ni second time Amal join Ben Ashaari punya contest, tapi kali ni jadi blog rujukan je.. ^^

Cuma perlu letakkan header beliau dan tulis je apa-apa kat entry ni...

Klik header untuk join ye :'

Santai Bersama BEN ASHAARI

Amal tak nak tulis apa-apa sebab kesuntukan masa... Amal bagi link ni je ... ^^ 


......

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 18 Julai 2011

Apa perasaan bila kena TUDUH?!

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

  Seriously, memang seronok la kena tuduh kan?? --"

  Alkisahnya....

Si customer suami isteri datang membeli baju kemeja. Amal pun tak tahu apa masalah dua orang manusia ni, agaknya si isteri dah penat melayan kerenah si suami yang amat cerewet membeli baju, setelah hampir beberapa kedai mereka terjah tapi tiada satu pun yang berkenan. Si isteri melayan si suami dalam pemilihan baju agak kasar, sesekali terdengar si isteri mengomel sendirian. Setelah dipaksa oleh si isteri, si suami ambil saja dua helai baju yang dipilih si isteri, kemudian si isteri mengucapkan terima kasih kepadaku lalu melangkah kaki pergi dari situ. Si suami menurut dari belakang, tetapi kemudian patah balik dan membelek sehelai lagi baju kemeja corak kotak-kotak. Lalu...

"Saiz XL ada tak adik?"
"Saiz XL tak ada la bang, tinggal M dengan L je. XL dah habis..."

Dia buat muka tak puas hati... Dia membelek lagi... Memcari dengan penuh harapan la kot..

"Memang tak ada ke adik?"
"Ada bang, tapi dah habis....."

Dengan muka tak puas hati dia berlalu pergi.

10 minit kemudian, Amal dipanggil oleh Assistant Manager, dia memberitahu customer tadi buat report yang Amal melayan dia dengan kasar???? 

Ok. Ni memang fitnah.

Alhamdulillah, perkara ni tak diperbesarkan sebab semua orang tahu macam mana personaliti Amal. Benda tu memang mustahil untuk berlaku. Alhamdulillah, kawan-kawan semua backup. 

Kepada customer tu, entah apalah salah Amal kat dia... tolonglah, takkan sebab anda tengah bad mood anda nak tuduh-tuduh saya macam tu. 

*Merosakkan reputasi aku sungguh la...... --"

Conclusion : customer not always right!

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 13 Julai 2011

Awek jawa terbaik. XD

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Hehe.. :)
Di atas adalah status seorang rakan di facebook. Nama berserta gambar telah pun Amal blurkan.
Hehe, kelakar lah pulak. Amal dah like kat situ. Amal setuju gak tu.. Hehe, yelah I'm Javanist gak ye.

Sapa antara korang orang jawa? Apa pendapat korang?

Tapikan sebenarnya Amal rasa..... Tak ada beza pun kan perempuan jawa ke, bugis ke, utara ke, timur ke. Ye dak? Semua sama. Yang membezakan seseorang tu adalah keperibadian mereka. Kalau baik, baik lah. Kalau buruk, buruklah.

Pasal bab cantik tak cantik pulak, eleh... lain orang lain hati, lain mata lain citarasa. Huhu.. Ada yang duk mengata mata sepet, ada yang cakap sepet tu cute. Ada yang kutuk si tembam, ada yang rasa tembam tu cute. Ada yang kritik kulit gelap, ada yang anggap hitam tu manis. 

Pasal bab memasak pulak, tengok orang lah, rajin dia belajar, rajin dia pergi dapur, pandailah dia masak. 

Bukan perempuan jawa je yang bagus. Semua sama je, ada jugak yang kurang hajor. Eh, Amal bukan mengata perempuan jawa erk, Amal pun jawa+india+cina, *satu Malaysialah katakan... tak kan Amal nak kutuk diri sendiri kot. Huhu

Macam orang anggap, perempuan kampung ni bagus. Tak payah, perempuan kampung sekarang, tak payah cakap lah, 2x5 jugak. Baik tengok pada salah-silah keluarga jangan lupa pada akhlaknya. Tak kisah lah perempuan kampung ke, perempuan bandar ke, gua ke. Kadang-kadang keluarga je baik, tapi anaknya perangai tetap hancur. Tu lah, kadang-kadang terikut kawan. Salah pilih partner.

Ingat, don't judge a book from its cover. 

*hah! melalut sampai ke buku.. okeylah tu.. bermula dengan muka buku berakhir dengan kulit buku. XD

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 12 Julai 2011

Segmen | Kenapa pakai dua phone / dua number ??

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Salam setia, *tiru ayat penganjur... XD
*curik gambar wat lampiran..heheh*

Straight to the point:
Kenapa perlu pakai dua telefon bimbit berserta dua nombor yang berlainan?

  1. Satu-satu handphone telah dihad-hadkan penggunaannya. Contohnya handphone A digunakan untuk perihal peribadi, manakala handphone B digunakan untuk perihal kerja. Atau pun, handphone A telah dihadkan untuk orang yang tersayang, handphone B dihadkan untuk orang tercinta. Ape beza tu?
  2. Lain handphone lain functionnya. Yelah, handphone sekarang macam-macam jenis kan? Mungkin handphone A kameranya lebih elok berbanding handphone B, walaubagaimanapun, handphone B soundnya lebih clear dari handphone A. Boleh jadi kan? Kesimpulannya, gunalah dua-dua. Huhu
  3. Handphone lama sayang nak jual balik. Dah beli handphone baru, handphone lama masih pakai, so, kenalah beli nombor baru untuk handphone baru kan?
  4. Nak layan facebook, tapi tak ada internet. Guna handphone pun jadilah. Tapi maxis or celcom internet mahal. Tu yang prepare lagi satu no digi. RM1, 1 hari kan? Hehe
  5. Macam yang Amal bace kat komen fb Sangat Setia lah... No 1 untuk awek A, No. 2 untuk awek B dan seterusnya. Haha... 
  6. Saje prepare, kalau no yang ni habis kredit, bleh guna no yang satu lagi. Kalau handphone yang ni habis bateri bleh guna yang lagi satu. kan?
  7. Line tak kat semua tempat penuh. Kita sebagai manusia perlu bersedia kalau kita pergi mana-mana, merantau ke apa, orang kuning tak semestinya selalu disamping kita, so, kenalah sediakan orang biru dan orang merah sekali.. Hohoi~
  8. Saje lah tu tunjuk grand ada banyak handphone. XD tapi ape cerita pulak kalau banyak-banyak tu semua jenis handphone buat balik anjing. Heee~
  9. Dulu masa sekolah rendah ayah belikan no digi, bila dah meningkat remaja mula nak guna maxis, bila dah masuk dewasa gatal pulak nak guna celcom, tapi no lama nak jugak pakai takut lost contact dengan kawan-kawan lama. Tu lah sampai banyak no. tu. :-)
  10. Ikut plan la kan. Kalau nak mesej banyak-banyak guna no yang mesejnya murah. kalau suka call guna no yang callnye murah. Tu sebab pakai no lain-lain, sebab plan dia pun lain-lain. Tak gitu?
Dulu, Amal guna 3 nombor. Tapi 2 hp. Satu hp jenis 2 sim. Bila hp yang 2 sim tu hilang, terus tak pakai dah 3 nombor. Setia pada yang 1 :-) .... bila orang lain pakai 2 nombor kita pulak yang fikir lain tentang dia. Hoho.

:: Segmen by Sangat Setia :: Done ::


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Ahad, 10 Julai 2011

Aku dah sedia jadi seorang mak!

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Tajuk... tak boleh belah.. hehe :-D

Sebenarnya ceritanya macam ni... nak cerita betapa besarnya dugaan bila kita bekerja dalam bidang yang melibatkan kanak-kanak ni. Suka memang suka, best memang best. Yelah, budak-budak kan. Comel je. Naif, muka tak bersalah je.. hehe . Tapi ada bab-bab.. jenuh dan pening jugak.

Ingat senang ke jadi guru sekolah rendah, lagi-lagi guru tadika, baby-sitter or what so ever... susah tau. Apa kena mengena dengan Amal? Eh, Amal pun kerja bidang kanak-kanak jugak apa. Kat kedai tempat Amal kerja Amal diletakkan dalam departmen pakaian kanak-kanak. Setiap hari kat situ mesti meriah dengan belon-belon dan budak-budak berkejaran. Bising la jugak tapi meriah, tak macam departmen lain yang agak senyap.. konfius Amal ni kedai pakaian atau nursery. Huhu. 

Pengalaman baru yang tak dapat dilupakan..........

ketika ni, apa yang Amal lakukan adalah senyum dan cakap "takpe..takpe.." berulang kali kat makcik  tu, yang muka dah ketat semacam bila anak dia wat hal... tiba-tiba rasa macam pening-pening sket time ni. 

Ketika ini apa yang dapat Amal rasakan ialah dunia disekeliling Amal menjadi kelabu akibat tak dapat terima kenyataan anak dia wat macam tu. Istighfar panjang kat dalam hati. Cobaan....... Still melakonkan watak Customer Service Assistant (CSA) secara profesional dengan senyum selebar-lebarnya.. XD

*customer is always right ..... kan? Sabor je lah....
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 7 Julai 2011

Sama ada aku atau pak cik tu yang perasan?


- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -



Oleh kerana kekangan masa, kartun yang selalu Amal buat tu Amal tak dapat nak completekan. Kartun yang ada ni kartun basic je tanpa warna dan correction. Hahaha.







tersedak seketika...



*terima kasih pakcik bagi perumpamaan yang sangat berkesan.
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 5 Julai 2011

Serabut lagi Kusut... Luruskan segera.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Baru-baru ni, Amal tak tahu kenapa segala jenis mood tak ada langsung dalam diri ni. Nak tidur malam pun susah, nafsu makan pun tak ada, lagi kan nafsu nak berblog. Satu idea pun tak jengah. Ada time idea sangat banyak, tapi baru je menulis perenggang pertama Amal dah putus asa dan tinggalkan entry tu terbengkalai dalam draf. Apa dah jadi dengan Amal? Amal pun tak tahu. Yang boleh dihuraikan kat sini, berlaku ketiadaan mood. Mungkin sebab penat bekerja? Mungkin sebab gaji yang sikit? Mungkin sebab deposit rumah yang memakan lebih dari separuh gaji? Mungkin sebab result? Mungkin sebab tak pernah dapat cuti ketika family pergi bercuti? Atau mungkin sebab internet yang tak pernah nya nak laju. 
emosi sekarang seserabut almari kartun ni.
Kadang-kadang rasa diri ni sangat tak berguna, dan pernah terfikir apalah nilai aku kat dunia ni? Nauzubillah. Harap dijauhkan dari sifat tidak bersyukur dangan segala kurniaanNya. Dapat kembali semula bernafas setelah bangkit dari tidur pun sudah nikmat. Alhamdulillah.

Macam mana nak menangani masalah ni? Bila kusut, masalah ape yang berlaku, ape sabab moody pun tak dapat nak dikenal pasti.  Kadang-kadang rasa kenapa benda ni.. or benda tu... patut berlaku dalam hidup kita sampai kan kita jdi serabuk serabut. Tak habis-habis nak termenung. Apa yang dimenungkan pun undefine Aku patut menjadi lebih sabar dan waspada. Syaitan tu senang merasuk dalam jiwa yang kacau bilau.

Allah S.W.T berfirman, 

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45



Mungkin Amal patut lebihkan senyum. Yelah, senyum kan penawar hati. Mungkin bukan 100%. Tapi atleast ade jugak effect positifnya, insyAllah. Mungkin juga Amal perlukan waktu untuk bersendirian. Fikir, apa yang tak kena sebenarnya. Dalam step ni, Amal boleh gunakan kaedah yang Amal belajar dalam seminar dulu.
Menangani STRESS secara IDEAL :
I- identify the problem
D- Describe possilble option
E- Evaluate the consequence of each options.
A- act
L- Learn from the problem.

Selain tu, perlu lebih ketenangan. Entahla, nanti Amal beli la ape-ape yang boleh buat badan jadi tenang secara jasmani. Makan eskrem ke... bau-bauan lavender ke. Secara rohaninya, kena banyak lagi mengajilah. Ayat-ayat al-Qurankan ubat segala penyakit, lagi-lagi penyakit hati. :) Mendekatkan diri lebih lagi kepadaNya.

Semoga segalanya akan bermanfaat.

*Ya Allah... jauhilah aku dari sikap sambil lewa, lalai, dan kekecewaan. Sesungguhnya segala itu adalah sifat Iblis Laknatullah. Ameen.......

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Jumaat, 1 Julai 2011

Ekleh..... blog ni...

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Apa pendapat mengenai blog yang ada right-click disable? Mesti korang tak suka kan? Amal tahu... Yela, sebab dulu pun Amal buat jugak mendalah tu. Siap disable highlight lagi, pakej pulak kalau right-click keluar pop-up message.. "Sori, disable right click laaa..." . Sampai Amal buat contest review dulu tu... semua duk komen pasal ni. Hehehe~ Okey, lastnye Amal buang. Dorang kata rimas. Yelah, bukan nak curi isi ke, copy-cat ke, ape ke.. Just nak buka link in another tab je pun dah tak boleh dah. Huhu. Kesian. Tapi Amal rasa kan, tak apa kot kalau blog yang isi ala-ala private nak buat menda tu. Tapi eloknya tak payah lah. Visitor jugak yang susah nanti. Kalau masuk contest, orang nak copy gambar or entry, nak nilai pun dah susah kan?


Tapi, macam mana pulak blog yang buat contest? Suruh copy banner, header lah bagai... ayat pun ada jugak suruh copy, tapi disable highlight dan right-click. Right-click tu, boleh la cegah lagi guna Ctrl+C .. tapi nak highlight tu... Aduh, susah. Tak kan nak select all.


Tu satu hal, satu hal lagi, tadi Amal search kat google konon nak cari tutorial about something la. Okey, dengan hepinya, Alhamdulillah, ade jugak tutorial tu. Buka-buka, sampai step dia suruh copy dan paste, tak boleh highlight... Nak right click? Keluar pulak... "Hoi..hoi.. nak buat ape tu?! Orang penat-penat buat, ko nak copy plak en?" .. Ekleh, dah tu bakpe lah buat tutorial ni kalau tak nak orang pakai, tak nak kongsi? 


*Hmm.. macam-macam...
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selekeh itu seni.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Selekeh tu seni kan? Ye ke tak? Hehe.. Amal rasa ramai je orang yang anggap selekeh itu seni tak kisah la sama ada dia perasan atau tak yang perbuatan dia tu selekeh a.k.a tak kemas tapi nampak smart. 


Contoh :
Pertama :
Gaya rambut, terutama lelaki la. Perempuan pun ye jugak. Pada pendapat Amal, bukan ke kalau pendek dan disikat lebih kemas? Pedulilah nak letak gel berapa tan biar rambut tu nampak tegak macam landak ke, ape ke..
Tapi ramai je orang yan nak bela rambut panjang. Rimas kot, tapi seteng-seteng orang boleh nampak smart kan?  As an example Faizal tahir. :) By the way, fesyen rambut lelaki yang pendek tapi nampak macam kusut baru bangun tidur tu. Amal rasa selekeh, tapi dorang buat. Dorang rase dorang hot la kot buat macam tu. XD


Kedua :
Fesyen shawl. Bukan tak boleh, boleh je nak bergaya pakai shawl tu. Nak tahu lebih lanjut tentang fesyen shawl? Search je kat youtube, senang-senang je korang boleh dapat tutorial cara pakai shawl. Dari simple style, sampailah ke arabic style dan dinner style. Yang simple pun Amal tengok tak ada lah simple, pusing jugak kepala otak nak mengikutnya. Baik buat ikut cara sendiri. Hehe. Belum masuk dinner style, guna sampai 2 helai shawl. Berbelit fikiran se-belit shawl tu. Bila dah siap, tengok MasyAllah, serabut giler. Ni ke cantik yang dia maksudkan sampai buat tutorial untuk orang lain follow? Ngeh~ Xsir aku. Belum lagi masuk Messy style, for sure memang messy lah.. Huhu


Ketiga :
Perasan tak kalau masa sekolah dulu selalu cikgu akan suruh buat buku folio. Kita pun mestilah bersemangat nak buat secantik-cantik alam kan? Segala jenis seni keluar. Duk bakor-bakor tepi kertas warna tu.... pastu tampal-tampal. Kena gaya jadi lah seni... Tak kena gaya jadilah comot. Bila dah comot mula la mintak kat kawan yang tangannya halus, pandai buat mendalah tu. Tapi bila kawan dah buatkan. asal tak jadi macam kau punya pun? Buruk je? Hehe.. 
Lagi satu, selain seni kertas terbakor tu, seni komotkan kertas.. Amek kertas. Tulis lah ape yang patut, lepas tu komot-komotkan sekomot-komotnya, buka balik dan tampal kat dalam folio tu. Seni beb... XD
Lagi-lagi, kertas-kertas warna tu, koyak-koyakkan, tampal la kat kertas lain tindih-tindih campur-campur warna. Dalam cara ni kuantiti kegunaan gam kena pandai, tak boleh lebih tak boleh kurang. Kalau tak nanti carca marba jadinya. Lepas dah kering tu boleh la tulis atas tu. Adoyai~


Banyak lagi sebenarnya... ce pikir... mesti korang ade terlibat punye.. mesti... hehe


*Selekeh tu memang satu seni kan? XD
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...