Isnin, 20 Jun 2011

Perlukah nak bercinta?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Perlu sangat ke kamu nak bercinta? Perlu sangat ke anda frust, sedih tahap tak ingat bile berlakunya bahana putus kasih ala pelamin anganku musnah? Perlu ke? Kalau perlu biarlah yang kekal...Doa-doa sampai ke jinjang pelamin hendaknya. Jangan sekadar cinta monyet, yang main-main. Yang sekadar mengikut trend. Pernah dengar tak, ape? kau tak de awek. Mandul ah laki tak de awek.. *ayat dipetik dari fb - komen di status seorang rakan. Pelik pulak Amal.

Nak jugak bercinta? Ataupun kadang-kadang kita tak perasan pun sebenarnya kita tengah bercinta walaupun tak approve apa-apa lagi. Kalau dalam facebook cakap Its Complicated. *status Amal akan sentiasa single. XD Kena la pandai bawa diri, ada yang kata bercinta ni haram. Tapi, sebenarnya cinta-mencintai ni lumrah manusia. Cuma cara kita tu, yang membawa kepada haram atau harus benda tu. Kalau dah cara pun duk pegang-pegang tangan, keluar malam-malam berduaan. Awas ye! Nauzubillah. 


Kenapa ada yang meletakkan haram? Sebab kebanyakannya mendekatkan diri kepada zina. Mengelak bercinta sebab tak nak berlaku zina mata, telinga, hati dan sebagainya. Kalau bercakap pasal zina hati lain pulak ceritanya, topik dia luas. Sebenarnya kalau tak bercinta pun boleh berlakunya zina hati. Semuanya kembali kepada iman seseorang. Bukanlah Amal cakap macam ni bermaksud Amal ni bagus sangat, cume kongsikan pendapat-pendapat orang dan Amal rangkumkan menjadi satu. Amal juga manusia biasa yang masih jahil lagi. Nak lebih lagi, search je kat google insyAllah melambak-lambak keluar artikel pasal hal ni.


Kalau kamu jawap jawab, tak! saya tak pernah bercinta pun. Orang lain akan jawab, ish, kau dah terlepas satu pengalaman la kawan.. Ade aku kisah? Bagi Amal, tak ape pun, certain perkara tak perlukan pengalaman pun. Macam kahwen la.. takkan yang ada pengalaman je, tengok-tengok yang kawen semuanya janda dengan duda je.. ada gitu? Tak kan. 


Kalau ada yang jawab, aku tak boleh hidup la kalau takde awek. Ni jenis bile dah putus, monyok 2,3 hari.. pastu sepantas kilat dah ada peganti. #%#&&&# *bukan mencarut, sekadar simbol je.. XD Ni memang kes main-main, paling benci yang jenis macam ni. Seyes, macam nak luku-luku je. Status fb hari ni sayang-mayang.. esok, bangang, segala jenis perkataan yang sewaktu dengannya semu nak keluar. Ish3.


Ada juga yang bercinta dengan orang ni, tapi lastnya kahwen dengan orang lain. Ada yang main kayu 3, sebab kekasih hati tak mempedulikan dia. Ada yang pasang kapel sementara, sementara menunggu orang yang betul-betul dia suka bagi jawapan. Tak faham betullah Amal, kemaruk sangat ke, sampai boleh lak pasang kapel sementara? 


Tiba-tiba teringat kata-kata dari seorang kawan yang sangat rapat ni.. Kalau dah nama belum kahwen tu, buat cara belum kahwen. Orang dah kahwen pun tak complete percaya 100%, inikan lagi belum kahwen. Buat biasa je, jangan terlalu mengharap. Tak semestinya dia tu jodoh kita,belum pasti boleh bersama, berkawan dan kenal hati budi dah cukup, bicara tentang kasih sayang di kemudian hari.. Tak perlu nak bising-bising dekat orang sekeliling, nanti bila tak kesampaian sendiri yang frust menonggeng. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Ada jodoh tak kemana kan? Sampai jodoh, yang tak pernah bertegur sapa pun boleh jadi pasangan.
Apa-apa pun, jangan sampai kita lalai dengan cinta duniawi tak kisahlah sama ada cinta manusia, pangkat atau harta. Yang penting cinta kepada Yang Maha Esa. Tapi, bukan mudah nak sampai tahap itu kan? WAllahualam~
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

8 Cahaya menghiasi ruang komen.:

. berkata...

manusia perlu berksih syng :)

mohdhazlan Dreadlock berkata...

klu nk bercinta pun ...kn ada batasannya ...k

Tanpa Nama berkata...

kalau rasa x boleh nak jaga batas tu... baik x yah bcinta.

NurAmal berkata...

sebab tu lebih senang org letakkan haram .. bukan sebab istilah kapel sebenarnya tapi sbb perbuatannya..

SyahmiFikri berkata...

kerana orang tidak percaya pada ketentuan Illahi.. mereka tidak percaya pada cinta selepas kawen..

itu sebab memilih jalan mudah =)

Unknown berkata...

yup. bkn sng nk kapel ni snany... byk mnde kne jge...agm yg pnting tu.

Tanpa Nama berkata...

hahaha... setuju dengan semua point2 anda! xpaham jugaklah dengan orang yang 'cinta mati' ni. macam kompem kawen je.

cintailah diri sendiri dan mak abah dulu... nescaya kalau kena tinggal pon anda tak frust menonggeng....

Hazmi Ramli berkata...

perlu! hahahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...