Isnin, 18 Julai 2011

Apa perasaan bila kena TUDUH?!

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

  Seriously, memang seronok la kena tuduh kan?? --"

  Alkisahnya....

Si customer suami isteri datang membeli baju kemeja. Amal pun tak tahu apa masalah dua orang manusia ni, agaknya si isteri dah penat melayan kerenah si suami yang amat cerewet membeli baju, setelah hampir beberapa kedai mereka terjah tapi tiada satu pun yang berkenan. Si isteri melayan si suami dalam pemilihan baju agak kasar, sesekali terdengar si isteri mengomel sendirian. Setelah dipaksa oleh si isteri, si suami ambil saja dua helai baju yang dipilih si isteri, kemudian si isteri mengucapkan terima kasih kepadaku lalu melangkah kaki pergi dari situ. Si suami menurut dari belakang, tetapi kemudian patah balik dan membelek sehelai lagi baju kemeja corak kotak-kotak. Lalu...

"Saiz XL ada tak adik?"
"Saiz XL tak ada la bang, tinggal M dengan L je. XL dah habis..."

Dia buat muka tak puas hati... Dia membelek lagi... Memcari dengan penuh harapan la kot..

"Memang tak ada ke adik?"
"Ada bang, tapi dah habis....."

Dengan muka tak puas hati dia berlalu pergi.

10 minit kemudian, Amal dipanggil oleh Assistant Manager, dia memberitahu customer tadi buat report yang Amal melayan dia dengan kasar???? 

Ok. Ni memang fitnah.

Alhamdulillah, perkara ni tak diperbesarkan sebab semua orang tahu macam mana personaliti Amal. Benda tu memang mustahil untuk berlaku. Alhamdulillah, kawan-kawan semua backup. 

Kepada customer tu, entah apalah salah Amal kat dia... tolonglah, takkan sebab anda tengah bad mood anda nak tuduh-tuduh saya macam tu. 

*Merosakkan reputasi aku sungguh la...... --"

Conclusion : customer not always right!

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

3 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Abdul Farique berkata...

AF tak kesah kalau kena tuduh .. cool je .. tapi kalau melampau .. memang makan tangan :)

diana berkata...

erk....
masalah rohani betul la dia tu..

alepridz berkata...

huhu dah lah cerewet... bini dier mesti type cam datin....
sabar je yg buleh mengubat segala-galanya...

http://alepcrazy.blogspot.com/2011/07/mulutku-terkaku-otak-ku-menjadi-buntu.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...