Ahad, 29 Mei 2011

Perjalanan kepala blog.

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Tatapilah kepala-kepala blog yang pernah bertenggek kat blog Amal. Siapa tak tahan tengok design header yang buruk, anda tidak digalakkan mengambil langkah ekstrem untuk mencuba-cuba teruskan bacaan. Post ini untuk yang berjiwa kental saja. XD


Masa mula-mula Amal join blog, bukan dengan sukarela, tapi kerana desakan guru ICT yakni pada tahun 2008, Amal tak pakai header pun. Pada masa tu pengetahuan mengenai blog adalah zero. So, Amal cuma gune tulisan biasa untuk blog :
.:: AmaL_LeeNa::.

Pada masa tu blogger ni tak popular pun. Orang tak sibuk-sibuk pun pasal blogger. Kalau Amal blogwalking pun Amal banyak jumpe blogger dari Indonesia je. Tak caya, kalau korang bace beberapa entry Amal yang lama-lama, blogger indonesia lah yang komen entry Amal tu. Hehe.

Kemudian, Amal tengok laman web lain ada gambar-gambar untuk atas kepala blog dia. Pada masa tu Amal tak tahu pun benda ni dorang panggil header. Amal just pandai-pandai buat, dan gambar ni yang Amal pinjam dari pyzam.com untuk diletakkan jadi header :

Then, masa last-last form 5 tu, Amal mula bosan sebab semua orang duk letak gambar sendiri dan ada kata-kata yang panjang berjela. Masa ni, blog yang menjadi mangsa tiru Amal adalah blog cikgu-cikgu dan blog tak rasmi sekolah. Haha :

Bila masuk Matrik, Amal dah boring dengan ini. Dan Amal tunjuk pandai design header lain sendiri guna gimp (sebab baru belajar gimp masa tu). Buruk! seriously! Tapi bagi menghargai diri sendiri Amal letk jugak.. Haha 


Rasanya tak sampai 2 minggu pakai ni, Amal tak puas hati dengan design dia, so, Amal tukar, header ni lah yang paling lama Amal guna . Still huduh :

 Dah boring dengan muka sendiri, Amal try wat header baru tanpa letak muka yang mengada tuh, simple dgn latar belakang ari pakcik google :

 Tak sampai 3 hari guna ni dah boring sebab tak cantik, Amal tukar yang lain. Kali ni lebih berwarna-warni sampai Amal sakit mata masa buat. Tapi, sebab tak nak diri sendiri kecewa. Amal letak jugak..dan header ni lah yang ke-2 paling lama Amal guna :-P :

Masa buat blog review, ramai jugak yang komen pasal header tu. So, masa renovate, Amal tukar gak header. Tapi header yang baru ni pun macam hampeh. Amal tak kisah pun. Janji ada header hasil usaha sendiri.. Oleh kerana Amal ni org yang cepat bosan dengan sesuatu benda..(benda erk, bukan orang XD), mungkinkah header ini akan bertahan lama? Hehe :


Yang 2 kat bawah ni pulak, orang suruh buatkan. Tak tahulah, macam mana dorang boleh terfikir untuk suruh Amal buatkan. Eh, Amal tak mintak bayaran ok. Amal buat suka-suka je. Amal sedar header air tangan Amal tak cantik.. hehe. By the way, dua-dua ni blog penulis. Cerita dorang best-best. Header yang kedua tu, actually tak kenal pun siapa yang buatkan header simple dia tu. Haha. Bincang belakang tabir je. Jom la tengok blog dorang? Klik je header bawah ni :
Welcome to JF Studio : Lakaran Dinding


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

4 Cahaya menghiasi ruang komen.:

nelly berkata...

lawa2 seyh !

diana berkata...

lama2 nanti pandai la..
tak cuba buat mana nak tau.
macam sekarang ni mesti amal dah
tau cemana nak buat segala benda..kan??

Semakness berkata...

banyak koleksi header ye... nuramal hehehe


jom tonton movies!!

IJAT360 berkata...

ada gak header...ok lah tu..tolong buatkan satu boleh tak? hehehe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...