Ahad, 2 Oktober 2011

Perut tak pernah nak kenyang.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Makan untuk hidup ke??? Hidup untuk makan???



Makan, makan, makan je kerja nye. Baru lepas makan nasi dah menghadap makanan ringan. Rehat sekejap, mula berbunyi balik perut. Amek pulak meggi. Tak habis-habis nak makan. 

Pernah merasa situasi macam ni.?? Amal banyak kali kot :hoho .. terutama kalau boring-boring. ^^

FAKTA : Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

Bonda cakap, Amal banyak sangat minum air manis. Eleh, ye ke ada kena mengena... tak caya betul. Huhu..

FAKTA : kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

Bonda pun selalu marah sebab Amal jarang sarapan pagi. Malas giler nak sarapan. Tunggu makan tengahari je.. hehe. :) Macam mana tak lapar je....

FAKTA : kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

Bonda pun selalu membebel sebab Amal kurang minum air masak. Amal tak suka minum air, sampai bibir pun pecah-pecah. Kalau betul-betul haus, terdesak sangat baru minum. Tabiat kot?? Ish3, tak sihat betul.....

FAKTA : Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang.

p/s : ubah cara hidup, amalkan pemakanan sihat!! :yes

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

3 Cahaya menghiasi ruang komen.:

fierul berkata...

samalah kita . tapi bdn tak naik2 :)

ariff al-baqi berkata...

perut buaya kot :P

PeJuAnG CinTa berkata...

makan x bace doa kot .. :lari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...