- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -
Hmmm... sedar tak sedar nak setengah semester dah... Ape yang Amal dapat dalam semester ni? Dah padat sangat ke ilmu ni? Tak pun, tapi otak dah mengah sangat dah.. Biasalah tu....
Esok dah hari Jumaat, tak tahulah nak balik rumah naik ape. Tumpang kawan ke, nak ayahanda jemput? Kawan ajak tumpang. Pergh.. baguskan, orang ada kereta ni.. Senang-senang je ke hulur-ke hilir .(Allah! BM akuh.)
Balik dgn kawan bertolak awal sikit. Ada advantagenye tuh. Tapi hati ni membuak-buak nak suruh ayah jemput.. Senang. Sampai pun betul-betul kat depan rumah. Haish, anak dara pemalas. Biasalah tu....
Esok hari last sebelum cuti Raya Haji, kepada yang buat korban tu..Alhamdulillah. Ada rezeki korang, dapat buat korban tahun ni. Amal bilalah pulak. Harap panjang la umur nak buat korban akan datang, insyAllah. Amin!
Cuti Raya Korban sekali dengan cuti semester, seminggu je pon. Bukannya lama sangat. Tak puas pun.. Biasalah tu..
Konon-konon, cuti ni boleh la berehat. Alik-alik, assigment berlambak, projek bertimbun, ada mid sem exam pulak lepas cuti tu. Ditambah pulak segala jenis presentation. Masa untuk jadi badut kat depan budak-budak kelas. Orang lain boleh bertutur dihadapan orang lain dengan jayanya, Amal? Bukannye tak practice, bukannya time SPM dulu English gagal pun, bukannye tak ada point, cume gugup, hilang sume benda yang rancang nak cakap tadi. Point-point pun tah kemana padahal, notes ada je kat tangan belah kanan yang sedang menggigil ni. Huh! Bila budak melayu pedalaman macam ni suruh bertutur English.. Masa sekolah, waktu kelas English pun cikgu cakap jawa... Biasalah tu...
Yeah, kembalilah masa untuk mengabdikan diri dihadapan laptop lembap ni.. Ni pun Alhamdulillah ada, bayangkan kawan-kawan yang tak ada kemudahan macam ni. Hmmm, zaman sekarang.. Tak ada teknologi, susah hidup. Biasalah tu....
Entry kali ni duk mengeluh jah.. Biasalah tu... Hahaha
Papepun, keluhan ni bukan tanda mengalah, just nak lepaskan tension di hati je. Lalalalala~
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
0 Cahaya menghiasi ruang komen.:
Catat Ulasan