Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Jumaat, 4 November 2011

Perempuan Murahan??? Ouch!

22 CIRI PEREMPUAN MURAHAN ( boley tima ke?? ) 

huhu.. pk2 kan brsme...~~

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril 
2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' 
3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame.. 
4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak??
5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying! 
6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa. 
7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett 
8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu.. 
9. Macam bodo bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^' 
10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian' 

11. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib.. 
12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape.. 
13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang 
15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah' 
16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo 
17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak.. 
18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?  ..........                 


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 31 Oktober 2011

Perempuan memang mudah jatuh hati.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Perempuan memang pantang kalau nampak lelaki kacak.
Seriously, memang benar. Tipulah sape cakap dorang tak pandang lelaki kacak (melainkan dorang tu rabun jauh power lebih 100 tapi tak reti-reti nak pkai spek, harem.. batang hidung pun tak nampak la..). Hahahaha.. Lelaki pun sama je kot, kalau nampak perempuan hot sket mesti toleh 2-3 kali punye. Yang tak toleh langsung pun ade. 

Orang cakap cuci-cuci mata je. Uhuk2~

Time ni mulalah, dorang main cuit-cuit kawan dorang. "Ko tengok tu.." Pastu yang kawannya pun cuit balik. Theehee...

Tapi, kebanyakan perempuan tak terlalu memilih pun hal perihal rupa paras ni.
For sure, perempuan tak memilih pun kalau dalam bab nak cari pasangan ni. Sedap mata memandang dah la. Tapi bukan semua, ade la sebilangan kecil yang sekeras-kerasnye latakkan syarat nak pakwe hensem. (tapi last-last dapat yang....hmmm.. bolehla..) XD 

Kalau dapat balak hensem tu, mak aih.. banggenye... kembang-kembang hidung ko jalan seblah-seblah tu kan. Ceh..

Eh, perempuan memilih dari segi harta or karier lagi banyak tau. Lantaklah ko tua macam mana pun ko atok ke ko dato' ke, janji ko kaya. Perempuan cakap, I luv u (money).. Yang si lelaki pun, i luv u the very very... bini aku campak tepi...


Tapi, sekeras-keras mane pun pendirian perempuan tu nak laki yang kononnye dia dah list kan ciri-ciri nya... akhirnya nanti dia jatuh hati kat laki yang pandai ambik hati dia jugak.

Ko kaya ke miskin ke, hensem ke tak ke, bermodalkan sifat caring tahap max tu. Perempuan cair jugak. Tapi, memang amek masa sikit la kan. 

Tahu tak, sifat yang kita tak nampak tu lagi tahan lama. 
Tapi tak tahulah kalu dia buat-buat je kan masa mula-mula kenal... Almaklumlah, nak amik hati.. Huhuhu

Kebanyakan perempuan setia. Selagi laki dia setia dan pandai amik hati dia. So, jangan la abaikan isteri or 'what so ever' korang. Bukan salah perempuan semata-mata kalau berubah angin kan.

Ala--- sebenarnya laki pun 2x5 jugak.. XD


Walau macam mane pun, lebih molek kalau pasangan tu berilmu beragama. Sejahat mana kita sejahat tu lah dia, sebaik mana dia sebaik itulah kita.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 20 Oktober 2011

couple bkn zina???

Share je... copy paste : http://www.facebook.com/notes/hidayah-rosni/couple-bkn-zina-untuk-mmahami-erti-sbenar-zina-hati-serta-c0upleslmt-sabar-mmbce/195413247168899

Panjang gilos.. harap sabar membace.. :)


couple bkn zina???
s0 interesting..!.ntuk mmahami erti sbenar zina hati serta c0uple......slmt sAbar mmbce..
by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW on Sunday, April 24, 2011 at 8:24am

Assalamualaikum semua..
Kawan-kawan.. Baru-baru ini, saya ada terbaca salah satu post dalam ruangan group ini yang berkisar soal couple, atau lebih tepat, bercinta.. Terdetik di hati saya untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.. Hal ini kerana, saya mahu tahu apa hukum yang sebenarnya.. Alhamdulillah, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, saya berjaya mengetahui tentang perkara ini dengan lebih tepat dan mendalam.. Saya telah bertanya pada seorang ustaz tentang isu ini.. Beliau kemudiannya membalas email saya, dan dalam balasannya itu, beliau meminta saya berkunjung ke sebuah laman web kerana di situ beliau telah pun menyediakan jawapan bagi persoalan tersebut.. Oleh itu, inilah isi kandungannya.. Saya sekadar hendak berkongsi ilmu yang saya terima..

MEMAHAMI MAKSUD COUPLE DAN ZINA HATI
Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda.
“Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan” .......... BACE LAGI~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 12 September 2011

Semua nak cari cinta facebuku.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Daripada yang tua ke yang muda, dari yang 20-an ke 40-an, malah, belasan lagi la ramai. Kebanyakannya mesti ada Facebook. Tak sah kot kalau tak ada facebook. Twitter apetah lagi. Tapi Amal buta twitter ni. Langsung tak reti guna, lastnya tak buka dan lupa dah pun passwordnye. XD

Yang bestnya tujuan berfacebook tu.. Ada yang cakap nak tambah kenalanlah, ada yang cakap "saje je, sume orang ada. Aku pun nak." Ada pulak yang guna buat bisnes..bagus-bagus. ^^ Ada gak yang buat facebook sebab nak usha-usha mamat/awek facebook. Tengok-tengok gambar. Stalker orang. Ade jugak yang nak tambah scandal. Ade jugak yang nak test market.. --"  Korang yang mana satu?? Hehe

Kalau Amal, memang ramai je yang add, kalau tak approve kan dikatanya sombong. Tapi dah approve senyap je pulak. Saje je kot dorang nak berlagak ramai kawan, padahal tegur 1-2 orang je. Heh --" . Tujuan facebook Amal sebab tak nak lost contanct dengan kawan-kawan lama, nak join group segala macam group kat kampus ni. Kawan-kawan facebook yang tak kenal, haram nak tegur. Yang kenal pun jarang-jarang je tegur. :hoho

Amal jarang on chat, tapi bila sekali on chat ramai pulak yang tegur. Tak on chat pun ade jugak yang bagi mesej. Masalahnya, harap orang lain, orang lain yang tegur. Tah sape-sape tah. Pak Arab pun ada.

Orang kite? Melayan la sekejap 2-3 patah. Nak off chat tengah urgent sembang dengan kawan sekuliah.

Perkara yang agak biasa terjadi kat kebanyakan perempuan, (lelaki pun selalu gak kena XD)

Orang kat facebook tu tegur (lain jantina) , Salam .. 
Mula la pulak tanya, Sapa nama? kot tak nampak nama yang dia klik tadi nak chat kot.
Berlanjutan, tinggal mana? umur berapa? bla...bla...bla...
bila dah habis soalan, mula lah... mintak no. boleh? Sampai takat ni, kalau Amal, off9 terus. haha

Ok lagi tu, tapi pernah pulak 2-3 orang sampai takat umur berapa tu... dorang terkejut-kujat. Mana tak nye, umur dorang baru belasan, 14 tahun, 15 tahun, tapi test perempuan 20-an. Hahaha Time ni, ada yang terus tak balas-balas, ada yang terus offline, ada jugak yang tanye pasal adik-adik kita ade yang perempuan ke?, ada jugak yang kental masih agi duk mintak no. :P 

Agak-agaklah dik. Umur baru berapa, sibuk nak test ayat. Sibuk nak tambah koleksi makwe. (padahal kat profile dia dah in relationship). Umur panjang lagi, insyAllah kalau diizinkan Tuhan. Daripada duk bercintun, baik berkepit dengan buku.  

Bila dah berjaya, tak payah nak test-test ayat dah, tak payah nak duk kejar-kejar awek/pakwe dah. Dorang yang cari kamu. Kan? Sape setuju? :P

Bagi yang dah layak tu, teruskan je lah erk, tak salah pun. Tapi jaga lah batas. Pastu kalau nak cari tu, biar serius, jangan main-main. Dah relationship dengan yang A tapi masih try nak tackle yang B, kawan baik A pulak tu. Hish. Jauhkan... Bukan setakat relationship kat fb je. Kalau boleh sampai jinjang pelamin, baru la membanggakan. Kalau setengah jalankan memalukan. Sape suruh heboh-heboh kat wall kalau belum ada ape-ape ikatan?? Padan.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...