-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -
Amal bukannya suka sangat pergi Cyber Cafe a.k.a CC tu. Itu bukan tempat Amal, kalau nak pergi pun fikir 4,5,6 kali dulu. Kalau nak pergi pun, atas desakan kawan, Amal akan pilih masa pagi. Kalau CC tu buka pukul 10 pagi, pukul 9.45 Amal dah tercegat kat situ, dan akan balik sebelum budak sekolah balik, dan Amal akan pergi pada hari bekerja saja.
Kenapa Amal tak suka? CC kat sini kebanyakannya ada game online. Bila ada game online sape lagi yang banyak lepak kat sana? Mestilah budak-budak lelaki, yang bukan budak pun berlambak. Game yang masih popular ni salah satunya DOTA.
Itu, tak apa lagi, selalunya masa strategik untuk Amal dan kawan-kawan lepak di CC adalah pada tengahari Jumaat. Ambil kesempatan la... dengan harapan CC kosong. Kalu ada pun Cina dan India je~ (Hehe, jangan buat selalu, sepatutnya masa ni kita hormat waktu solat ni.) Tak sangka pula, ada jugak LELAKI MELAYU? . Ehem, tak sembahyang jumaat ke? Siap pakai baju melayu lagi ye bang main DOTA tu? Mana lagi penting.. DOTA atau ALLAH?
Ni lah namanya sesuatu itu boleh jadi haram boleh jadi harus bergantung pada diri. Hiburan itu harus, tapi kalau sampai jadi lalai, haram dah tu. Sesetengah orang, (nak cakap lelaki kan cakap berat sebelah, lagi pun, perempuan ada juga yang minat game ni kan?) cukup obses dengan permainan ni. Sampaikan macam game tu lah hidup dia. Sampaikan kalau beborak pun pasal DOTA. Teringat hari tu ada orang tanya nama penuh, Amal cakap "Amal Lina". Dan dia balas, "eh, eh, Lina. Sedap, macam nama character DOTA la.."
samakan Amal dgn karekter seksi ni?? -.-" |
Kawan Amal siap boleh kata "Kalau pakwe korang boleh balas mesej korang masa dorang main DOTA, tu maksudnya dia betul-betul sayangkan korang?" Boleh tangkap tak kesimpulan tu? Betapa pentingnya DOTA tu pada dorang. Best sangat ke, sampai kena fokus sangat?
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
8 Cahaya menghiasi ruang komen.:
dota games tak pernah main
Bro ahmad jalan2 sini
ye betol 2.. aitu kawan HH ajak maen dota.. terpinga pinga HH ( tataw dota 2 permainan camne ) kah3.. betapa ketinggalan zamannya.. :P
best jugak la main DOTA..layan!!
tak geti main dota..kalau main game bola..pandai la :)
Pehhh , rugi kalo x main :P
best,,best,,, heheh tpi xde smpai addict sgt smpai awek mesj xbls :)
terjebak ngn dota dr form 5 smpi la umur 21 .
awl thn ni da stop men dota .
mmg addicted la game ni .
tp smpai ble hdup kte stick ngn game kn .
berdirilah di atas kehidupan yang nyata .
cm Azrael , da quit sbb mindset skrg lebih tertumpu pada mencari side income rather than spending most of my time on gaming . =.="
pergh...
x pe2.. selalunya org akan sedar bila uno dh meningkat.. bila dah sedar ad tanggungjawab lain... ^^
tp kalau dh umo meningkat x sedar2 jugak tu payah.. :erk
Catat Ulasan