Isnin, 12 September 2011

Semua nak cari cinta facebuku.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Daripada yang tua ke yang muda, dari yang 20-an ke 40-an, malah, belasan lagi la ramai. Kebanyakannya mesti ada Facebook. Tak sah kot kalau tak ada facebook. Twitter apetah lagi. Tapi Amal buta twitter ni. Langsung tak reti guna, lastnya tak buka dan lupa dah pun passwordnye. XD

Yang bestnya tujuan berfacebook tu.. Ada yang cakap nak tambah kenalanlah, ada yang cakap "saje je, sume orang ada. Aku pun nak." Ada pulak yang guna buat bisnes..bagus-bagus. ^^ Ada gak yang buat facebook sebab nak usha-usha mamat/awek facebook. Tengok-tengok gambar. Stalker orang. Ade jugak yang nak tambah scandal. Ade jugak yang nak test market.. --"  Korang yang mana satu?? Hehe

Kalau Amal, memang ramai je yang add, kalau tak approve kan dikatanya sombong. Tapi dah approve senyap je pulak. Saje je kot dorang nak berlagak ramai kawan, padahal tegur 1-2 orang je. Heh --" . Tujuan facebook Amal sebab tak nak lost contanct dengan kawan-kawan lama, nak join group segala macam group kat kampus ni. Kawan-kawan facebook yang tak kenal, haram nak tegur. Yang kenal pun jarang-jarang je tegur. :hoho

Amal jarang on chat, tapi bila sekali on chat ramai pulak yang tegur. Tak on chat pun ade jugak yang bagi mesej. Masalahnya, harap orang lain, orang lain yang tegur. Tah sape-sape tah. Pak Arab pun ada.

Orang kite? Melayan la sekejap 2-3 patah. Nak off chat tengah urgent sembang dengan kawan sekuliah.

Perkara yang agak biasa terjadi kat kebanyakan perempuan, (lelaki pun selalu gak kena XD)

Orang kat facebook tu tegur (lain jantina) , Salam .. 
Mula la pulak tanya, Sapa nama? kot tak nampak nama yang dia klik tadi nak chat kot.
Berlanjutan, tinggal mana? umur berapa? bla...bla...bla...
bila dah habis soalan, mula lah... mintak no. boleh? Sampai takat ni, kalau Amal, off9 terus. haha

Ok lagi tu, tapi pernah pulak 2-3 orang sampai takat umur berapa tu... dorang terkejut-kujat. Mana tak nye, umur dorang baru belasan, 14 tahun, 15 tahun, tapi test perempuan 20-an. Hahaha Time ni, ada yang terus tak balas-balas, ada yang terus offline, ada jugak yang tanye pasal adik-adik kita ade yang perempuan ke?, ada jugak yang kental masih agi duk mintak no. :P 

Agak-agaklah dik. Umur baru berapa, sibuk nak test ayat. Sibuk nak tambah koleksi makwe. (padahal kat profile dia dah in relationship). Umur panjang lagi, insyAllah kalau diizinkan Tuhan. Daripada duk bercintun, baik berkepit dengan buku.  

Bila dah berjaya, tak payah nak test-test ayat dah, tak payah nak duk kejar-kejar awek/pakwe dah. Dorang yang cari kamu. Kan? Sape setuju? :P

Bagi yang dah layak tu, teruskan je lah erk, tak salah pun. Tapi jaga lah batas. Pastu kalau nak cari tu, biar serius, jangan main-main. Dah relationship dengan yang A tapi masih try nak tackle yang B, kawan baik A pulak tu. Hish. Jauhkan... Bukan setakat relationship kat fb je. Kalau boleh sampai jinjang pelamin, baru la membanggakan. Kalau setengah jalankan memalukan. Sape suruh heboh-heboh kat wall kalau belum ada ape-ape ikatan?? Padan.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

9 Cahaya menghiasi ruang komen.:

miss ct berkata...

Assalamualaikum amal...
klu ct..ct wat fb..dpt jumpa kwn sekolah tadika..terbaik lah.. seronoklah bila dpt jumpa balik shbt2 baik kita kan??

NurAmal berkata...

betol.. best dapat jumpe balik kengkawan lama... kadang-kadang ade gak yang kita tak ingat.. hehehehe

Cik Azz berkata...

Memang niat cmtu, nak jumpa kawan2 lama.. Dpt sembang kat fb pon dh okay dah.. Tp bukan semua punya niat yg sama mcm kita...

Kdg2 agak pahit nak terima hakikat bila kawan lama dok tikam kita dr belakang.. So, perlu ke kita terus simpan dia dalam list kita ehh..

:konpius dan :kecewa huhuhu...

Hazmi Ramli berkata...

Assalamualaikum, mintak nombor boleh? LOL hahaha, sorry gurau je coursemate! Nice post btw, you tell 'em girl!

NurAmal berkata...

@kak azz : yang tu pun memang sakit hati gak tu... kalau terus simpan rase mcm simpan duri dalam dalam daging, tapi nak buang putus plak silaturrahim.. hmmm...serba salah gak kan?
eloknya sabar je lah. dapat pahala..

NurAmal berkata...

@hazmi : bleh blah.. haha XD gurau je, pi mintak kat vissa :P

tq 4 compliment

Shahrizat Ahmad berkata...

saya tak pernah chat dengan amal..kehkehkeh.. :P

NurAmal berkata...

haa~ kita memang x penah chat....... --"

JumpZeera berkata...

hehee.. macam-macam ragam kita jumpa bila kat fb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...