Jumaat, 5 September 2008

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN




sesungguhnya Rasulullah telah berpesan ,hendaklah kamu berpuasa nescaya kamu akan sihat.. disini bermakna puasa bukan memberikan kita kekurangan tetapi semata-mata kelebihan iaitu kesihatan tubuh badan..

Lukmanul Hakim juga telah berpesan kepada anaknya, apabila perut penuh dengan makanan,pemikiran akan menjadi lesu,kebijaksanaan menjadi kaku,anggota menjadi malas untuk beribadah.. maka dengan itu,konklusinya puasa dapat menghindarkan kita dari pada sifat lembab (pada bahasa kasarnya) ataupun cetek fikiran (pada bahasa yang sopan sikit)dan sifat bodoh (pada bahasa yang agak kurang baik) atau kurang cerdik (pada bahasa komsasnya) serta sifat malas atau berat tulang (dalam simpulan bahasa melayu)..iaitu sifat yang amat dibenci Allah.. bukan Allah sahaja, Rasul pun akan turut menyampah.

teori perubatan juga telah mengakui bahawesenye berpuasa itu dapat menjauhkan diri kita dari segala penyakit. sebagai buktinya, orang yang telah menjalani pembedahan dimestikan untuk berpuasa. ini sesuai dengan maksud salah satu hadith iaitu 'perut ialah tempat punca segala penyakit'..

**dengan itu, sudah terang-benderang lagi bersuluh bahawa puasa itu bakal mendatangkan banyak kebaikannya tanpa keburukan jika seseorang itu ikhlas melakukannya.. oleh itu, bawak-bawak -lah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni ek! Berdosa tau tak puase...

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

2 Cahaya menghiasi ruang komen.:

catatan salwangga berkata...

met puasa juga. masih puasa kan? jarang banget isi blog ya.

amal_leena berkata...

jarang isi blog... sibuk nak peperiksaan... :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...