Sabtu, 2 April 2011

10 ciri idaman

Bismillah..
Salamualaik~

dalam banyak2 topik kalau borak2 dgn kwn... mustahil x pernah pun sekali korang x bercakap pasal wanita/jejaka idaman korang kan?
amal pun ade gak cite2 dgn kwn2.. 
amal pernah tnye kat kwn perempuan, ape ciri lelaki idaman korang?
ape yg dorang jawab dgn yakinnye..
mestilah hensem, tinggi, ade kereta~senang nak anta g kelas.., pandai..
(ciri HOT guy)
hehe ^^
mcm ni la kot....Farid Kamil.. haha

dah2, x payah nak ckp dorang tu demand.. sumer org pun same je.. mesti sume pasang angan2 nak pasangan yang perfect je..

lelaki pun 2x5 je.. nak p0mpuan yg HOT2 je.. yg cool2 nak campak mane???
ciri2 p0mpuan HOT : muka licin, badan slim-melim, cantik@comel, up-to-date, berwibawa...
nampak je p0mpuan cmni.. mulalah...
cbe kalau yg lalu tu.. x menepati ciri2 diatas.. pandang sekali imbas je..
kalau lengkap dan padat ciri2 tu.. 8 ke 9 kali imbas, siap tenung lagi.. apelah =_="
amek...! Lisa Surihani.. hot x hot?
tapi x payah la.. kwn2 sume nak tnye dorg2 kat luar sana.. for sure.. dorg mesti jawab .. 
"aku x pentingkan luaran.." .. heh, yela tu....

tapi.. yang pasti majoriti memilih ::

10 ciri lelaki idaman

Lelaki yang terbuka dan tidak kedekut: 
sentiasa positif dalam fikirannya, tidak kuat cemburu, pandai mengatur emosi, dan tidak lokek dalam pemberian sama ada perkongsian cerita, masalah, wang atau harta benda.
Lelaki yang sederhana.: 
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang smart.,kemas & bersih.: 
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian.:
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang cerdik & cekap: 
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
 
Lelaki yang tabah.: 
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik dan sopan.: 
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi.: 
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

10 ciri wanita idaman

Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk 
hari pentingnya itu.
Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap 
terlalu kebudak-budakan. Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. 
Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.Jangan bersolek tebal.Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan. Sentiasa bercakap lembut 
dengan mereka.
Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga penampilan..
Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah 
laku yang bersopan-santun.
Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu 
terlalu alim
Jangan tunjuk lemah tp tunjuk matang
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.Lelaki 
sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
Tunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu 
merengek dan mengada-ngada.

kadang2 bukan nye sume ciri2 kat atas ni ade kat pasangan masing2 kan..
kalau dah syg tu... ape2 pun boleh.. org ckp, terima seadanya..
bagi la yg kacak mane, kaya mane sekali pun.. yang ade kat mata..org tu jugak. :P
setiap orang pun mesti ada lelaki/perempuan idaman & kesayangan masing2 kan..
amal pun ade.. ^^
:
:
:
Nama panggilan dia mule huruf A...........
:
:
:
nak tgk gambar dia x...
:
:
:
amal bg 2 sekali yea..
jap2..
:
:
:
hehe :-P

sy mmg ske tgk org pkai bju melayu ni.. ^^


gurau je ok.. ^^
bye.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Shahrizat Ahmad berkata...

menurut kajian wanita suka lelaki yang kelakar??? macam saya..ngeh..ngeh..^_^

NurAmal berkata...

ho.. namapknye nye dah nampak 1 ciri disitu yg ada dlm diri anda ye.. (lelaki yg ceria) haha.. betullah tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...