Rabu, 1 Jun 2011

Fya pelangi bikin kecoh !

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal nak join contest anjuran Sangat Setia. Kenapa nak join? Sebab...
  • Contest ni menarik. 
  • Contest ni Amal pernah terfikir dulu, tapi Sangat Setia dah buat dulu. HEHE. 
  • Dan, Sangat Setia sangat rajin meng-TAG Amal. ^^
  • Lagi-lagi follower dan juga bloglist diberi keutamaan, kiranya peluang lebih cerah la kan? HUHU ^^
Nak join or nak tahu lebih lanjut klik kat banner contest ini, segala-galanya termasuk syarat-syarat, cara pemilihan sume kat sini :-
Sinopsisnya, contest ni berkehendakan agar kita menceritakan apa yang kita nak sangat-sangat. Lebih kepada impian dan harapan. Tapi tak tertutup kepada yang logik je, yang diluar kotak fikiran pun lebih menarik kot. Sangat sesuailah dengan blog Amal ni, Cahaya Harapan. Dan sangat sesuai contest ni untuk orang-orang yang kuat berangan. HEHE. (terpanjang pula introduction =.=" )

Bagi Amal, impian Amal terbahagi kepada 2 :


1) Bersifat kebendaan :

Bersifat kebendaan ni, contohnya, sudah pasti semua orang nakkan 
  • Kereta besar
  • Rumah besar
  • Hp besar
  • Tv besar
  • Kamera besar
  • Segala-galanya besar.

2)Bukan bersifat kebendaan :
Bukan kebendaan ni pulak seperti :
  • Nak keluarga bahagia
  • Nak kesihatan
  • Nak jadi cantik
  • Nak jadi pandai
  • Nak teman hidup yang mithali (*blushing 10 minit)
  • Bla...bla...bla...
Dan kemudian, cara untuk merealisasikannya :

Impian bukan kebendaan tu, ada yang semua orang ada, ada yang tak. Kadang-kadang kita mampu ubah, kadang-kadang tak. Sebab, selalu impian-impian bukan kebendaan ni disebabkan takdir Allah s.w.t . Kita patut redha. Mungkin itu ujian daripadaNya.

Lama Amal duk termenung, semua impian kebendaan kat atas tu impian minoriti je tuh. Tapi, semua tu mestilah kena ada RM yang berkepuk kan? Pergh, pengsan. Mana nak dapat. Tapi takpe, benda tu tak mustahil. Cuma susah je. Nak seribu daya. Kalau mustahil sekali pun, tak mustahil boleh jadi kenyataan juga. tengok orang dulu-dulu, kata mustahil manusia boleh terbang. Bila adik beradik Wright nak cipta kapal terbang, semua orang duk kata mereka gila. Tapi, sekarang benda tu bukan lagi sesuatu yang mustahil. Betul? Hehe, (melalut lak)

Oleh kerana Amal ni suka termenung, tiba-tiba Amal terfikir, kalaulah ada Pensel Ajaib!!!! Kita boleh lukis apa saja yang kita nak, lepas siap je, PUFF!!! terus berasap-asap then muncullah benda yang betul. Wahhh! Tak payah guna duit. Hihi. Kalau macam tu, nescaya takde kemiskinan tegar kat dunia ni. Semua duk pakai kereta mewah, rumah mewah. 

Tapikan, ikut kepada kemampuan melukis mereka la. Kalau sengat lukisan, senget la kereta mereka nanti. Haha. Nanti pelukis jalanan pun dan boleh jadi arkitek. Siapa-siapa yang kurang krestif melukis tu, dorang upah lah arkitek-arkitek ni. :-)



Hehe.. best kan?? Kalaulah ada benda ni. Makcik kayo!!

Okey, tag time, dengan sukacitanya mangsa tag tanpa rela ialah : 


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Shahrizat Ahmad berkata...

terima kasih tag..hehe..tak tahu lagi boleh join ke tak...^^

Unknown berkata...

erkk...
susah nya kontest ni,..
heheheh...
terima kasih tag akak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...