Khamis, 26 Mei 2011

Kita rajin, kita untung.




- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

 
Semuanya yang kita buat di dunia ni perlukan modal. Setuju? Tapi tak semestinya bermodalkan wang semata. Ada juga modal tenaga, modal air liur, modal suara, masa dan macam-macam lagi. Semua pekerjaan pun, perlukan komitmen. Tak kisahlah pekerjaan tu untuk kita atau orang lain, kalau nak hasilnya, perlu ada komitmen.
Contohnye, macam study. Perlukan masa dan tenaga untuk belajar. Perlu rajin. Kalau rajin baca buku, rajin ulangkaji, rajin latih tubi, result for sure gempak! Rajin pulak bukan disesuatu masa je. Rajin perlu berterusan dan constant. Bukan masa nak exam je, baru lah sibuk nak study sampai lebam. Selain itu, (macam buat karangan la pula) pekerja pun sama. Segala yang dibuat mestilah consistent. Barulah hasil pun lumayan. Yang berniaga dapat hasil berlipat ganda, yang makan gaji mana tahu dipandang oleh bos, dapat naik pangkat. Kan?
Samalah macam blogging juga. (hehe) Kalau kita rajin kita untung. Tak gitu? Rajin buat entri best. (macam la entri Amal best sangat nak ckp macam ni) Rajin blogwalking. Rajin komen entri orang. Rajin join segmen or contest mana yang patut. InsyAllah, pasti berjaya! (Chewah..)
Tips orang dah bagi, tak salah usaha sikit kan? Nak naikkan blog, join lah mana yang patut. Rajin-rajin blogwalking. Itu je, lagi banyak kita blogwalking, lagi ramai lah orang kenal. Barulah follower naik beriban-riban. (Follower pun baru 300..) Kalau tak rajin, kamu lah yang rugi sendiri. (ini Amal tujukan untuk diri sendiri juge. -.-“)

Okey, sebenarnya Amal baru blogwalking (lah sangat) dekat 2-3 blog (je pun). Blog wajib terjah hari ni blog Kak Diana. Salah satu blog kegemaran Amal. Entri beliau best-best. Buat Amal senyum je bace, sesuai dengan nama blog beliau. Baca entri terbaru, dan 2-3 entri lama beliau yang Amal terlepas. (tapi x dapatlah nak komen, line internet lambat) Ada entri-entri yang berkenaan blogger baru. Yup, Amal suka sebab boleh ambil tips-tips ni. Ada entri mengenai blogger yang nak cepat naik tapi caranya agak mementingkan diri. 

Oleh itu, tak bolehlah kita mengharapkan orang semata nak tolong kita buat sesuatu agar kita dapat faedahnya. Tak dapat dipastikan kat mana sistem win-win yang bakal terjadi kat situ. “Kamu untung. Kami rugi,” adalah. Oleh itu, kena pandai-pandai bawa diri, nak naik bukanlah senang, tapi, bukanlah susah sangat sesusah nak mengangkat beban bertan-tan. Tengok pada usaha anda 

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

0 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...