Jumaat, 1 Julai 2011

Ekleh..... blog ni...

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Apa pendapat mengenai blog yang ada right-click disable? Mesti korang tak suka kan? Amal tahu... Yela, sebab dulu pun Amal buat jugak mendalah tu. Siap disable highlight lagi, pakej pulak kalau right-click keluar pop-up message.. "Sori, disable right click laaa..." . Sampai Amal buat contest review dulu tu... semua duk komen pasal ni. Hehehe~ Okey, lastnye Amal buang. Dorang kata rimas. Yelah, bukan nak curi isi ke, copy-cat ke, ape ke.. Just nak buka link in another tab je pun dah tak boleh dah. Huhu. Kesian. Tapi Amal rasa kan, tak apa kot kalau blog yang isi ala-ala private nak buat menda tu. Tapi eloknya tak payah lah. Visitor jugak yang susah nanti. Kalau masuk contest, orang nak copy gambar or entry, nak nilai pun dah susah kan?


Tapi, macam mana pulak blog yang buat contest? Suruh copy banner, header lah bagai... ayat pun ada jugak suruh copy, tapi disable highlight dan right-click. Right-click tu, boleh la cegah lagi guna Ctrl+C .. tapi nak highlight tu... Aduh, susah. Tak kan nak select all.


Tu satu hal, satu hal lagi, tadi Amal search kat google konon nak cari tutorial about something la. Okey, dengan hepinya, Alhamdulillah, ade jugak tutorial tu. Buka-buka, sampai step dia suruh copy dan paste, tak boleh highlight... Nak right click? Keluar pulak... "Hoi..hoi.. nak buat ape tu?! Orang penat-penat buat, ko nak copy plak en?" .. Ekleh, dah tu bakpe lah buat tutorial ni kalau tak nak orang pakai, tak nak kongsi? 


*Hmm.. macam-macam...
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Unknown berkata...

haha. memang rimas :D

fiezahkecik berkata...

hahaha. yang tu memang merimaskan.. klik sikit keluar pop up. T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...