Selasa, 16 Ogos 2011

Salah ke kalau blog jarang update?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Owh, sedihnye... Tersentap jap, tadi ada orang kata "tak sukalah baca blog yang jarang update" ...


Maka sesungguhnya ketahuilah, blogger (layak ke digelar blogger? <<--- entri kak diana) nak ulas jap.. rasanya orang yang dah mula menjinakkan diri dalam arena blog ni, dah digelar blogger cuma tegar tak tegar je.. Yang memang tegar tu blogger berjaya lah tu.. macam kak diana lah.. :hoho ..


Ok, balik ke pangkal jalan, Tersentap jap, tadi ada orang kata "tak sukalah baca blog yang jarang update".. kawan pun ada yang cakap "bersawang dah blog ko Amal" . Rileks lah der, 2 minggu pun tak sampai. XD Bersawang-sawang pun, terkejut jugak, dekat 2 minggu tak bw (macam la selalu tu Amal bw), tak update, follower masih meningkat walaupun tak banyak. Alhamdulillah, terima kasih pada yang sudi tu. ^^

Blogger juga manusia, ada pasang surutnye kan.. Bukan blogger bawah taraf picisan je yang jarang update, blogger taraf picisan, blogger taraf popular pun ramai je yang jarang update?! hehe (Amal tak yah cakap la... bukan blogger tegar pun, isi masa lapang je) --- Owh, ada orang cakap, yeke isi masa lapang? Dah iklan tu buat ape? -- hehe, iklan tu.. Amal tak pernah tengok pun berapa earning yang Amal dapat. Biarlah kat situ. Saje menyemakkan blog. ^^

Blogger juga belajar... Blogger juga bekerja....

Bila dah bekerja tu, dah sah-sah penat. Yang Amal pulak, memang penat giler. Lagi-lagi dah nak dekat-dekat raya ni, customer sangat ramai. Kena buat OT la bagai, fizikal pun dah ala-ala Zombi Kampung Pisang. Memang surrender la nak buka blog bila dah santak letih tu.


Selain tu, kalau bukan sebab-sebab seperti di atas, tak lain tak bukan blogger tersebut tengah kering idea. Hehe .. Blogger juga manusia biasa, punya otak yang kadang-kala kekeringan cetusan idea. Apa yang pembaca setia blogger tersebut kena buat, bagi la support. Tunggu je dia update, jangan la unfollow, kesian kot.
Engkorang kena faham tu... tak update ada sebab tau. :hoho

*Amal bukan blogger tegar a.k.a blogger berjaya, buktinya? Dah dekat 4 tahun berblog, follower masih santai dengan ratusan je. XD

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

6 Cahaya menghiasi ruang komen.:

FYA PELANG! berkata...

haha. macam majuk je :DD


jmput ke blog fya jugee :)

miss ct berkata...

Assalamualaikum amal..
comelnya doodle.. amal seorg yg tabah..ct kagum dgn amal..semoga Allah permudahkan dalam segala urusan Amal...AMIN

p/s: rindu dgn amal... nanti in bcr ya =)

Jejaka Terhangat berkata...

owh, ada baca komen tu kat blog kak diana..rasanya dia gurau je kot. katanya tak suka baca blog jarang update, dia sendiri pon jarang update gak. papepon, blogger yg jarang update utk bekerja lebih berjaya drpd blogger yg dok update selalu spt takde life..tahniah utk nuramal..=)

p/s: blom habaq lg ea NurAmal ada dimentionkan kat sini..

http://www.jejakaterhangat.com/2011/08/jom-kenali-blogger-terer-doodle-episod.html

~+aSma dAud+~ berkata...

paham paham..paham sgt.. trak semua blogger ada banyak masa dan banyak idea untuk update..setiap org kan rutin hidupnya beza

Mama B berkata...

B stuju dgn pendapat amal..B sendri ngaku yg B bukan blogger tegar, cume setakat ngisi mase lpang, dan dlm mase yg same nk cube2 naseb share life stori dgn org2 kat luar lgpn, bg blogger2 yg bekerja, pasti da la kene lebih bagi komitmen pd kerja..

klu ada yg sudi, jengah2 la blog B ye kat www.sweetouju.blogspot.com

Mekasih dan salam.

mia kaftiya berkata...

haha.. dua minggu tak update pun, tak sempat nak bersawang kan... huhu. >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...