Selasa, 31 Mei 2011

Baby Hijau Kuat Mencuri.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم - 


Tau tak apa baby hijau yang Amal maksudkan? Yang Amal maksudkan ialah تويول.
Mesti kamu-kamu semua dah biasa dah dengan cerita-cerita berkaitan تويول ni kan? Ya, kat tempat Amal pun benda ni dah jadi benda yang biasa berlaku. Bukan menuduh tapi orang-orang tua banyak juga yang bercakap, Si Polan bin Si Polan membela تويول. Jadi apa-apa duit yang datang dari tangan Si Polan biasanya orang tak akan ambil orang sebab takut bercampur dengan duit yang lain lalu lesap.  Bukan Si Polan saja, tapi ramai lagi. Bukan تويول  saja, yang lain pun ada.


Benda ni adalah salah satu yang orang takutkan. Banyak dah peristiwa-peristiwa kat kampung ni terjadi. Kaum kerabat sendiri pun pernah melaluinya. Ada rakan yang buat kenduri kahwin, duit-duit yang orang beri diletakkan di satu tempat, keesokan harinya duit-duit tersebut telah lesap. Mana perginya? Mungkin kerja تويول , atau mungkin kerja orang dalam sendiri. Tapi, nak elak curiga pun memang susah, sebab ramai orang yang dah melaluinya. Peristiwa lain, duit kertas RM 50 ringgit yang disimpan didalam poket lesap tapi digantikan dengan duit kertas RM1 . Pandai pulak dia tukar-tukar ye. -.-"


Amal perasan bonda dan kawan-kawan selalunya akan mengetip (menstaple) duit setiap kali hendak keluar. 
"kenapa kena ketip bonda? nanti kan nak guna, menyusahkan je nak buka-buka balik"
"mengelak dari dikebas تويول"
"aik? macam mana dgn mengetip boleh mengelak dari dikebas تويول? "
"dah ketip tak boleh la تويول tu tarik. "
"oh..macam tu pulak"


Kalau kamu-kamu semua tahu, si تويول ni akan mengambil duit sama seperti harga tuan dia beli dia. Kalau tuan dia beli dia RM50, maka RM50 lah dia akan ambil pada satu-satu masa. Dan selalunya orang tua-tua akan mengelak dia dari mengambil duit mereka, duit mereka akan diketip bersama. Ataupun, dia amat suka dengan kacang hijau. Orang tua-tua akan letakkan kacang hijau dekat tempat tempat duit tersebut, nanti dia akan lupa pasal duit dan sibuk main dengan kacang hijau dia tu. Lagi satu, cermin. Tak tahu lah, takut dengan muka sendiri kot. Ni cakap orang dulu-dulu la. Tak tahu lah betul ke tak. By the way, تويول bukanlah seperti dalam lagu Sudirman yang boleh diajar menari. No, no.


Apa-apa pun, benda-benda sebegini sebenarnya lari dari akidah kita sebagai Islam. Perbuatan membela تويول , mahupun jin, syaitan dan sewaktu dengannya termasuk dalam salah satu perkara khurafat dan boleh jatuh kufur seseorang umat Islam tu. Kalau orang cakap "Allah menyuruh kita berikhtiar, ini salah satu ikhtiar untuk mencari duit" Tidak, ikhtiar yang dimaksudkan itu, ikhtiar yang tidak bercanggah dengan syariah Islam. Rezeki biarlah yang halal dan berkat , tidak kisahlah sedikit mana pun yang kita dapat. Sama juga seperti judi, perniagaan jenis MLM dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Allah juga yang  Maha Mengetahui. WaAllahualam.


*dia = تويول = toyol
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

IJAT360 berkata...

kat sini lagi hebat toyolnya..walaupun duit dah letak kat celah2 Al - Quran tapi toyol tu tetap boleh curik...

p/s: toyol kepala hitam hehe

umiliza989 berkata...

assalam...
belum berdaftar sengan churpchurp kan?jom daftar sekarang:
http://norliza989.blogspot.com/2011/06/jom-berdaftar-bersama-churp-churp.html

anda akan dibayar 0.20-0.04 setiap klik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...