Sabtu, 14 Mei 2011

Operasi musim cuti 1

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


"Asyik-asyik update pasal diri sendiri, sikit-sikit update tentang diri sendiri. Manalah ada orang nak baca. Ekau tu bukannya orang popular, yang vouge, yang vas gitu. Ko budak kampung biase-biase je. Ada ke orang nak baca salah-silah riwayat hidup ko? Perasan." Hati Amal cakap macam tu la masa nak update blog ni. Update pun sekali-sekala je sani. 


Broadband pun dah pandai menipu sekarang ni, line tunjuk penuh tapi nak blogwalking nak buka satu blog je pun dah kena refresh 4 hingga 5 kali. Huh! Malas la Amal. Last-last update je la apa yang ada kat sekeliling ni. Janji puas sebab dapat cerita kat blog. ^^ . Hooyeah...


Aktiviti hari pertama Amal kat rumah ni, masuk pertandingan masakan. :-P
Semalam ada satu majlis Sambutan Hari Ibu kat dewan belia. Penceramahnya, lewat sangat datang. Janji 2.30 mula tapi pukul 4 baru la nak mula. Haih! 
Kemudian adalah dianjurkan satu pertandingan masakan. Amal dan ibu join pertandingan tu. Temanya pencuci mulut. :-)


Masa pengumuman nama-nama peserta tu, disebutnya nama Amal "Puan NurAmal..... bla..bla..bla.." . =.="
P.U.A.N ??? Ingat pertandingan masakan ni orang-orang dah kahwin je ke yang masuk? =.="
Whatever-lah...


Ramai pulak yang masuk. Semuanya lawa-lawa, cantik-cantik. Hiasan mereka, awsome, tip top, taraf hotel 5 bintang. Amal punye dengan ibu punye? Cikai-cikai je. :-P
Masa tu memang agak terjojol biji mata, telan liur tengok makanan yang masuk bertanding tu. Amal dah geleng kepala. Tak ada harapanlah jawapnya.


Masa juri rasa. Dia ambil secipu-seciput. Dapat ke dia rasa tu? XD
Amal nampak dia panggil pembantu juri suruh rasa buat kali kedua beberapa makanan yang dia dah pilih. Salah satunya Amal punya... :-P


Sebelum pengumuman pemenang, adalah sesi ceramah sikit, yang sepatutnya 1jam 30 minit dah jadi 30 minit je sebab si penceramah tu yang lewat datang. Di akhir ceramah tu, sempat pulak dia berpolitik. Pasal parti apa, biarlah rahsia. 


Sampai saat yang ditunggu, sesi penyampaian hadiah. Ibu dapat nombor 2. Amal pulak dapat saguhati je. Jadilah.... 


Amal buat puding mangga jelly kristal. Sebelum masuk ni Amal dah pernah buat. Bagi pakcik-pakcik, sedara-sedara, makan. Dorang sume cakap sedap. Hehe. (takabbur sekejap..ish3)
Ada tiga lapis, lapis yang paling bawah puding perisa mangga, dalam tu adalah amal letak mangga yang dah dipotong kecil-kecil. Lapisan tengah Jelly perisa strawberi, dalam tu amal letak buah laici. Dan lapisan atas sekali Amal buat ala-ala yougurt perisa orange. Kemudian atasnya deco-deco la sket, letak krimer la coklat la.. 
rasenye decoration atas ni x berapa menjadi =.="
hadiah: yang gedabak tu ibu punyer.. yang kecil molek tu.. amal nye
Ibu pulak, buat Dragon berry. Puding strawberi dalamnya ada buah naga. Sedap jugak. :-)


=.=" x leh upload gambar lah pulak sebab broadband ni.. grrrr~
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

4 Cahaya menghiasi ruang komen.:

diana berkata...

nak gambar jugak..
tak kira nak gambar..
heheeh..
saguhati pun tahniah jugak..
cakap tahniah kat mak ye..

IJAT360 berkata...

amal..x dapat nak dibayangkan lah..hehe..

p/s: amal kena belajar dengan mak lagi ni :P hehe

NurAmal berkata...

kak diana.. nanti kne tgu amal balik kolej la.. bulan 9 . bru leh upload.. huhu

jat: ape yg x dpt byg ni.. :-P
tgh nak asah skill la ni.. hehe

miss ct berkata...

Assalamualaikum amal...
wow bestnya..pandai wat puding.. nak blaja dgn amal boleh?? :baby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...