Khamis, 17 November 2011

Bila hidup mula malas.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Tengok kan dinding, sticky note bersepah. Projek itu, project ini, presentation itu, presentation ini. Belum homework dan tutorial lagi. Tak termasuk test yang bakal menjelang minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Final exam pun dah nak dekat. Seriously.... TENSION.

Alhamdulillah dua hal dah settle tinggal... ermm...tinggal 10 or more to go! What???!

Bila dah tension, otak ni asyik nak termenung je. Bukan fikir nak menyetelkan semuan benda alah tu. Menghadap helaian projek, tapi tembus kertas tu ditenung. Fuh! Sejak bile ada super power ni??!

Satu lagi tabiat tension, asyik makan-tido-tengok movie.... makan-tido-tengok movie.... Internet dah jarang nak buka. Buat ape online? Kalau nak tulis blog pun tak ada selera. Buat ape online kalau facebook pun banyak group pasal projek je. Huhuhuhuhu

Meloncat dari satu blog ke blog kawan-kawan yang lain. Bace sepenuhnya, tapi tak ade mood nak komen. Hahaha.. Kejam! Jejak pun tak tinggal.. 

Melukis pun dah jarang..... Rindu. Tapi tak sampai hati nak guna masa untuk melukis. Ehem... 

Minggu ni tak balik. Ada sukan. Makin tension dibuatnye. Tak dapat jumpe ayahanda dan bonda tercinta. 

Tak lama lagi lebih banyak presentation projek nak settle. Should i practice? to talk in english? na.... tak sempat pun. Hahahaha.

Inilah.. inilah dia contoh orang yang mengalah sebelum ajal. Piirahhhh!!

Apa-apa pun semua ni kena settlekan secepat mungkin. Where is my catalyst????????? Maybe i should eat more chocolate. Hehehehe. 

Walaupun baru lepas makan spegetti tak lama hari tu, tapi masih teringin nak makan lagi. Muak dengan nasi. Nasibla kat kolej tak ada dapur. Hmmmm

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Miz Waniey berkata...

sticky post asyik bertambah....takde yang buang...huhu

NurAmal berkata...

same!!! hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...