Rabu, 18 Mei 2011

Rumah itu...

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Amal dah dapat tahu bahawasanya Amal telah ditendang secara rasminya daripada kolej. Oleh itu, Amal mulalah menjalankan mission possible mencari rumah sewa yang berdekatan. Cari punya cari, tinjau punya tinjau, intai punya intai, akhirnya jumpa jugak. (okey, x cari pun. Amek nombor telefon kat bustop je. HEHE)


Urusan seri paduka pun telah disettlekan oleh kawan Amal yang duduk kat KL tu disebabkan ayahanda Amal yang tak nak bawa Amal pegi sana sebab nak uruskan hal sewa bilik tersebut dengan alasan yang bernas "Jauh.". So, apa yang Amal buat hanyalah tinggal goyang kaki sambil tunggu kawan Amal ni settlekan segalanya. Senang. Jadi big boss. HUHU.


Agak sedih sebenarnya, sebab tak dapat kolej. Amal pulak agak kerek sebab taknak nak mohon buat rayuan segala. Bayangkan kalau orang yang aktif pun kena tendang apatah lagi Amal yang hanya join 2-3 aktiviti kolej je. Tu pun pegang jawatan AJK je. =.=" Tapi Amal agak bersyukur sebab kat sini Amal bakal dapat roomate sekali pakej dengan housemate. Tak de lah Amal keseorangan lagi. 
typical flat yg bakal diduduki
Sekarang ni tengah fikir-fikir macam mana pulak pengurusan kehidupan Amal selepas ini. Rasenye okey kot. Bebas sket. Tak payah lah nak buat jenayah seludup laptop, sterika, dan cerek lagi. HEHE. Nak makan pun tak terikat dengan jadual Dewan Makan. 


Lepas ni kena bangun lebih pagi lagi. Tak boleh lambat. Cara nak pergi kelas pulak macam mana ye? Mungkin bakal menumpang kereta roomate sebab bapak dia dah bagi green light untuk bawa kereta.
Atau mungkin juga Amal bakal merempit. Amallah yang bawa disebabkan roomate fobia naik motor. Motor pun mungkin akan dirembat dari atok. Hmm...
ataupun kalau nak jimat sangat. Almaklumlah, harga minyak pn makin lama makin naik. So, naik bas je la kot? HAHA
p/s: Alhamdulillah, buruk-buruk pun ada tempat tinggal, siap dgn wifi. HEEE.. InsyAllah, mula duk kat flat buruk tu sana bulan 9 nanti. ^^ pape pon. Harap-harap Amal sentiasa selamat duk kat luar ni. Jenayah berleluasa sekarang. Takut jugak. Apalah nak jadi zaman sekarang ni. Hailah... manusia.
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

5 Cahaya menghiasi ruang komen.:

diana berkata...

dah duduk kat luar tu jaga diri baik2.kang bergaduh pulak dengan orang dalam umah tu..
hehhe..
maklum la..manusia kerek ni ada kat mana2 je..

Hazmi Ramli berkata...

congratz coursemate! hahahaha! XD

NurAmal berkata...

baik kak diana~ ^^

hazmi neku :
ape motif ko bagi congratz kat ak? :erk

IJAT360 berkata...

hehe..kelakor part yang lukisan tu..
tak leh blah ayat "masuklah batak" hihi..jaga diri ye amal ^^

miss ct berkata...

Assalamualaikum amal...
duk luar um? erk.. jaga diri baik2 ya amal..kena pandai jaga hati housemate..klu tumpang kwn tu,pandai2 lah share duit minyak..benda2 ni penting utk jaga pershbtn..semoga berjaya amal =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...