Ahad, 24 Julai 2011

''Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique''

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Sekali lagi, entry blog review untuk Abdul Farique. Dulu pun Amal pernah buat sekali, kat [SINI] .

Pada pandangan Amal, sebagai seorang perempuan yang masih bersifat keanak-anakan, Amal suka tengok blog Abdul Farique ni. Boleh disifatkan sebagai, err.... macho dan comel?? ^^

Okey, straight to the point, klik kat [SINI] untuk join contest yang berhadiah lumayan ni...

Antara hasil image google search atas nama Abdul Farique :




















Okey, start Kutuk dan Kritik :



Amal tak akan sentuh mengenai design header or template blog kamu sebab itu ikut kreativiti kamu sebagai designer, tak perlu nak sempurna sangat, kalau perfect bukan kartun namanya. Cuma perlu lebih match-kan dengan identiti blog kamu.


Sila perhatikan gambar-gambar dibawah...







SATU-

Amal tanya kamu, ape maksud header?? Sila translate suku perkataan yang ditebalkan, ia akan jadi kepalaer. Kan? Haha..

So, apesal nak biar benda lain pijak kepala? Apa yang Amal cuba sampaikan disini adalah tentang iklan di atas header tu. Tak sesuai diletakkan kat situ, membuatkan header kamu nampak sedikit tenggelam. So, iklan tu tak diperlukan disitu. Lagipun, iklan advertlets tu kan dah ada kat sidebar, cukuplah tu. Jangan tamak sangat ye.

DUA-

Icon SHOUTBOX kamu bertindan dengan navbar! Potong markah kat situ. Apa gunanya ada navbar kalau tak boleh nak klik? Sila pilih, nak buang navbar atau betulkan setting icon Shoutbox tu.

Lagi, SHOUBOX kamu yang diletakkan di page lain sangat menyusahkan. Ye, Amal akui bila tak ada shoutbox orang akan prefer untuk komen di entry, secara tak langsung komen di entry akan bertambah. TETAPI, kalau entry pun SEO sentiasa, kamu agak-agak ramai tak yang komen??

TIGA-
Tab menu kamu, Amal kurang minat. Susah nampak. Amal yang dah berapa kali pergi blog kamu pun, masih terkial nak cari tab menu. So, mungkin kamu boleh letak button atau tebalkan atau highlight kan tab menu tu supaya lebih jelas.

Tambahan lagi, blog kamu yang dah cecah ribuan follower, agak janggal bila tak ada sitemap. So, bolehlah tambah sitemap erk? ^^

EMPAT-
Facebook Like Button, macam tak kena. Mungkin tak sesuai diletakkan kat situ. Button tu simple, nampak menyibuk bila letak kat tengah-tengah macam tu. Kiri kanan kosong je. Semak.

By the way, Amal dah like dari hari tu dah.. ^^

LIMA-
Entry kamu, terlampau banyak entry info. Tak sesuai dengan tag line blog kamu. Ye, Amal faham, dulu blog kamu blog peribadi, sekarang dah upgrade ke blog info. Satu je Amal nak cakap, jangan tukar tag line! Sepatutnya, tag line sesuatu blog tu bersifat tetap.

Cara yang lebih sesuai adalah, kamu boleh teruskan blog info kamu, tapi dalam masa yang sama, kamu jangan tinggalkan terus identiti blog lama kamu sebagai Riwayat Seorang Insan Hina tu. Blog riwayat, tapi semua entry info je. Memang tak kena.

Apa yang kamu kena buat, rajinkan diri lagi update blog.Tak salahkan kalau wat entry peribadi tapi secara random la. Gilir-gilirkan entry kamu. Bukan setiap hari ada info baru kan? Dan Amal tengok bukan setiap hari kamu update. Ni, bila Amal tengok dekat Entry Baru Goreng kamu tu, satu pun tak menarik minat Amal untuk klik.

Lagi dan lagi, kenapa ada satu entry je satu page, yunk?? Dah la satu entry je, ade pulak button read more....  -..- (keluar asap dari hidong)

Tengok ape dah jadi? Sidebar lebih panjang dari ruang entry! Tak stabil.... So, pandai-pandai la erh..

ENAM-

Follower widget tu, bilangan follower tu memang saja nak sorok ke? Gelap je warna tulisan sama dengan latar belakang. Tak yah la malu-malu kucing, follower kamu ramai.Tukar kaler font erk...

TUJUH-

Meter pembaca tu, no need pun. Tak ada fungsi yang relevan untuk widget tu diletakkan kat situ. Makan ruang adalah. Buang je, pergi campak jauh-jauh sama dia.

Plus, banner CitCat tu pun, apa relevannya letak kat situ? Semak. Dah la besar. Kalau bagi kamu benda tu penting, terpulang... tapi kasi setting sama dia punya saiz.

LAPAN-

Blog archive. Pilihan blog archive ni lah yang paling Amal tak suka sekali. Tak sesuai! Orang tak akan rajin punya nak godek-godek entry lama kamu guna bendalah tu. Kita orang yang review ni je yang akan guna bendalah tu.

Cuba bayangkan, first page entry orang tak minat, ade satu je pulak tu.. tengok kat list entry, pun tak minat, nak tengok kat blog archive macam tu pulak la.. ingat rajin ke nak klik? Akhirnya, butang ‘x’ menjadi mangsa. Nasib baik ada link within tu... Dah jatuh review kat situ.

SEMBILAN-

Warna tulisan pada bloglist dan BCR widget tu. Tak naik seri la... sama ton dengan latar. Tu pun kena tukar. 

Nak tambah sikit, title untuk BCR tu, kenapa macam something error going somewhere la ayat dia, Tempat Aku Melepak Chatters?? .. Tempat Aku Melepak je cukup la kot. Eh, by the way, mana banner BCR kamu? Hehe...

SEPULUH-

Bloglist tak sama rata. Lelaki ada 21, perempuan 10  je? Meh tambah blog Amal meh. ^^

Bukan tu Amal nak cakap sebenarnya, Amal rasa, elok kalau bloglist tanpa thumbnail. Sebab? Kalau ada thumbnail pun, gambar yang ditunjukkan, tak semestinya ada kaitan dengan entry. Lagi pulak, dalam satu bloglist tu, bukan setiap blog akan keluar gambarnya. Nampak ketidak-seragaman kat situ. Lagi pun, bila tanpa thumbnail, lebih banyak blog dapat kita nampak tanpa sentuh scroll tu kan?

Dan, blog sendiri pun kena masukkan jugak ke dalam bloglist tu? Padahal bloglist tu memang dalam blog kamu pun kan? Hehe.. ^^

So....

Itu je lah, tak banyak pun Amal komen kan? Sikit je kan. Yang lain macam tempat komen dan lain-lain yang Amal tak nyatakan semua okey bagi Amal. Cun, meletop. ^^

Moga-moga dapatlah Abdul Farique ambil manfaat serba sedikit.

Amal tag : Sangat Setia , Ct , dengan Kak Diana.

Assalamualaikum.

*semuanya hasil daripada broadband yang lembab, hasil pemerhatian selama berapa hari tah, dan taipan entry selama 5jam. Huhu ^^ .. Harap tiada yang salah pandang.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

8 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Unknown berkata...

ok fine. kne tag :D

Jejaka Terhangat berkata...

wahh..nice jugak kritikan dan review yg nuramal buat. persaingan sengit ni. hehe..gudluck utk kontest ni yek..=)

admin berkata...

ini adalah terbaik .. tapi jangan fakta yang dikeluarkan tak tepat. takpa nanti dapat jawapan pencarian entry terbaik af akan gtau.. Nuramal kalah ! hahaha XD gurau je.

NurAmal berkata...

fya : join erk ^^

NurAmal berkata...

jt : dop ah... jt lg hebat.. ^^

NurAmal berkata...

af : :hah belum ape2 dh kena ishtihar kalah.. :kecewa ...

admin berkata...

hehehe gurau je la XD

Unknown berkata...

menang lha wei ! taniah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...