Khamis, 3 November 2011

Wahahaha.. Padan muke.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Perasaan ketika ni?? Rasa macam nak pakai bendalah ni....


Kenapa?
Bermulalah ceritera dimana Si Aku masuk beradu awal pada malam semalam.
Maka arakian, ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ terjadi dengan jayanya selama beberapa jam.
Setelah itu Si Aku pun terjaga.
Bercekang mata mengabdikan diri dihadapan Tuanku Laptop.
Maka memendekkan cerita,
Si Aku pun mula kembali beradu setelah selesainya solat fardhu subuh.
Sekali lagi, ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ berlaku dengan jayanya.
Secara tiba-tiba, sebuah makhluk alam yang tidak bernyawa, berbentuk segi empat, berwarna gelap mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak menyenang jiwa dan raga ketika itu.

Lagu Jepun kedengaran dari henfon canggih BB (bukan blackberry) itu ..

Tengok mesej...
Tengok jam...

Huh!!?? Kul 9? OMK.. OMK!!! 

Terloncaat Si Aku dari tempat beradu. Siap yang bukannya ala kadar. Masih sempat membelit shawl. Mengenakan sedikit bedak tepung Johnson Baby warna pink (jela pun).

Tengok jam...

Mantap! 10 minit je?? Lagi better dari 30 minit yang selalu. Hahaha (kembang-kempis jap, bangga sorang-sorang)

Berlari Si Aku menuruni bukit-bukau dan anak-anak tangga yang tidak pernah pula Si Aku kira. Nasib baik, hampir-hampir tergelincir.

Siap buat stunt melangkah pagar yang dah sedia jatuh sebagai jalan pintas untuk ke fakulti.

Mengeluarkan hp, menaip mesej kepada para sahabat.

Ko dah ade kat kelas ke? Lecturer dah datang???

Kelas bukan kul sepuluh ke???

(terberhenti melangkah... lutut terasa berketar-ketar... lemah longlai, bagaikan ingin terduduk ke tanah)

Ya, terasa diri ini amat tutttttt.....

Moral : Pastikan jadual anda betul. Jangan biarkan sifat gelabah menguasai diri.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

1 Cahaya menghiasi ruang komen.:

:: cikNuurul :: berkata...

ekekekeekek,.nasib badan ,.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...