Khamis, 5 Mei 2011

Pakaian berwarna terang. Anda berani?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم

Siapa kata perempuan kalau bergaya kena up-to-date dengan fesyen je? Kalau fesyen zaman sekarang pun dah macam HAR... , baik tak payah. Fesyen muslimah, tapi singkat jugak. Pakai tudung tapi nampak rambut jugak, tak jambul, rambut belakang pulak terurai tak berikat. Pakai blouse atau baju budaya seperti baju kurung juga boleh tampak elegan, jika kena dengan pemilihan warnanya.
-rejected-
Ramai diantara kita (terutama perempuan) suka memilih pakaian berwarna gelap, lebih-lebih lagi hitam. Okey, Amal pun sama. Bila tanya kenapa hitam?
  • Nampak kurus
  • Mudah dipadankan dgn kasut, tudung, handbag, bla...bla...bla...
  • Hitam itu menawan
  • Rasa lebih elegan dalam pakaian gelap.
Memang betul pun semua kat atas ni, tapi kalau kita pandai main dengan warna, penampilan akan lebih menarik. Kena dengan gaya akan tampak lebih elegan. Tapi ingat, warna perlulah bersesuaian, pakaian pula perlulah menutup aurat sebaiknya. Jangan sampai boleh menarik perhatian, sampai pandang tak lepas.

Warna yang dipilih pula, perlulah sesuai dengan warna kulit. Cerah, sawo matang, coklat atau gelap? Bagi yang kulit putih, bersyukurlah kamu, tak menjadi masalah, semua warna sesuai digayakan, walaubagaimanapun, akan tampak lebih manis kalau bermain dengan warna cerah yang lembut. Bukan warna cerah yang garang ye. Bagi kulit coklat dan sawo matang pula, warna cerah lembut tidak digalakkan. Sebaliknya pilih warna yang sedikit tapi tidak terlalu terang. Kalau pandai menggabungkan warna tersebut dengan warna-warna gelap akan jadi lebih menarik. Bagi yang berkulit agak gelap, mesti kan rasa tidak selesa kalau mengenakan warna-warna cerah kan? Tapi tidak bermaksud kamu perlu pakai warna hitam sentiasa, nanti kamu bakal tenggelam. Boleh berpakaian warna cerah, tapi bergantung kepada warna, ada yang sesuai, ada yang tidak. Ungu dan merah jambu boleh dicuba. :-)

Bagaimana kalau tersalah pilih warna? Secara luarannya, kulit akan nampak lebih kusam dan tidak bermaya, mungkin juga bakal kelihatan berisi, kamu akan jadi tak bersemangat, dan secara otomatik hilang keyakinan diri. Tapi, kalau kamu bijak memilih dan menyuai padan,mestilah penampilan kamu nampak lebih menyerlah, secara tidak langsung keyakinan diri akan bertambah. ^^

Berikut adalah warna dan kesesuaiannya :

Merah : Berpotensi untuk menaikkan emosi, jika happy, memakai pakaian berwarna ini bakal membuat kita lebih ceria, tapi, kalau bad mood, elakkan! Tak pasal-pasal orang sekeliling kena sembur dengan kamu nanti.
Pink : Santai. Untuk pergi ke kelas atau lepak dengan kawan, sweet sangat. ^^

Kuning : Ceria. Warna ni bagai memberi satu aura agar kita terus kekal ceria. Walaubagaimanapun, warna ni perlu hati-hati ketika bergaya, silap kenakan aksesori, tak mustahil kamu bakal nampak macam nenek. XD

Ungu : Wah! warna kesukaan kebanyakan perempuan. Warna kesukaanku juga.. XD 
Memang sesuai untuk gadis-gadis. Hehe. Warna ni menggambarkan seorang yang bijaksana dan kreatif. Orang-orang korporat juga amat menyukai warna ni. Segak dan kemas. By the way, warna ni juga menggambarkan sikap keibuan.. :-P
sesekali ambil model laki pe salahnye.. XD
Biru : Salah satu warna yang sesuai dengan semua jenis kulit, dan acara. Warna selamat yang mudah digayakan selain hitam dan putih. :-)

Hijau : Tenang. Kalau pada hari itu memerlukan kamu untuk membuat presentation, warna ni sesuai banget dah ni. Memberi ketenangan jiwa. Hehe

Oren : Satu warna yang kurang elok kalau dipakai solo. Lebih cantik kalau ada gabungan warna. Memberi impak mesra dan gembira kepada pemakai. ^^

p/s : semuanya adalah pendapat. :-) gambar dicilok dari google.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

0 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...