Khamis, 19 Mei 2011

ADAB MENDENGAR ITU PENTING

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Tengah kita sibuk-sibuk buat kerja sendiri, tengok tv ke, lipat baju ke, apa-apalah... tiba-tiba ada kawan datang nak ajak berborak. Tak kisahlah, nak bermanja ke, borak kosong ke, bergosip ke (mengumpat lettew.. dosa tau), atau pun nak mengadu domba pulak kan. Bagi yang terer bab mendengar ni, bagi 100% perhatian, tidak menyampuk, anda memang seorang rakan yang tip top. Tapi macam mana pula bagi yang endah tak endah je? 
Kadang-kadang kte pun tak perasan yang kita tidak memberi perhatian apa yang kawan kita cerita kan. Kawan kita duk pot pet pot pet.... tetiba kita boleh tergelak-gelak, padahal cerita yang dia ceritakan tu cerita sedih. Mulalah.. “Apsal ko gelak?! Ko perli aku ke?” .. “Eh, ko cakap ape tadi?” “....” ... Wassalam lah kamu kena bebel dengan rakan kamu lepas tu. Tup tup.. kena campak bantal “U tidur luar malam ni!!” . (roomate kejam)
Oleh itu, pandai-pandailah jaga adab semasa perborak ni. Adab mendengar tu penting. Barulah rakan-rakan rasa diambil perhatian, diambil berat. Kalau kamu tak dapat tolong selesaikan masalah mereka, jadi pendengar setia pun sudah cukup menyenangkan. ^^
Antara adab-adab mendengar, tidak kisah lah sama ada sedang mendengar kawan bercakap ataupun sedang mendengar segala jenis macam ceramah termasuklah ceramah agama ataupun perhimpunan sekolah.

1. Diam dan memperhatikan
Apabila kawan kita sedang berbicara, sebaiknya kita senyap dan perhatikan dia. 
Bagi perhatian ke dia.Janganlah, tengah dia bercerita kamu pulak sibuk main sms. Sikit-sikit “tweet..tweet..tweet..tweet..SMS..” . Tak pun, tengah-tengah dia bercerita, kamu pulak “GOLLLL!!..” padahal kat tv tu siaran ulangan je.=.=” Tapi, jangan lah pulak kamu pandang dia macam nak telan. Nanti dia ingat kamu perli dia pulak. Langsung tak jadi nak cerita.
Ketika sedang dalam majlis-majlis pula, tak perlulah rasanya kita berborak sakan. 
Dengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan. Tapi pandai-pandailah elak dari mengatuk ye. 
Tak pasal-pasal dewan yang sunyi tu hanyak dengar suara penceramah, tiba-tiba berduet pulak dengan suara kamu berdengkur... “Kita hendaklah sentiasa.. (krohhhh..krohhh..).. saling mengingatkan ..(krohh..krohhh)..sesama manusia..(krohhh..krohhh)..”
Friman Allah dalam Surat Qaff (50) : ayat 37


إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ
Artinya : Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang Dia menyaksikannya.

2. Tidak memotong/memutus pembicaraan
Sebaik-baiknya, biarlah orang yang bercakap menghabiskan dulu percakapannya, 
    baru lah kita boleh menyampuk. ^^ . Jangan pula kawan tengah syok bercerita, belum lagi habis bercakap... kita mulalah.. “Ha, tula pasalnye..bla..bla..bla.. Mamat tu memang..” .... “Mamat mana ni..?”
 Melainkan, sesetengah penyampai (dalam majlis ilmu) mengizinkan para pendengarnya untuk menyampuk. 
“Sila angkat tangan jika mahu bertanya, tak apa.. saya tak kisah kalau orang menyampuk pun” .. 
(tapi, nanti bila ada orang angkat tangan “err, cikgu...saya..” .. “sekejap ye, bagi cikgu habis cakap dulu..” )

3. Menghadapkan wajah pada pembicara
Pandang mata pencerita, menunjukkan kita memberi perhatian kepada mereka. Eye contact itu penting ye. 
“I’m looking to your eyes.” 
Jangan memalingkan wajah darinya sepanjang perbualan selagi sesuai dengan syariat 
(kecuali kalau berbicara dengan lawan jantina.. kan lain pulak jadinya)

4. Jangan rasa diri kita lebih tahu dari yang berbicara
Senang bahasa, jangan ngade-ngade nak tunjuk pandai. 
Jangan membanding-bandingkan perkara yang dia buat dengan perkara yang kita buat. 
Tidak perlulah kita nak kecil-kecilkan masalah dia. 
“Eleh, benda kecik pn nak hebohla ko ni.. Tengok macam aku.. bla..bla..bla..” 
Mungkin kecil pada kita, tapi besar pada dia. Kan?

           Itu je la kot. Sape nak bagi lebih, dipersilakan.. Komen sentiasa terbuka.. ^^
I

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Unknown berkata...

akak pernah tertidur dengan cerita kawan sebilik akak dulu..
sedar2 je dah pagi..
giler kejam!

Narn berkata...

Salam. Thanks, saya pun selalu jugak jadi pendengar kpd masalah kwn2. Nak repond xsesuai sbb xprnah mengalami. Tapi ada masa mungkin saya terasa beban, tapi hari ni terasa tenang lepas dengar nasihat di atas. Kalau boleh saya nak share artikel ni dkt FB utk tatapan rakan2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...