Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Sabtu, 5 November 2011

Berkesan ke Auto-publish post?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Otai-otai cakap, kalau kita nak tinggalkan blog buat sementara waktu, buat post auto-publish. Kirenya blog akan sentiasa update walaupun kita tak online.

Bukannya tak reti, reti.. Kalau nak buat tutorial pun boleh.(bajet). Lupekan je lah, nak buat tutorial konon. Tak layak kot. Malas tu satu hal. Dah ramai dah yang buat. Google je, beratus-ratus page jumpa. Hehehe


Tapi, fikir-fikir balik.. risau pulak Amal. Huhu
Yela, blog ni bukannye comel macam blog gadis tomato, bukannya hebat mcm blog kak diana, tak lah hot macam blog Jejaka Terhangat.

Blog orang-orang ni, dah femes. Ade pengikut tetap sendiri. Amal? Harammm... Ade ke? Kalau ade sila angkat jari kelingking kaki anda. XD

Kalau Amal buat auto-publish, boleh jalan ke? Hahaha...
Kalau tak online dah sah-sah tak blogwalking kan? Mana Amal nak ketagih komen??? padahal blogwalking pun susah nak dpt komen.. Hahahaha 

Fikir-fikir, lantak ekau lah.. janji tak la bersarang blog ni. Amal sendiri yang bace pun tada hal punyer.. ^^

Almaklumlah, entry tak bermutu. :))

-first auto-publish entry-

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 12 September 2011

Semua nak cari cinta facebuku.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Daripada yang tua ke yang muda, dari yang 20-an ke 40-an, malah, belasan lagi la ramai. Kebanyakannya mesti ada Facebook. Tak sah kot kalau tak ada facebook. Twitter apetah lagi. Tapi Amal buta twitter ni. Langsung tak reti guna, lastnya tak buka dan lupa dah pun passwordnye. XD

Yang bestnya tujuan berfacebook tu.. Ada yang cakap nak tambah kenalanlah, ada yang cakap "saje je, sume orang ada. Aku pun nak." Ada pulak yang guna buat bisnes..bagus-bagus. ^^ Ada gak yang buat facebook sebab nak usha-usha mamat/awek facebook. Tengok-tengok gambar. Stalker orang. Ade jugak yang nak tambah scandal. Ade jugak yang nak test market.. --"  Korang yang mana satu?? Hehe

Kalau Amal, memang ramai je yang add, kalau tak approve kan dikatanya sombong. Tapi dah approve senyap je pulak. Saje je kot dorang nak berlagak ramai kawan, padahal tegur 1-2 orang je. Heh --" . Tujuan facebook Amal sebab tak nak lost contanct dengan kawan-kawan lama, nak join group segala macam group kat kampus ni. Kawan-kawan facebook yang tak kenal, haram nak tegur. Yang kenal pun jarang-jarang je tegur. :hoho

Amal jarang on chat, tapi bila sekali on chat ramai pulak yang tegur. Tak on chat pun ade jugak yang bagi mesej. Masalahnya, harap orang lain, orang lain yang tegur. Tah sape-sape tah. Pak Arab pun ada.

Orang kite? Melayan la sekejap 2-3 patah. Nak off chat tengah urgent sembang dengan kawan sekuliah.

Perkara yang agak biasa terjadi kat kebanyakan perempuan, (lelaki pun selalu gak kena XD)

Orang kat facebook tu tegur (lain jantina) , Salam .. 
Mula la pulak tanya, Sapa nama? kot tak nampak nama yang dia klik tadi nak chat kot.
Berlanjutan, tinggal mana? umur berapa? bla...bla...bla...
bila dah habis soalan, mula lah... mintak no. boleh? Sampai takat ni, kalau Amal, off9 terus. haha

Ok lagi tu, tapi pernah pulak 2-3 orang sampai takat umur berapa tu... dorang terkejut-kujat. Mana tak nye, umur dorang baru belasan, 14 tahun, 15 tahun, tapi test perempuan 20-an. Hahaha Time ni, ada yang terus tak balas-balas, ada yang terus offline, ada jugak yang tanye pasal adik-adik kita ade yang perempuan ke?, ada jugak yang kental masih agi duk mintak no. :P 

Agak-agaklah dik. Umur baru berapa, sibuk nak test ayat. Sibuk nak tambah koleksi makwe. (padahal kat profile dia dah in relationship). Umur panjang lagi, insyAllah kalau diizinkan Tuhan. Daripada duk bercintun, baik berkepit dengan buku.  

Bila dah berjaya, tak payah nak test-test ayat dah, tak payah nak duk kejar-kejar awek/pakwe dah. Dorang yang cari kamu. Kan? Sape setuju? :P

Bagi yang dah layak tu, teruskan je lah erk, tak salah pun. Tapi jaga lah batas. Pastu kalau nak cari tu, biar serius, jangan main-main. Dah relationship dengan yang A tapi masih try nak tackle yang B, kawan baik A pulak tu. Hish. Jauhkan... Bukan setakat relationship kat fb je. Kalau boleh sampai jinjang pelamin, baru la membanggakan. Kalau setengah jalankan memalukan. Sape suruh heboh-heboh kat wall kalau belum ada ape-ape ikatan?? Padan.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 16 Ogos 2011

Salah ke kalau blog jarang update?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Owh, sedihnye... Tersentap jap, tadi ada orang kata "tak sukalah baca blog yang jarang update" ...


Maka sesungguhnya ketahuilah, blogger (layak ke digelar blogger? <<--- entri kak diana) nak ulas jap.. rasanya orang yang dah mula menjinakkan diri dalam arena blog ni, dah digelar blogger cuma tegar tak tegar je.. Yang memang tegar tu blogger berjaya lah tu.. macam kak diana lah.. :hoho ..


Ok, balik ke pangkal jalan, Tersentap jap, tadi ada orang kata "tak sukalah baca blog yang jarang update".. kawan pun ada yang cakap "bersawang dah blog ko Amal" . Rileks lah der, 2 minggu pun tak sampai. XD Bersawang-sawang pun, terkejut jugak, dekat 2 minggu tak bw (macam la selalu tu Amal bw), tak update, follower masih meningkat walaupun tak banyak. Alhamdulillah, terima kasih pada yang sudi tu. ^^

Blogger juga manusia, ada pasang surutnye kan.. Bukan blogger bawah taraf picisan je yang jarang update, blogger taraf picisan, blogger taraf popular pun ramai je yang jarang update?! hehe (Amal tak yah cakap la... bukan blogger tegar pun, isi masa lapang je) --- Owh, ada orang cakap, yeke isi masa lapang? Dah iklan tu buat ape? -- hehe, iklan tu.. Amal tak pernah tengok pun berapa earning yang Amal dapat. Biarlah kat situ. Saje menyemakkan blog. ^^

Blogger juga belajar... Blogger juga bekerja....

Bila dah bekerja tu, dah sah-sah penat. Yang Amal pulak, memang penat giler. Lagi-lagi dah nak dekat-dekat raya ni, customer sangat ramai. Kena buat OT la bagai, fizikal pun dah ala-ala Zombi Kampung Pisang. Memang surrender la nak buka blog bila dah santak letih tu.


Selain tu, kalau bukan sebab-sebab seperti di atas, tak lain tak bukan blogger tersebut tengah kering idea. Hehe .. Blogger juga manusia biasa, punya otak yang kadang-kala kekeringan cetusan idea. Apa yang pembaca setia blogger tersebut kena buat, bagi la support. Tunggu je dia update, jangan la unfollow, kesian kot.
Engkorang kena faham tu... tak update ada sebab tau. :hoho

*Amal bukan blogger tegar a.k.a blogger berjaya, buktinya? Dah dekat 4 tahun berblog, follower masih santai dengan ratusan je. XD

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...