Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2011

Hal yang seronok semua orang suka.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Biasalah kalau dah namanya manusiakan....

Ade ke orang yang tak sukakan keseronokan? 

Mungkin bagi korang, rasa ade. Yela, bila anda tengok orang yang suka bersendiri, or something that u feels weird.. Mungkin bagi anda benda yang dia  minati tu membosankan. Tapi bagi dia , itulah yang seronok.

Dalam diri kita ada juga yang kita suka tapi orang lain tak suka.

Yang penting! jangan lembik lidah sangat, ringan je mulut nak kutuk hobi orang lain yang dia rasa tu keseronokan bagi dia. 

Peduli la, dia suke kumpul pembaris patah ke.... kumpul tisu free ke.... tiup semut ke.... main lampu meja ke.... Mungkin anda boleh support mereka dengan bagi pembaris patah anda padanya. Pasti dia sangat teruja!! "ohhh.. tengkiu my dear friend." 

Cubalah fikir dari sudut dia, jangan nak blame seseorang tu berdasarkan apa yang dia suka. Tu hak dia kan. Hormat sikit.

Ade ke antara korang ada hobi yang pelik-pelik?

Psstt... Amal ade, ala.. mesti setiap orang ade.. hehehe penyedap hati ..( i guess )... :)

What so ever lah... enjoy je ape yang korang rase enjoy, tapi berpada-padalah... ^^

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 16 Ogos 2011

Salah ke kalau blog jarang update?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Owh, sedihnye... Tersentap jap, tadi ada orang kata "tak sukalah baca blog yang jarang update" ...


Maka sesungguhnya ketahuilah, blogger (layak ke digelar blogger? <<--- entri kak diana) nak ulas jap.. rasanya orang yang dah mula menjinakkan diri dalam arena blog ni, dah digelar blogger cuma tegar tak tegar je.. Yang memang tegar tu blogger berjaya lah tu.. macam kak diana lah.. :hoho ..


Ok, balik ke pangkal jalan, Tersentap jap, tadi ada orang kata "tak sukalah baca blog yang jarang update".. kawan pun ada yang cakap "bersawang dah blog ko Amal" . Rileks lah der, 2 minggu pun tak sampai. XD Bersawang-sawang pun, terkejut jugak, dekat 2 minggu tak bw (macam la selalu tu Amal bw), tak update, follower masih meningkat walaupun tak banyak. Alhamdulillah, terima kasih pada yang sudi tu. ^^

Blogger juga manusia, ada pasang surutnye kan.. Bukan blogger bawah taraf picisan je yang jarang update, blogger taraf picisan, blogger taraf popular pun ramai je yang jarang update?! hehe (Amal tak yah cakap la... bukan blogger tegar pun, isi masa lapang je) --- Owh, ada orang cakap, yeke isi masa lapang? Dah iklan tu buat ape? -- hehe, iklan tu.. Amal tak pernah tengok pun berapa earning yang Amal dapat. Biarlah kat situ. Saje menyemakkan blog. ^^

Blogger juga belajar... Blogger juga bekerja....

Bila dah bekerja tu, dah sah-sah penat. Yang Amal pulak, memang penat giler. Lagi-lagi dah nak dekat-dekat raya ni, customer sangat ramai. Kena buat OT la bagai, fizikal pun dah ala-ala Zombi Kampung Pisang. Memang surrender la nak buka blog bila dah santak letih tu.


Selain tu, kalau bukan sebab-sebab seperti di atas, tak lain tak bukan blogger tersebut tengah kering idea. Hehe .. Blogger juga manusia biasa, punya otak yang kadang-kala kekeringan cetusan idea. Apa yang pembaca setia blogger tersebut kena buat, bagi la support. Tunggu je dia update, jangan la unfollow, kesian kot.
Engkorang kena faham tu... tak update ada sebab tau. :hoho

*Amal bukan blogger tegar a.k.a blogger berjaya, buktinya? Dah dekat 4 tahun berblog, follower masih santai dengan ratusan je. XD

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...