Isnin, 23 Mei 2011

Segmen Kereta Tempatan Pilihan Saya

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal pun tak tahu nak buat apa sekarang ni, otak dah kosong sebab terperap kat rumah. Oleh itu Amal amek peluang ni untuk join segmen FariqScorpio lepas Amal jalan-jalan ke 5-6 blog dalam bloglist Amal selama 2jam semalam. -.-" Dan hari ni online pagi-pagi untuk mengelak kesesakan line internet untuk buat entry ni dengan sukacitanya. XD
Menarik segmen ni, nak join jugak sebab segmen yang lepas dah terlepas. Gambar kereta FS ni Amal nak letak jugak sebab lawa. Ramai minat kereta ni kan? Tak dinafikan memang cantik pun reka bentuk dia.Nak bawa pun sedap. Ni feedback yang Amal dapat dari ucu Amal la. Amal tak ada lesen, macam mana nk bawa. Sesuai dengan golongan remaja. Tapi atok Amal pun ada juga satu satria. XD 


Ni link ke segmen tersebut : Segmen Kereta Tempatan Pilihan Anda
Kalau ikut tajuk, dia cakap kereta pilihan. Sebab kereta pilihan dangan kereta idaman Amal lain. Hehe. Kereta idaman mestilah yang grand punya. Tapi tetap kereta tempatan, Satria Neo R3 Lotus Racing. Ambek! Huhu. Memang banyak orang minat kan?
Dan, ini kereta pilihan Amal : Juara.
comey ^^
Jangan gelak! :-P Sebenarnya kereta ni dah lama dah keluar, tapi tak ramai yang tahu. Bila cakap pasal Proton Juara, orang akan tanya "Kereta apa tu?". Kereta jenis microvan atau mini-van ni tak mendapat sambutan pada mulanya. Sampaikan kat kampung ni orang akan kenal ayahanda dengan hanya menyebut panggilan 'Yazid Juara'. Tapi lepas kami sekeluarga pakai dengan bangganya sebab unik, ramai pulak yang pakai lepas tu. Ayahanda nak beli lagi satu, tapi harga sekarang dah makin tinggi pulak. 

Melalui reka bentuk dia, sebiji macam model kereta jepun. Kat Jepun berlambak kereta Juara. Kat Malaysia, ramai yang alergi kalau suruh naik kereta ni. Tahu kutuk je, kereta kotak mancis la, peti ais bergerak la, oven bergerak, mesin basuh, semua panggilan ada. Don't ever judge a book from its cover okey? Bila suruh rasa naik, sombong. Malu la konon. Dah naik, tak nak turun.Ehe.

Seriously, selesa naik microvan ni. Ruang pun luas. Kerusi tengah boleh lipat jadi rata. Jadi ruang belakang pun sangat luas. Nak bentang tilam tidur pun boleh. Kalau pergi berkelah tu, tak payah nak bawa tikar, lipat kerusi, buka pintu bonet, buka pintu sliding kanan-kiri, dah syok dah. Hehe. Nak parking pun senang, kereta kompak. Minyak pun jimat, lebih jimat dari wira. Yelah, 1.1cc je pun. Maintainance cost, boleh tahan. Tapi kena pandai jaga. Kalau rosak, spare part agak mahal. Nak murah jangan pergi Proton, pergi bengkel biasa je. Pandailah pomen tu buat.

Tapi, ruang belakang agak lambat sejuk, sebab tak ada blower. Tapi kereta ayahanda dah renovate aircond dia, so, tak ada masalah, sejuk je belakang. Dah macam duduk dalam 'peti ais'. Haha. Lagi satu, pakai juara ni, luas pemandangan, tingkap semua besar-besar :-P. Walaupun 1.1cc je, tapi sangat pick-up. Naik bukit selamba je, tapi nak drift, jangan mimpi la. Ini bukan kereta sport. Tak pasal-pasal melayang macam kapal terbang. Sebab kereta ni tinggi, nak sedap tukar tayar kasi lebar. Nescaya lebih smooth perjalanan.

Kalau nak cantik lagi, kenalah pandai-pandai modified. Ayahanda pun tengah modified secara perlahan-lahan. Sekarang baru tambah sport-light kat depan dan tukar tayar. Kalau dah modified, sangat cun. Macam mini alphard pun ada.



Pengguna kereta ni untuk orang yang berani menunjukkan kelainan. Macam moto kelab dia, Dare to be Different. 


p/s: dah rasa macam promote kereta.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

5 Cahaya menghiasi ruang komen.:

IJAT360 berkata...

kereta ni jarang orang pakai..sebab macam tak balanced je..tapi kalau dah bikin smart pulak..^^

NurAmal berkata...

keta ni kan jat lebih balanced dari savvy, viva dan kancil. ehe

Fariq berkata...

mmg jrg nak nampak org bwk kete ni kan.. grr..fs pon dulu ingatkan kete pe la kan.. bile dah komersial kete ni baru la tau.. silap pada bentuk dia je ni.. kalo tak terlampau kotak mesti ramai yg beli..

papepon.. thnx ye join..

ahmad berkata...

salam
persona la best ,kereta ni lawak...d
segmen yang sama

lily berkata...

sayang buatan Malaysia~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...