Rabu, 20 Julai 2011

Tahajjud Cinta bagi pandangan negatif?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal tak tangok tv pun. Tapi, Amal pernah tangok iklan promosi cerita Tahajjud Cinta sebelum ni. First time tengok pun macam-macam cemuhan dah keluar dari mulut ni. Nauzubillah...


Yelah, wanitanya berpurdah, tapi berduaan diatas bukit. Tak cukup dengan tu, si ustaz pulak membuka purdah si ustazah. Ustazah pulak relakan je. Tak patut la babak tu...


Amal memang tak berkenan. Rasanya hati nak tengok cerita tu pun tak ada. Jadi Amal tak tahu macam mana jalan ceritanya. Sumber semua Amal dapat dari [SINI] dan [SINI] .


Apa yang merisaukan, biasalah bila kita menonton apa-apa jenis cerita pun pasti ada pengaruhnya. Selalunya pengaruh buruk tu lebih menonjol daripada moral value yang cuba disampaikan oleh sesuatu cerita. Kadang-kadang pengatahuan seseorang tu tak cukup kuat nak menilai mana yang harus diambil jadi pedoman dalam hidup kita. Yang buruk tulah jugak yang kita nak ikut.


Sesekali rasa macam cerita-cerita ni dibuat tanpa ada pengetahuan yang cukup. Ataupun sedang memperli orang-orang sekeliling. Terasa macam imej Islam yang ditampilkan dalam cerita tu direndah-rendahkan. Kita dah sedia maklum bahawa semolek mana pun pakaian seseorang tu tak semestinya sama seperti dalamannya. Kulit tak sama dengan isi. Macam durian, kadang-kadang luar cantik, dalam? Tak siapa yang tahu. Tapi tak perlulah nak ditonjolkan secara live macam tu.


Amal bukanlah membantah atau anti ke tak suka ke.. tapi, dengan cerita ni, imej kisah islamik yang cuba disampaikan tu seolah-olah macam lain sangat. Senang cerita, memang tak kena. 


*Masing-masing ada perpepsi masing-masing kan?
Kenapa orang ramai sibuk bahas hal ni, cerita pengajaran lain macam 2 ALAM, AKU MASIH DARA, pun tak senonoh jugak. Kawan Amal siap menyumpah-nyumpah tengok. Tapi tanpa jalan cerita yang macam tu, macam mana pulak kita nak tonjolkan nilai pengajaran dia. Kan?
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

FYA PELANG! berkata...

jujo ckp. xsuke ! rs islam 2 di permaikan ! tdug labuh lg. adoi. 2 pn bwk maen2 k? dlm cter pkay, kt luar buang. kot ye nk buat, klu dy bwk wardina ke. bole trima lah. nmpak sgt cter ni nk fmes cm nur kasih. nk buat duit. elleh ~

Zul Fattah berkata...

erm.. betul tu.. sy sokong.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...