Ahad, 11 September 2011

Hari Raya Yang Tak Semeriah...............

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Fuh, lama gillak tak update blog. Orang pun dah bising-bising suruh update. Tapi sekarang mood melukis tu tak sampai lagi la.... Sat ag Amal gi seru na~

Memandangkan wifi pun dah free-free trang-trang depan mata, blog memang tak boleh lupe lah.. Tinggal idea tarak. Bile raya, sumer buat entry pasal raya. Wajib erk? Nak jugak lah. Huhu :) Tapi bukanlah tepek gambar baju baru semata-mata... baju baru pun tarak.

Tak terlambat kot lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua ye! Masih lagi dibulan Syawal. Tapi ingat, dah berapa Syawal dah ni. Apa kata kita pakat ramai-ramai buat puasa sunat 6 pulak? :-D

Bercerita tentang hari raya, raya tahun ni bagi Amal... tak meriah. Langsung....

Sepatutnye, pada malam raya kita tolong-tolong kat dapur. Tapi, Amal? Masih lagi bekerja, OT lagi sampai pukul 1. Yang customers ni pun lahai, beli last minit. Orang dah tutup lampu pun masih lagi nak terjah sana sini. Tension --"


Raya tahun ni, tak meriah pun... Sebab tak ada  pelita, tak ada lampu lap lip lap lip (kat kedai je penuh Amal pasang,rumah sendiri takde), yang paling penting sekali tak ade mercun, paling koman pun bunga api. Kalau tak dulu, pak lang selalu bagi bunga api free (bunga api rampasan yang konon-kononnya nak dilupuskan kat Alam Flora). Eleh, kalau ade pun macam lah sempat main..balik kerja ingat katil je..mimpi je la...

Raya tahun ni hambar, sebab selalu pagi-pagi balik rumah atok belah ibu. Kat sana sanak saudara ramai. Kat sana kita orang akan dapat macam-macam jenis ketupat dan lemang. Kalau bernasib baik, balik malam raye. Boleh tolong anyam....cakap je apa-apa jenis ketupat.. ketupat sate? ketupat bawang? ketupat palas? Semuanyee Amal tak tahu buat. Hehe ^^ lupe dah lame sangat tak buat. Last mase umo 10 tahun. :hoho


Yang paling-paling-paling terasa sangat kelainan raya ni, sebab, arwah maklong dan arwah nenek dah takde. Al-Fatihah~ Kalau tak Amal selalu buat kuih-kuih raya dengan maklong, masak kuah kacang dengan nenek. Kuah kacang gabungan nenek dan Amal mantop tau.. :-)

Lastly, Selamat hari raya lagi sekali. Maaf Zahir dan Batin. Raye tak meriah pun, tak bermakne kita perlu muram je kan? ^^

Mula puasa 6 esok, insyAllah.. kamu? ~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

6 Cahaya menghiasi ruang komen.:

miss ct berkata...

Assalamualaikum amal...
selamat hari raya... semoga sihat walafiat amal...lama xnampak amal kat bcr...rindunya...

IJAT360 berkata...

mood raya sudah habis..:)

RedVixen berkata...

kan... kenapa ye makin dewasa raya makin tak best....

NurAmal berkata...

kan? kan?

Naz berkata...

makin dewasa duit raya xbnyak dh kn.. pastu lme2 kne bg duit rye lak...

sob2..

ReYnn berkata...

selamat hari raya...reyn punya raya pun x berape bez :majuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...