Selasa, 12 Julai 2011

Segmen | Kenapa pakai dua phone / dua number ??

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Salam setia, *tiru ayat penganjur... XD
*curik gambar wat lampiran..heheh*

Straight to the point:
Kenapa perlu pakai dua telefon bimbit berserta dua nombor yang berlainan?

  1. Satu-satu handphone telah dihad-hadkan penggunaannya. Contohnya handphone A digunakan untuk perihal peribadi, manakala handphone B digunakan untuk perihal kerja. Atau pun, handphone A telah dihadkan untuk orang yang tersayang, handphone B dihadkan untuk orang tercinta. Ape beza tu?
  2. Lain handphone lain functionnya. Yelah, handphone sekarang macam-macam jenis kan? Mungkin handphone A kameranya lebih elok berbanding handphone B, walaubagaimanapun, handphone B soundnya lebih clear dari handphone A. Boleh jadi kan? Kesimpulannya, gunalah dua-dua. Huhu
  3. Handphone lama sayang nak jual balik. Dah beli handphone baru, handphone lama masih pakai, so, kenalah beli nombor baru untuk handphone baru kan?
  4. Nak layan facebook, tapi tak ada internet. Guna handphone pun jadilah. Tapi maxis or celcom internet mahal. Tu yang prepare lagi satu no digi. RM1, 1 hari kan? Hehe
  5. Macam yang Amal bace kat komen fb Sangat Setia lah... No 1 untuk awek A, No. 2 untuk awek B dan seterusnya. Haha... 
  6. Saje prepare, kalau no yang ni habis kredit, bleh guna no yang satu lagi. Kalau handphone yang ni habis bateri bleh guna yang lagi satu. kan?
  7. Line tak kat semua tempat penuh. Kita sebagai manusia perlu bersedia kalau kita pergi mana-mana, merantau ke apa, orang kuning tak semestinya selalu disamping kita, so, kenalah sediakan orang biru dan orang merah sekali.. Hohoi~
  8. Saje lah tu tunjuk grand ada banyak handphone. XD tapi ape cerita pulak kalau banyak-banyak tu semua jenis handphone buat balik anjing. Heee~
  9. Dulu masa sekolah rendah ayah belikan no digi, bila dah meningkat remaja mula nak guna maxis, bila dah masuk dewasa gatal pulak nak guna celcom, tapi no lama nak jugak pakai takut lost contact dengan kawan-kawan lama. Tu lah sampai banyak no. tu. :-)
  10. Ikut plan la kan. Kalau nak mesej banyak-banyak guna no yang mesejnya murah. kalau suka call guna no yang callnye murah. Tu sebab pakai no lain-lain, sebab plan dia pun lain-lain. Tak gitu?
Dulu, Amal guna 3 nombor. Tapi 2 hp. Satu hp jenis 2 sim. Bila hp yang 2 sim tu hilang, terus tak pakai dah 3 nombor. Setia pada yang 1 :-) .... bila orang lain pakai 2 nombor kita pulak yang fikir lain tentang dia. Hoho.

:: Segmen by Sangat Setia :: Done ::


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

3 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Unknown berkata...

serius ? tamak :hei :P

Siti Safiyyah berkata...

<-- pakai dua enset tapi ade tiga nombor.. haha.. salah satu sebabnya ialah satu enset guna maxis dan satu lagi guna celcom.. so kan senang tu takyah bazir banyak kredit kalau nak mesej.. :p


psstt.. jom komen2 ww ss pulak. ^__^

NurAmal berkata...

bukan tamak la.. tapi sediakan payung sebelum hujan.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...