Rabu, 25 Mei 2011

Ustazah wannabe.

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Ingatkan doktor dan askar je ada 'on call'. Penganggur sementara berjaya macam Amal ni pun ada jugak rupenya. Tiba-tiba dapat panggilan drastik dari guru kanan sekolah rendah agama KAFA suruh ganti seorang ustaz yang tak dapat datang. Macam mana boleh dapat? Adew ler.... Susah-susah pun, Alhamdulillah... Ada juga pengalaman sebagai guru. Walaupun guru ganti jer. Masyuk la sikit kan. Hehe

Ingatkan senangla jadi ustazah@guru ni. Susahnya! Lagi-lagi kalau kena sekolah rendah darjah 1,2,3. Lagi teruk kalau guru tadika. Hmm... Kesimpulan untuk bebudak tu, N.A.K.A.L. Bukan Amal tak suka budak-budak, tapi 2-3 orang boleh tahan, masuk 20-30 orang? -.-" Speechless.

First-first masuk kelas tu pada pukul 2 ptg. Walaupun sepatutnya kelas mula pada pukul 2.30. Yela, nak buat ape je kat sana? Tunggu je la budak-budak tu kat kelas. Amal menjaga budak tahun 1. Perjalanan rutin kelas berjalan macam biasa. Alhamdulillah, misi dapat diselesaikan semuanya. Dari awal bacaan doa belajar. Asmaul husna, solat zohor, membaca qiraati, muqaddam, solat asar, sampailah bacaan doa penutup dan peraturan 'sapa paling senyap boleh balik dulu'. Masa itulah paling senyap sekali, kalau tak....

Dalam kelas sangat bising. Suara 'ustazah ni' pun tak dengar bila menjerit suruh senyap. Maca-macam ditanya. Panggil pun serentak, x tahu nak layankan yang mana satu. Semuanya kuat mengadu. Huhu Tak dinafikan memang comel. Tapi penat la Amal layan. -.-" Loyar buruk pun pandai budak-budak ni. Bila ditanya balik pukul brape. "Pukul 5 ustazah, tu jam dah pukul 5. Dah boleh balik.." (sambil sengih-sengih). Padahal waktu balik sebenarnya pukul 5.30. 



Budak tahun 2 dengan 3 kat sebelah tangah periksa. Lastnye, guru seblah datang tarik telinga budak-budak tu sorang-sorang. Yang Amal, separuh tenaga dah habis. Mana tak nya, bile suruh baca surah, bace beramai-ramai menjerit sekuatnya. Bile time rehat, duk berlari-lari ke luar, hentam-hentam pintu.

Ye, nampak sangat Amal tak pandai kawal budak-budak ni. Almaklumlah, first time. Nak marah-marah, nak pukul-pukul kan anak orang. Kalau anak adik sendiri pandai-pandailah Amal belasah. Nak tak nak layan je lah. Balik rumah migrain. Haha. Last tu, sebab tak tahan sangat, Amal menjerit sikit, bagi dorang takut, mata terbeliak sikit. Pandang sorang-sorang. Tau gerun. Hehe

Mungkin lepas nii, Amal perlu bawa sesuatu. Macam ustazah tu, bawa pembaris, ada yang bawa tangan je, cubit sorang-sorang. Amal? maybe......
 Apa-apa pun, It was a sweet memory and a good experience.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

1 Cahaya menghiasi ruang komen.:

ariff al-baqi berkata...

baru taw keje guru tu xmudah seperti yang disangka.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...