Rabu, 13 Julai 2011

Awek jawa terbaik. XD

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Hehe.. :)
Di atas adalah status seorang rakan di facebook. Nama berserta gambar telah pun Amal blurkan.
Hehe, kelakar lah pulak. Amal dah like kat situ. Amal setuju gak tu.. Hehe, yelah I'm Javanist gak ye.

Sapa antara korang orang jawa? Apa pendapat korang?

Tapikan sebenarnya Amal rasa..... Tak ada beza pun kan perempuan jawa ke, bugis ke, utara ke, timur ke. Ye dak? Semua sama. Yang membezakan seseorang tu adalah keperibadian mereka. Kalau baik, baik lah. Kalau buruk, buruklah.

Pasal bab cantik tak cantik pulak, eleh... lain orang lain hati, lain mata lain citarasa. Huhu.. Ada yang duk mengata mata sepet, ada yang cakap sepet tu cute. Ada yang kutuk si tembam, ada yang rasa tembam tu cute. Ada yang kritik kulit gelap, ada yang anggap hitam tu manis. 

Pasal bab memasak pulak, tengok orang lah, rajin dia belajar, rajin dia pergi dapur, pandailah dia masak. 

Bukan perempuan jawa je yang bagus. Semua sama je, ada jugak yang kurang hajor. Eh, Amal bukan mengata perempuan jawa erk, Amal pun jawa+india+cina, *satu Malaysialah katakan... tak kan Amal nak kutuk diri sendiri kot. Huhu

Macam orang anggap, perempuan kampung ni bagus. Tak payah, perempuan kampung sekarang, tak payah cakap lah, 2x5 jugak. Baik tengok pada salah-silah keluarga jangan lupa pada akhlaknya. Tak kisah lah perempuan kampung ke, perempuan bandar ke, gua ke. Kadang-kadang keluarga je baik, tapi anaknya perangai tetap hancur. Tu lah, kadang-kadang terikut kawan. Salah pilih partner.

Ingat, don't judge a book from its cover. 

*hah! melalut sampai ke buku.. okeylah tu.. bermula dengan muka buku berakhir dengan kulit buku. XD

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

5 Cahaya menghiasi ruang komen.:

miss ct berkata...

Assalamualaikum amal..
owh..baru tahu..amal org jawa..mesti pandai ckp jawa kan?? setiap org ada cara tersendiri utk menilai org kan..jgn silap menilai dah..

NurAmal berkata...

betul2.. :)

Siti Safiyyah berkata...

haa.. macam2 gak perumpamaan org dulu2. contoh lain, kalo perempuan tu jenis makan lambat maknanya dia tak selalu turun ke dapur. kebenarannya? wallahua'alam.. hehe

Unknown berkata...

bro orang jawa nuramal..ikut peribadi masing2

Lissa berkata...

lisa pun org jawa! bangge jap:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...