Rabu, 15 Jun 2011

Eh, eh ... Mesranya dia...

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم - 


Fuh, memang lama tak update... dah sepuluh hari bersawang blog perasan cute ni. Ambek ketuk habuk sket.. dush2~ Al-kisahnya dah lama tak update blog sebab Amal sedang bekerja part time sekarang. Pergi sepuluh balik sepuluh, kalau ada OT balik kul 11 p.m .. Kat rumah ingat tidur je la. Atau dalam bahasa jawanya turu wae. Tak penat tapi letih je. Kakiku mulai membengkak sebab 12jam duk berdiri. Bos itu pulak sangatlah pandai, dia letakkan Amal dalam situasi kontrak, ko langgar kontrak bekerja selama 3 bulan, bayar RM500. Giler. Oh, ye.. Lama sangat tak buka blog dan terjah blog orang. Sampai tak tahu nak tulis apa. Fikir-fikir, tulis je lah apa yang Amal nampak depan mata. (ehem-ehem)


Setelah dekat 2 minggu Amal kerja kat situ, macam-macam ragam manusia dah Amal nampak, macam-macam..... Tapi setakat ni ada 4 situasi yang membuatkan Amal terkesan.


1) Pasangan yang belum berkahwin. 
macam mane Amal tahu dia belum berkahwin? Sebab Amal kenal minah tu...


P : Bii... okey tak baju ni bii.. (sambil tunjuk baju yang dipilih tadi) Tapi ayang tak tahu nak pilih wane ape ni.. Merun ni lawa, biru ni pun lawa.... eh, ada pink, pink ni pun cantik.. macam mana ni bii....~
L : ayang pilih je la mana ayang suka, tapi ayang muat ke ni. (sambil baju tadi diukur-ukur ke badan si P)
Si P mula muncung..
P : Muat la ... ( ditepis tangan si L )
Si L sengih macam kerang busuk.
P bercakap ke arah aku,
P : Kak, saya nak try ... fitting room mane erk? 


'Boleh pulak kau buat suara dewasa dengan aku, ingat suara kau memang gedik macam tu tadi... eh, by the way, ko panggil aku kakak? Tak silap aku, ko senior aku kat sekolah...' 
Amal pun bawa dia masuk fitting room.. Si L tunggu kat luar sebelah Amal, entah ape dia yang dia cakap kat Amal, senyum je la. Mulut ko busuk ah weh, bau rokok.
Setelah 5 minit berlalu, si P keluar menggayakan pakaian tadi sambil mengibas-ngibas rambut ala selebriti. "Cantik tak bii..?"
Aih? tudung mana kak? Ko tayang je rambut ko yang mengurai tu kat ajnabi yang belum tentu jadi suami ko tu?
Si L bersiut bersiul, sambil sengih dan tunjuk thumb-up.


....selebihnya adalah sejarah.....


2) Pasangan yang baru berkahwin.
Masuk ke kedai berpegangan tangan, mana Amal tau mereka baru berkahwin? Inai merah lagi yang oii...
Si L nak cari seluar track-suit. Si P yang carikan, si P yang tanyakan kat Amal nak saiz sekian..sekian...
Si P yang pilihkan kain jenis apa... semuanya si P la... Si L hanya tinggal pakai-cuba dan cakap terima kasih kat si P. Kadang-kadang si L bergurau, okey, Amal rasa si L bergurau agak blue sikit, tak payah la cerita kat sini. Tapi muka si P dah naik merah dan si L dapat hadiah penampar lembut kat bahu. Tak dinafikan Amal pun naik malu nak melayan customer yang ni..
Bahasa yang digunakan? Abang-Sayang .. err, normal la kot? Tapi sweet la.. Amal doakan semoga kamu bahagia sampai akhirnya ye.. :-)


3) Bakal ibu dan bapa.


Masuk ke kedai berpelukan di pinggang. Mana Amal tahu bakal ibu dan bapa? ekleh, kalau datang kedai pun muka berseri-seri cari baju baby, perut dah besar, bakal ibu ayah la tu...
Yang ni Amal tengok dari jauh je, nampak la, dorang tersenyum-senyum sambil borak-borak pilih baju bayi tu.. angkat 2 baju, nak biru ke pink. Nampak si L mendekatkan telinga ke perut si P, tak tahulah, buat apa, tanye baby tu nak warna ape kot. Ehe~
Last-last dorang beli dua-dua..


4) Pasangan yang telah lama berkahwin.


Yang ni pulak ada 2 jenis :


1- Yang bawa haluan masing-masing. 
"Abang cari baju abang, saya cari baju saya. Abang bayar baju abang, saya bayar baju saya. Adil dan saksama. -.-" Oh ye..anak suma abang bawa ye, saya letih..." Mana sifat cinta korang? Tiba-tiba fikiran Amal melayang ke novel-novel yang pernah Amal baca. Pasal kahwin paksa, macam ni la lebih kurang. Nak kata tak sayang, anak dah 5. Gaduh ke? Opps... tolong jangan jaga tepi kain orang.


2- Yang masih sweet bak mula-mula kahwin dulu. 
Walaupun berjalan tidaklah berpelukan, berjalan tidaklah berpegangan tangan, biasalah... anak dah ramai, peluk anak dangan pegang tangan anak je la, tapi cara berkomunikasi dan bahasa badan dah boleh nampak dah kemesraan dorang. Sambil-sambil bergurau dengan anak.
Bila si ibu mencuba baju, si ayah yang memegang beg tangan si ibu bertanya ke anak, "Cantiknya ibu pakai baju ni.. kan kakak?" Anak tersengih dan mengangguk-angguk.. Si ibu dah mula malu-malu, si ayah dapat hadiah cubitan. Anak gelak-gelak. 
Bila si ayah pula mencuba baju, si ibu memuji-muji si ayah, "hensemnyee.." sambil pegang bahu si ayah. Si ayah mula buat muka macho.. Si anak cakap, "eee, perasannye ayah.." Si ayah tersengih.


Kesimpulannya, entah.. Amal pun tak tahu. Pembaca simpulkanlah sendiri ye. Amal cuma kongsikan perkara yang Amal nampak, dan korang juga pasti selalu nampak kan? So, perkara ni tak asing lagi.. Peace no war. :-)
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

sangat setia berkata...

hehe. amal pat time ? umo bpe ea ? :P btw, setia nak plih amal sbg blog review setia. amal yang first. taniah :D jemput dtg blog setia :)

sangat setia berkata...

http://fyapelangi.blogspot.com/2011/06/aktiviti-hari-khamis-1.html


blog amal direview di entry ini (;
selamat buka :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...