Isnin, 25 April 2011

DEBAT PERDANA UBM | Budaya mengipas blogger otai dalam kalangan blogger... Wajarkah??




Assalammualaikum dan salam sejahtera


Dewasa ini, penguasaan setiap individu terhadap dunia IT semakin meningkat. 'Dunia Maya' ini kini menjadi satu keperluan bagi masyarakat. Ruang-ruang sosial di jaring-jaring web kini bertambah-tambah ahlinya. Tidak kurang juga dengan Blogger. Dapat dilihat, semakin hari semakin ramai blogger baru telah lahir bagai si semut yang keluar dari sarang setelah sarang dipecahkan. Hari demi hari pasti ada saja blogger baru yang akan meninggalkan jejak di blogger-blogger ternama. Blogger-blogger baru sudah tentu memendam keinginan untuk berjaya seperti blogger ternama tersebut. Ada pula diantara mereka ingin popular dalam masa yang singkat. Jadi, jalan penyelesaian yang ringkas lagi singkat, budaya kipas-mengipas menjadi pilihan. Ingin saya bincangkan disini berkenaan 'Budaya Mengipas Blogger Otai dalam Kalangan Blogger..'.


Pembaca yang dihormati,


Ingin saya terangkan titik-titik penting dalam tajuk yang telah saya nyatakan di atas. Budaya yakni sesuatu yang menjadi tabiat atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat. Mengipas atau erti kata lainnya, membodek bermaksud memuji dengan sesuatu tujuan tertentu. Manakala otai pula bermaksud lama atau lebih tepat lagi orang yang lebih banyak pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu, secara logiknya blogger otai bermaksud blogger senior yang telah lama berkecimpung dalam arena blog. Kesimpulannya, 'Budaya Mengipas Blogger Otai dalam Kalangan Blogger' membawa pengertian 'Tabiat Membodek Blogger Senior dalam Kalangan Blogger'.


Pembaca yang dikasihi,


Setelah anda mengamati erti sinonim bagi frasa di atas, tidakkah anda rasa budaya tersebut adalah sesuatu budaya yang buruk? Walaubagaimanapun, setiap perkara ada nilai-nilai baik, ada pula nilai-nilai daifnya.
Perlu saya bincangkan terlebih dahulu mengenai kelebihan budaya yang dinyatakan sebentar tadi.
Antaranya ialah golongan 'newbie' ini akan cepat naik. Baru 2 hingga 3 hari menceburkan diri dalam dunia blog  sudah ada beratus follower. Selain itu, bagi yang berjaya mengamalkan budaya ini juga akan dapat tempat khas di mata blogger otai tersebut. Contohnya, dengan mudah si blogger ini mendapat tempat di 'blogslist' si otai , tidak kurang juga senang mendapat tempat di dalam apa-apa 'contest'.


Seterusnya, ingin pula saya utarakan keburukannya, antaranya, mungkin blogger ini secara zahirnya mempunyai ramai follower, tetapi, adakah followers itu benar-benar mengikuti perkembangannya? Implikasi yang dapat dilihat, followers ramai tetapi entry sunyi. Kedua, si blogger terlepas segala pahit manis pengalaman yang perlu dihadapi untuk naik sehingga ke tahap yang si blogger tersebut berada. Bolehkan si blogger tersebut menjadi blogger otai bagi blogger-blogger baru yang akan datang, sedangkan pengalaman kurang? Tidak semestinya blogger yang ramai follower itu otai, dan x semestinya blogger yang sikit follower itu newbie.


Pembaca yang disayangi,


Tidak dinafikan blogger baru perlukan bimbingan dari yang lama. Malahan blogger yang lama banyak membantu blogger baru dengan cara mereka sendiri. Sikap kipas-mengipas ini sebenarnya tidak perlu ada dalam budaya blogging. Jika ada yang berkata sikap ini perlu atas dasar meminta sokongan, dia salah, kerana mengipas itu kan bererti membodek atau memuji untuk kepentingan diri sendiri. Padahal, blogger baru di dunia maya ini ramai. Jika sikap ini diteruskan, adalah tidak adil bagi blogger-blogger baru yang lain. Otai kini bijak, sebenarnya macam-macam cara boleh diguna pakai oleh mereka untuk membantu blogger baru dengan cara yang adil. Contoh, pelbagai segmen, contest, assignment, kelab-kelab dan lain-lain lagi telah diadakan. Di sini berlakunya 'win-win situation', bukan saja yang menyertai dapat ramai kenalan, yang menganjurkan juga. Hanya yang menjadikannya berjaya atau tidak adalah sikap blogger baru itu sendiri, sama ada mahu berusaha atau malas. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Peluang dah ada, tinggal kita mengorak langkah kearahnya. Tidak mengapa lambat naik sedikit, jauh perjalanan lebih luas pengetahuan.


Sekian sahaja. Salam 1 Blogger. 


maaf atas grammar yang tunggang langgang.. :P
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Inani berkata...

hehehe..wah2..ada juga debat2 ginih erk..hihi..well mmg btul ape yg diperkatakan tu..hehehe..lau jadi ramai followers pun..dorang akan ikut sgt ke perkembangan blog kita??hurmm..so kita perlu ikhlas lam blogging nih..hihi..

so kak amal..camner exam ari tu??ok??hihi..harap2 ok la erk..hgn KO dah..^^

NurAmal berkata...

wah2 inani.... perkataan KO tu jangan disebut2 ... huhu~
doakan erk.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...