Memaparkan catatan dengan label Stress. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Stress. Papar semua catatan

Khamis, 17 November 2011

Bila hidup mula malas.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Tengok kan dinding, sticky note bersepah. Projek itu, project ini, presentation itu, presentation ini. Belum homework dan tutorial lagi. Tak termasuk test yang bakal menjelang minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Final exam pun dah nak dekat. Seriously.... TENSION.

Alhamdulillah dua hal dah settle tinggal... ermm...tinggal 10 or more to go! What???!

Bila dah tension, otak ni asyik nak termenung je. Bukan fikir nak menyetelkan semuan benda alah tu. Menghadap helaian projek, tapi tembus kertas tu ditenung. Fuh! Sejak bile ada super power ni??!

Satu lagi tabiat tension, asyik makan-tido-tengok movie.... makan-tido-tengok movie.... Internet dah jarang nak buka. Buat ape online? Kalau nak tulis blog pun tak ada selera. Buat ape online kalau facebook pun banyak group pasal projek je. Huhuhuhuhu

Meloncat dari satu blog ke blog kawan-kawan yang lain. Bace sepenuhnya, tapi tak ade mood nak komen. Hahaha.. Kejam! Jejak pun tak tinggal.. 

Melukis pun dah jarang..... Rindu. Tapi tak sampai hati nak guna masa untuk melukis. Ehem... 

Minggu ni tak balik. Ada sukan. Makin tension dibuatnye. Tak dapat jumpe ayahanda dan bonda tercinta. 

Tak lama lagi lebih banyak presentation projek nak settle. Should i practice? to talk in english? na.... tak sempat pun. Hahahaha.

Inilah.. inilah dia contoh orang yang mengalah sebelum ajal. Piirahhhh!!

Apa-apa pun semua ni kena settlekan secepat mungkin. Where is my catalyst????????? Maybe i should eat more chocolate. Hehehehe. 

Walaupun baru lepas makan spegetti tak lama hari tu, tapi masih teringin nak makan lagi. Muak dengan nasi. Nasibla kat kolej tak ada dapur. Hmmmm

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Sabtu, 5 November 2011

Berkesan ke Auto-publish post?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Otai-otai cakap, kalau kita nak tinggalkan blog buat sementara waktu, buat post auto-publish. Kirenya blog akan sentiasa update walaupun kita tak online.

Bukannya tak reti, reti.. Kalau nak buat tutorial pun boleh.(bajet). Lupekan je lah, nak buat tutorial konon. Tak layak kot. Malas tu satu hal. Dah ramai dah yang buat. Google je, beratus-ratus page jumpa. Hehehe


Tapi, fikir-fikir balik.. risau pulak Amal. Huhu
Yela, blog ni bukannye comel macam blog gadis tomato, bukannya hebat mcm blog kak diana, tak lah hot macam blog Jejaka Terhangat.

Blog orang-orang ni, dah femes. Ade pengikut tetap sendiri. Amal? Harammm... Ade ke? Kalau ade sila angkat jari kelingking kaki anda. XD

Kalau Amal buat auto-publish, boleh jalan ke? Hahaha...
Kalau tak online dah sah-sah tak blogwalking kan? Mana Amal nak ketagih komen??? padahal blogwalking pun susah nak dpt komen.. Hahahaha 

Fikir-fikir, lantak ekau lah.. janji tak la bersarang blog ni. Amal sendiri yang bace pun tada hal punyer.. ^^

Almaklumlah, entry tak bermutu. :))

-first auto-publish entry-

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 3 November 2011

Wahahaha.. Padan muke.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Perasaan ketika ni?? Rasa macam nak pakai bendalah ni....


Kenapa?
Bermulalah ceritera dimana Si Aku masuk beradu awal pada malam semalam.
Maka arakian, ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ terjadi dengan jayanya selama beberapa jam.
Setelah itu Si Aku pun terjaga.
Bercekang mata mengabdikan diri dihadapan Tuanku Laptop.
Maka memendekkan cerita,
Si Aku pun mula kembali beradu setelah selesainya solat fardhu subuh.
Sekali lagi, ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ berlaku dengan jayanya.
Secara tiba-tiba, sebuah makhluk alam yang tidak bernyawa, berbentuk segi empat, berwarna gelap mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak menyenang jiwa dan raga ketika itu.

Lagu Jepun kedengaran dari henfon canggih BB (bukan blackberry) itu ..

Tengok mesej...
Tengok jam...

Huh!!?? Kul 9? OMK.. OMK!!! 

Terloncaat Si Aku dari tempat beradu. Siap yang bukannya ala kadar. Masih sempat membelit shawl. Mengenakan sedikit bedak tepung Johnson Baby warna pink (jela pun).

Tengok jam...

Mantap! 10 minit je?? Lagi better dari 30 minit yang selalu. Hahaha (kembang-kempis jap, bangga sorang-sorang)

Berlari Si Aku menuruni bukit-bukau dan anak-anak tangga yang tidak pernah pula Si Aku kira. Nasib baik, hampir-hampir tergelincir.

Siap buat stunt melangkah pagar yang dah sedia jatuh sebagai jalan pintas untuk ke fakulti.

Mengeluarkan hp, menaip mesej kepada para sahabat.

Ko dah ade kat kelas ke? Lecturer dah datang???

Kelas bukan kul sepuluh ke???

(terberhenti melangkah... lutut terasa berketar-ketar... lemah longlai, bagaikan ingin terduduk ke tanah)

Ya, terasa diri ini amat tutttttt.....

Moral : Pastikan jadual anda betul. Jangan biarkan sifat gelabah menguasai diri.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Biasalah tu.....

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Hmmm... sedar tak sedar nak setengah semester dah... Ape yang Amal dapat dalam semester ni? Dah padat sangat ke ilmu ni? Tak pun, tapi otak dah mengah sangat dah.. Biasalah tu....

Esok dah hari Jumaat, tak tahulah nak balik rumah naik ape. Tumpang kawan ke, nak ayahanda jemput? Kawan ajak tumpang. Pergh.. baguskan, orang ada kereta ni.. Senang-senang je ke hulur-ke hilir .(Allah! BM akuh.)
Balik dgn kawan bertolak awal sikit. Ada advantagenye tuh. Tapi hati ni membuak-buak nak suruh ayah jemput.. Senang. Sampai pun betul-betul kat depan rumah. Haish, anak dara pemalas. Biasalah tu....

Esok hari last sebelum cuti Raya Haji, kepada yang buat korban tu..Alhamdulillah. Ada rezeki korang, dapat buat korban tahun ni. Amal bilalah pulak. Harap panjang la umur nak buat korban akan datang, insyAllah. Amin!
Cuti Raya Korban sekali dengan cuti semester, seminggu je pon. Bukannya lama sangat. Tak puas pun.. Biasalah tu..

Konon-konon, cuti ni boleh la berehat. Alik-alik, assigment berlambak, projek bertimbun, ada mid sem exam pulak lepas cuti tu. Ditambah pulak segala jenis presentation. Masa untuk jadi badut kat depan budak-budak kelas. Orang lain boleh bertutur dihadapan orang lain dengan jayanya, Amal? Bukannye tak practice, bukannya time SPM dulu English gagal pun, bukannye tak ada point, cume gugup, hilang sume benda yang rancang nak cakap tadi. Point-point pun tah kemana padahal, notes ada je kat tangan belah kanan yang sedang menggigil ni. Huh! Bila budak melayu pedalaman macam ni suruh bertutur English.. Masa sekolah, waktu kelas English pun cikgu cakap jawa... Biasalah tu...

Yeah, kembalilah masa untuk mengabdikan diri dihadapan laptop lembap ni.. Ni pun Alhamdulillah ada, bayangkan kawan-kawan yang tak ada kemudahan macam ni. Hmmm, zaman sekarang.. Tak ada teknologi, susah hidup. Biasalah tu....

Entry kali ni duk mengeluh jah.. Biasalah tu... Hahaha

Papepun, keluhan ni bukan tanda mengalah, just nak lepaskan tension di hati je. Lalalalala~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 2 November 2011

Hal yang seronok semua orang suka.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Biasalah kalau dah namanya manusiakan....

Ade ke orang yang tak sukakan keseronokan? 

Mungkin bagi korang, rasa ade. Yela, bila anda tengok orang yang suka bersendiri, or something that u feels weird.. Mungkin bagi anda benda yang dia  minati tu membosankan. Tapi bagi dia , itulah yang seronok.

Dalam diri kita ada juga yang kita suka tapi orang lain tak suka.

Yang penting! jangan lembik lidah sangat, ringan je mulut nak kutuk hobi orang lain yang dia rasa tu keseronokan bagi dia. 

Peduli la, dia suke kumpul pembaris patah ke.... kumpul tisu free ke.... tiup semut ke.... main lampu meja ke.... Mungkin anda boleh support mereka dengan bagi pembaris patah anda padanya. Pasti dia sangat teruja!! "ohhh.. tengkiu my dear friend." 

Cubalah fikir dari sudut dia, jangan nak blame seseorang tu berdasarkan apa yang dia suka. Tu hak dia kan. Hormat sikit.

Ade ke antara korang ada hobi yang pelik-pelik?

Psstt... Amal ade, ala.. mesti setiap orang ade.. hehehe penyedap hati ..( i guess )... :)

What so ever lah... enjoy je ape yang korang rase enjoy, tapi berpada-padalah... ^^

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Ahad, 10 Julai 2011

Aku dah sedia jadi seorang mak!

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Tajuk... tak boleh belah.. hehe :-D

Sebenarnya ceritanya macam ni... nak cerita betapa besarnya dugaan bila kita bekerja dalam bidang yang melibatkan kanak-kanak ni. Suka memang suka, best memang best. Yelah, budak-budak kan. Comel je. Naif, muka tak bersalah je.. hehe . Tapi ada bab-bab.. jenuh dan pening jugak.

Ingat senang ke jadi guru sekolah rendah, lagi-lagi guru tadika, baby-sitter or what so ever... susah tau. Apa kena mengena dengan Amal? Eh, Amal pun kerja bidang kanak-kanak jugak apa. Kat kedai tempat Amal kerja Amal diletakkan dalam departmen pakaian kanak-kanak. Setiap hari kat situ mesti meriah dengan belon-belon dan budak-budak berkejaran. Bising la jugak tapi meriah, tak macam departmen lain yang agak senyap.. konfius Amal ni kedai pakaian atau nursery. Huhu. 

Pengalaman baru yang tak dapat dilupakan..........

ketika ni, apa yang Amal lakukan adalah senyum dan cakap "takpe..takpe.." berulang kali kat makcik  tu, yang muka dah ketat semacam bila anak dia wat hal... tiba-tiba rasa macam pening-pening sket time ni. 

Ketika ini apa yang dapat Amal rasakan ialah dunia disekeliling Amal menjadi kelabu akibat tak dapat terima kenyataan anak dia wat macam tu. Istighfar panjang kat dalam hati. Cobaan....... Still melakonkan watak Customer Service Assistant (CSA) secara profesional dengan senyum selebar-lebarnya.. XD

*customer is always right ..... kan? Sabor je lah....
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 5 Julai 2011

Serabut lagi Kusut... Luruskan segera.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Baru-baru ni, Amal tak tahu kenapa segala jenis mood tak ada langsung dalam diri ni. Nak tidur malam pun susah, nafsu makan pun tak ada, lagi kan nafsu nak berblog. Satu idea pun tak jengah. Ada time idea sangat banyak, tapi baru je menulis perenggang pertama Amal dah putus asa dan tinggalkan entry tu terbengkalai dalam draf. Apa dah jadi dengan Amal? Amal pun tak tahu. Yang boleh dihuraikan kat sini, berlaku ketiadaan mood. Mungkin sebab penat bekerja? Mungkin sebab gaji yang sikit? Mungkin sebab deposit rumah yang memakan lebih dari separuh gaji? Mungkin sebab result? Mungkin sebab tak pernah dapat cuti ketika family pergi bercuti? Atau mungkin sebab internet yang tak pernah nya nak laju. 
emosi sekarang seserabut almari kartun ni.
Kadang-kadang rasa diri ni sangat tak berguna, dan pernah terfikir apalah nilai aku kat dunia ni? Nauzubillah. Harap dijauhkan dari sifat tidak bersyukur dangan segala kurniaanNya. Dapat kembali semula bernafas setelah bangkit dari tidur pun sudah nikmat. Alhamdulillah.

Macam mana nak menangani masalah ni? Bila kusut, masalah ape yang berlaku, ape sabab moody pun tak dapat nak dikenal pasti.  Kadang-kadang rasa kenapa benda ni.. or benda tu... patut berlaku dalam hidup kita sampai kan kita jdi serabuk serabut. Tak habis-habis nak termenung. Apa yang dimenungkan pun undefine Aku patut menjadi lebih sabar dan waspada. Syaitan tu senang merasuk dalam jiwa yang kacau bilau.

Allah S.W.T berfirman, 

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45



Mungkin Amal patut lebihkan senyum. Yelah, senyum kan penawar hati. Mungkin bukan 100%. Tapi atleast ade jugak effect positifnya, insyAllah. Mungkin juga Amal perlukan waktu untuk bersendirian. Fikir, apa yang tak kena sebenarnya. Dalam step ni, Amal boleh gunakan kaedah yang Amal belajar dalam seminar dulu.
Menangani STRESS secara IDEAL :
I- identify the problem
D- Describe possilble option
E- Evaluate the consequence of each options.
A- act
L- Learn from the problem.

Selain tu, perlu lebih ketenangan. Entahla, nanti Amal beli la ape-ape yang boleh buat badan jadi tenang secara jasmani. Makan eskrem ke... bau-bauan lavender ke. Secara rohaninya, kena banyak lagi mengajilah. Ayat-ayat al-Qurankan ubat segala penyakit, lagi-lagi penyakit hati. :) Mendekatkan diri lebih lagi kepadaNya.

Semoga segalanya akan bermanfaat.

*Ya Allah... jauhilah aku dari sikap sambil lewa, lalai, dan kekecewaan. Sesungguhnya segala itu adalah sifat Iblis Laknatullah. Ameen.......

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...