Jumaat, 21 Januari 2011

wanita SOLEHAH dambaan umat

Wanita hiasan dunia…..Seindah hiasan adalah wanita solehah……Yang akan membahagiakan…..bla..bla..bla..” ..

kalau korang tau bait2 kata nie adalah petikan daripada lagu In-Team : IMPIAN KASIH.

Betullah ape yg disebutkan tu… dunia itu hiasan, antara hiasan yg terdapat didunia ni ialah wanita, dan sebaik hiasan adalah wanita solehah.


Dunia itu perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita sholehah.” (HR. Muslim)

Anas Ra juga berkata, Rasulullah Saw, pernah bersabda: “Siapa saja yang telah dikurniai Allah wanita solehah bererti dia telah menolongnya dalam satu bahagian agamanya. Oleh karena itu, hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam bahagian yang kedua”. (HR al-Hakim)

Saya yakin semua wanita nak sangat jadi hiasan yg terbaik ni… bahkan saya sendiri juga memasang niat nak jadi perempuan yang baik dan solehah.. tetapi semua sedia maklum, hendak menjadi wanita solehah nie bukalah kerja sesenang makan nasi guna tangan… bukan lah semudah nak eja E.P.A.L.. tp lebih susah drpd kiraan AddMath, lebih payah drpd nak hafal nama2 tulang dalam badan manusia…

Walaubagaimanapun, memang kita sangat digalakkan untuk berusaha. Tidak dapat keseluruhan ,buatlah sedikit2… Disini ada saya senaraikan beberapa ciri2 yang sepatutnya ada dalam diri wanita yang solehah..(sebenarnya banyak sangat ciri2 wanita solehah kerana segala yang baik yang datangnya dari Allah itu lengkap belaka, tapi kat sini saya lebih tekankan ciri2 perempuan remaja yg solehah,memandangkan diri saya juga masih remaja..hehehe):::

Secara ‘basic’nye, untuk menjadi wanita solehah ada 2 syarat saje:
PERTAMA: taat kepada Allah dan RasulNya
KEDUA: taat kepada suami.. (bakal la ni..insyAllah kalau panjang umo..=P)

1)    TAAT KEPADA ALLAH.

~ kita MENCINTAI Allah lebih dari segala-galanya,
lebih daripada kita mencintai manusia, ofkos lebih daripada kita mencintai ehem2…(kalau ada la).. lebih daripada kita menyayangi ibubapa. Maksudnya disini, kita hendaklah mencintai Allah terdahulu sebelum kita menyayangi orang lain, kerana Allah jugalah yang telah menciptakan dia,Allah jugak lah yang telah mencipta rasa sayang tersebut.

~WAJIB menutup aurat,
yelah… ini sudah semestinya, pernah ke korang Nampak orang seksi dapat gelaran wanita solehah? X kan….. wanita solehah wanita yang taat dengan suruhanNya, antara kewajiban wanita Islam ialah menutup aurat. Bukan sekadar bertudung. Pakaian juga perlulah menutup tubuh badan dengan sempurna. Jangn pulak pakai tudung tapi berbaju lengan pendek (maaf kalau ada yang terasa)..saya akui saya pun x lah terlalu mengambil berat tentang pemakaian, sekadar bertudung, baju lengan panjang ,x terlalu ketat dan x terlalu singkat.. sebab itu bila saya lihat orang yang bertudung labuh, saya x boleh nak lepas pandang. Dalam hati tertanya2, selalu berdoa, bila lah aku akan jadi macam tu?? Boleh ke aku jadi macam tu??.. mungkin 1 hari nanti, insyAllah..

~tidak BERHIAS dan BERPERANGAI seperti wanita JAHILIAH….
            Firman Allah SWT bermaksud :
            "Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu        mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah……"-Al-Ahzab : 33
            Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan       mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan   kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-      rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang    menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.

~berbuat BAIK kepada IBUBAPA..
            Maksudnya disini, nak jadi wanita solehah kenalah jadi anak yang solehah kan…      boleh ke seseorang yang menderhaka@ x hormat kat ibubapa menjadi org yg soleh/solehah??.. hormat, jaga hati,berbuat baiklah kepada ibu bapa kita selagi             mereka hidup ni, bagi yang dah tiada banyak2 sedekahkan doa dan surah2.          Itulah peranan anak yg soleh. ‘syurga dibawah telapak kaki ibu’ tau!
           
~sentiasa BERSEDEKAH dalam keadaan susah atau senang..
            Bersedekah itu amal jariah. Sedekah tidak semestinya kita menghulur duit kat          pemintak sedekah, bukan semestinya duit yang berkepok2 kita derma kat tabung         tv3.. banyak lagi sedekah yang boleh kita buat..:: menolong orang free2 je,,kita    bersedekah tenaga… bagi lauk-pauk kat jiran…tu pun sedekah disamping mengeratkan lagi silaturahim…senyum…itu pun sedekah juga..banyak! x       tersenarai kat sini.

 ~tidak BERDUA-DUAAN dgn LELAKI dewasa ..
            Sedia maklum, bila kita berdua2an ,yang ke3 adalah syaitan yang       direjam..adanya syaitan,adalah hasutan, iman yang lemah senang terikut..maka berlakulah benda yg x sepatutnya. Nauzubillahiminzalik!.. bukan setakat            dalam             hadith, dalam lagu pun sekarang dah ada… lagu KALAU BERPACARAN.. (lagu         ni cakap x salah nak berkasih, janji masih berlandaskan hukum islam,jaga             maruah sebagai ISLAM, jauhi zina,cepat2 kawen…=))

~bersikap BAIK dgn TETANGGA..
            Berbuat baik dgn orang, terutama yg dikenali,,, jaga adab pergaulan, adab    perbualan, jaga percakapan, jgn sampai menyakiti hati org lain. DLL….

Sampai sini je dulu… rasenya dan panjang sangat ni… huhu~ lain kali kita sambung yang kedua pulak TAAT KPD SUAMI..=P hehe… WAlluhualam~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

0 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...