Memaparkan catatan dengan label AWARDS AND CONTEST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AWARDS AND CONTEST. Papar semua catatan

Ahad, 24 Julai 2011

''Contest 3.0 - Raih RM160 Kutuk Dan Kritik Blog Abdul Farique''

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Sekali lagi, entry blog review untuk Abdul Farique. Dulu pun Amal pernah buat sekali, kat [SINI] .

Pada pandangan Amal, sebagai seorang perempuan yang masih bersifat keanak-anakan, Amal suka tengok blog Abdul Farique ni. Boleh disifatkan sebagai, err.... macho dan comel?? ^^

Okey, straight to the point, klik kat [SINI] untuk join contest yang berhadiah lumayan ni...

Antara hasil image google search atas nama Abdul Farique :




















Okey, start Kutuk dan Kritik :



Amal tak akan sentuh mengenai design header or template blog kamu sebab itu ikut kreativiti kamu sebagai designer, tak perlu nak sempurna sangat, kalau perfect bukan kartun namanya. Cuma perlu lebih match-kan dengan identiti blog kamu.


Sila perhatikan gambar-gambar dibawah...







SATU-

Amal tanya kamu, ape maksud header?? Sila translate suku perkataan yang ditebalkan, ia akan jadi kepalaer. Kan? Haha..

So, apesal nak biar benda lain pijak kepala? Apa yang Amal cuba sampaikan disini adalah tentang iklan di atas header tu. Tak sesuai diletakkan kat situ, membuatkan header kamu nampak sedikit tenggelam. So, iklan tu tak diperlukan disitu. Lagipun, iklan advertlets tu kan dah ada kat sidebar, cukuplah tu. Jangan tamak sangat ye.

DUA-

Icon SHOUTBOX kamu bertindan dengan navbar! Potong markah kat situ. Apa gunanya ada navbar kalau tak boleh nak klik? Sila pilih, nak buang navbar atau betulkan setting icon Shoutbox tu.

Lagi, SHOUBOX kamu yang diletakkan di page lain sangat menyusahkan. Ye, Amal akui bila tak ada shoutbox orang akan prefer untuk komen di entry, secara tak langsung komen di entry akan bertambah. TETAPI, kalau entry pun SEO sentiasa, kamu agak-agak ramai tak yang komen??

TIGA-
Tab menu kamu, Amal kurang minat. Susah nampak. Amal yang dah berapa kali pergi blog kamu pun, masih terkial nak cari tab menu. So, mungkin kamu boleh letak button atau tebalkan atau highlight kan tab menu tu supaya lebih jelas.

Tambahan lagi, blog kamu yang dah cecah ribuan follower, agak janggal bila tak ada sitemap. So, bolehlah tambah sitemap erk? ^^

EMPAT-
Facebook Like Button, macam tak kena. Mungkin tak sesuai diletakkan kat situ. Button tu simple, nampak menyibuk bila letak kat tengah-tengah macam tu. Kiri kanan kosong je. Semak.

By the way, Amal dah like dari hari tu dah.. ^^

LIMA-
Entry kamu, terlampau banyak entry info. Tak sesuai dengan tag line blog kamu. Ye, Amal faham, dulu blog kamu blog peribadi, sekarang dah upgrade ke blog info. Satu je Amal nak cakap, jangan tukar tag line! Sepatutnya, tag line sesuatu blog tu bersifat tetap.

Cara yang lebih sesuai adalah, kamu boleh teruskan blog info kamu, tapi dalam masa yang sama, kamu jangan tinggalkan terus identiti blog lama kamu sebagai Riwayat Seorang Insan Hina tu. Blog riwayat, tapi semua entry info je. Memang tak kena.

Apa yang kamu kena buat, rajinkan diri lagi update blog.Tak salahkan kalau wat entry peribadi tapi secara random la. Gilir-gilirkan entry kamu. Bukan setiap hari ada info baru kan? Dan Amal tengok bukan setiap hari kamu update. Ni, bila Amal tengok dekat Entry Baru Goreng kamu tu, satu pun tak menarik minat Amal untuk klik.

Lagi dan lagi, kenapa ada satu entry je satu page, yunk?? Dah la satu entry je, ade pulak button read more....  -..- (keluar asap dari hidong)

Tengok ape dah jadi? Sidebar lebih panjang dari ruang entry! Tak stabil.... So, pandai-pandai la erh..

ENAM-

Follower widget tu, bilangan follower tu memang saja nak sorok ke? Gelap je warna tulisan sama dengan latar belakang. Tak yah la malu-malu kucing, follower kamu ramai.Tukar kaler font erk...

TUJUH-

Meter pembaca tu, no need pun. Tak ada fungsi yang relevan untuk widget tu diletakkan kat situ. Makan ruang adalah. Buang je, pergi campak jauh-jauh sama dia.

Plus, banner CitCat tu pun, apa relevannya letak kat situ? Semak. Dah la besar. Kalau bagi kamu benda tu penting, terpulang... tapi kasi setting sama dia punya saiz.

LAPAN-

Blog archive. Pilihan blog archive ni lah yang paling Amal tak suka sekali. Tak sesuai! Orang tak akan rajin punya nak godek-godek entry lama kamu guna bendalah tu. Kita orang yang review ni je yang akan guna bendalah tu.

Cuba bayangkan, first page entry orang tak minat, ade satu je pulak tu.. tengok kat list entry, pun tak minat, nak tengok kat blog archive macam tu pulak la.. ingat rajin ke nak klik? Akhirnya, butang ‘x’ menjadi mangsa. Nasib baik ada link within tu... Dah jatuh review kat situ.

SEMBILAN-

Warna tulisan pada bloglist dan BCR widget tu. Tak naik seri la... sama ton dengan latar. Tu pun kena tukar. 

Nak tambah sikit, title untuk BCR tu, kenapa macam something error going somewhere la ayat dia, Tempat Aku Melepak Chatters?? .. Tempat Aku Melepak je cukup la kot. Eh, by the way, mana banner BCR kamu? Hehe...

SEPULUH-

Bloglist tak sama rata. Lelaki ada 21, perempuan 10  je? Meh tambah blog Amal meh. ^^

Bukan tu Amal nak cakap sebenarnya, Amal rasa, elok kalau bloglist tanpa thumbnail. Sebab? Kalau ada thumbnail pun, gambar yang ditunjukkan, tak semestinya ada kaitan dengan entry. Lagi pulak, dalam satu bloglist tu, bukan setiap blog akan keluar gambarnya. Nampak ketidak-seragaman kat situ. Lagi pun, bila tanpa thumbnail, lebih banyak blog dapat kita nampak tanpa sentuh scroll tu kan?

Dan, blog sendiri pun kena masukkan jugak ke dalam bloglist tu? Padahal bloglist tu memang dalam blog kamu pun kan? Hehe.. ^^

So....

Itu je lah, tak banyak pun Amal komen kan? Sikit je kan. Yang lain macam tempat komen dan lain-lain yang Amal tak nyatakan semua okey bagi Amal. Cun, meletop. ^^

Moga-moga dapatlah Abdul Farique ambil manfaat serba sedikit.

Amal tag : Sangat Setia , Ct , dengan Kak Diana.

Assalamualaikum.

*semuanya hasil daripada broadband yang lembab, hasil pemerhatian selama berapa hari tah, dan taipan entry selama 5jam. Huhu ^^ .. Harap tiada yang salah pandang.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 19 Julai 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Okey, ni second time Amal join Ben Ashaari punya contest, tapi kali ni jadi blog rujukan je.. ^^

Cuma perlu letakkan header beliau dan tulis je apa-apa kat entry ni...

Klik header untuk join ye :'

Santai Bersama BEN ASHAARI

Amal tak nak tulis apa-apa sebab kesuntukan masa... Amal bagi link ni je ... ^^ 


......

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 12 Julai 2011

Segmen | Kenapa pakai dua phone / dua number ??

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Salam setia, *tiru ayat penganjur... XD
*curik gambar wat lampiran..heheh*

Straight to the point:
Kenapa perlu pakai dua telefon bimbit berserta dua nombor yang berlainan?

  1. Satu-satu handphone telah dihad-hadkan penggunaannya. Contohnya handphone A digunakan untuk perihal peribadi, manakala handphone B digunakan untuk perihal kerja. Atau pun, handphone A telah dihadkan untuk orang yang tersayang, handphone B dihadkan untuk orang tercinta. Ape beza tu?
  2. Lain handphone lain functionnya. Yelah, handphone sekarang macam-macam jenis kan? Mungkin handphone A kameranya lebih elok berbanding handphone B, walaubagaimanapun, handphone B soundnya lebih clear dari handphone A. Boleh jadi kan? Kesimpulannya, gunalah dua-dua. Huhu
  3. Handphone lama sayang nak jual balik. Dah beli handphone baru, handphone lama masih pakai, so, kenalah beli nombor baru untuk handphone baru kan?
  4. Nak layan facebook, tapi tak ada internet. Guna handphone pun jadilah. Tapi maxis or celcom internet mahal. Tu yang prepare lagi satu no digi. RM1, 1 hari kan? Hehe
  5. Macam yang Amal bace kat komen fb Sangat Setia lah... No 1 untuk awek A, No. 2 untuk awek B dan seterusnya. Haha... 
  6. Saje prepare, kalau no yang ni habis kredit, bleh guna no yang satu lagi. Kalau handphone yang ni habis bateri bleh guna yang lagi satu. kan?
  7. Line tak kat semua tempat penuh. Kita sebagai manusia perlu bersedia kalau kita pergi mana-mana, merantau ke apa, orang kuning tak semestinya selalu disamping kita, so, kenalah sediakan orang biru dan orang merah sekali.. Hohoi~
  8. Saje lah tu tunjuk grand ada banyak handphone. XD tapi ape cerita pulak kalau banyak-banyak tu semua jenis handphone buat balik anjing. Heee~
  9. Dulu masa sekolah rendah ayah belikan no digi, bila dah meningkat remaja mula nak guna maxis, bila dah masuk dewasa gatal pulak nak guna celcom, tapi no lama nak jugak pakai takut lost contact dengan kawan-kawan lama. Tu lah sampai banyak no. tu. :-)
  10. Ikut plan la kan. Kalau nak mesej banyak-banyak guna no yang mesejnya murah. kalau suka call guna no yang callnye murah. Tu sebab pakai no lain-lain, sebab plan dia pun lain-lain. Tak gitu?
Dulu, Amal guna 3 nombor. Tapi 2 hp. Satu hp jenis 2 sim. Bila hp yang 2 sim tu hilang, terus tak pakai dah 3 nombor. Setia pada yang 1 :-) .... bila orang lain pakai 2 nombor kita pulak yang fikir lain tentang dia. Hoho.

:: Segmen by Sangat Setia :: Done ::


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 27 Jun 2011

Segmen Jom Kipas Blogger

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Sebelum apa-apa, saya sebagai pengipas berkala mengumumkan saya meng-join-kan diri dalam segmen ini, segmen anjuran Kak Diana owner blog Senyum-senyum, antara blog feveret a.k.a sifu Amal juge. Di bawah ni banner segmen, klik untuk tahu lebih lanjut ok? :-)


Kalau ikut dalam syarat, boleh pilih mana-mana blogger untuk dikipas kecuali beliau. So, yang sedang menari-nari di otak kiri Amal sekarang ni ada dua blogger. Tak tahu nak pilih mana satu. Dua-dua Amal sayang blognye. XD So, dua-dua lah Amal kipas. Tak pe, tangan ade dua kan. Hoho.

First of all, Tuan Shahrizat Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ijat. Pemilik blog Lagenda Budak Felda.
Apa yang Amal rase tertarik kat blog beliau ni? 
  • Entry yang slumber, gaya bahasa terlebih santai sampaikan bila bace blog dia rasa macam dia je yang tengah bercerita face-to-face dengan Amal.
  • Story kat blog dia mengenai persekitaran life dia yang dia olah dicampur adukkan dengan imaginasi petala keberapa tah. Otak kusut pun boleh lerai. 
  • Kalau Amal buka blog, ini adalah blog yang wajib Amal terjah tak kiralah sama ade dia ada buat entry baru ke tak. Kalau muncul je entry baru dia kat bloglist Amal cepat-cepat Amal klik. :-P
  • Pemilik juga sangat ramah. Rajin komen juga entry Amal ni, kalau tak masakan nama dia terpacul kat list pengomen tegar tu kan. :-)
  • Apa yang Amal sangat-sangat tabik dengan dia, dia sangat-sangat berdiri diatas kaki sendiri dalam berblog. Dia tak ada join mana-mana kelab blog, dia tak ada join mana-mana contest or segmen sejak dulu lagi, tapi blog dia boleh capai tahap follower riban. 
  • Blog pun sangat simple, sangat low profile, penarik kat blog dia hanyalah entry dia. Power kan? Template biase je, header pun tak de sebelum ni. Cume berbekalkan entry dia, orang yang singgah blog dia mesti nak follow. :-)
  • By the way, tak de pun dia ikut ape-ape format tertentu. Dalam blog dia, semua cara dia. Suke lah saye .
  • Entry dia yang paling Amal suke atas sebab tertentu adalah entry INI. Dan entry yang Amal suka tanpa sebab tertentu adalah INI dan INI. hehe
Second, blogger Yang Berhormat Fariq Jalil owner blog FariqScorpio. Juga salah seorang sifu Amal. Yang ni susah sikit, kalau nak kipas kena guna kuasa 5. XD
  • Pertamanya, buka je blog dah tahu dah, blog ni jenis pro punyer. Hehe 
  • Keduanya, dia ni 100% Amal hormat. Tak tahulah kenapa. Sampai ada entry yang Amal padam sebab takut dia marah. Haha. Dia tahulah, orang lain tak tahu senyap-senyap sudah... :-) 
  • Ketiganya, Amal lebih selesa jadi silent readers je kat blog dia. Sebab, yelah orang kalau dah otai kan, sekali publish entry berpuluh-puluh komen dapat. Amal baca je semua komen terus, tak de idea dah nak komen ape. Seboleh-bolehnye nak komen lain dari yang lain. :hoho Almaklumlah, macam mustahil je nak jadi first commentor kat blog dia, online pun jarang-jarang. Sekali Amal online, tengok 2-3 entry dia dah lama publish.
  • Blog beliau pun simple. Kepala blog sekadar nama menampakkan lagi kematangan. Eceh.. XD
  • Seblum ni, segmen macam ni beliau pernah buat. Tapi tak sempat join. :-( Segmen kali ke-2 dia buat Amal join terus dapat. *bangga sket. Ok, fine, tu pun sebab pesaing kurang. Kalau tak jangan harap Amal nak menang. :fuh
  • Rajin jugak membalas komen orang. Seronok bace komen-komen tu. Stalker komen kat setiap entry dia.. XD
  • Perwatakan dia boleh bace dari setiap entry dia, tapi ingat! bukan segala yang tersurat adalah tersirat. :-) Bace je dah tahu dah, dia ni tegas *guna ayat yang molek sket. hehe ... tapi baru-baru ni dia macam dah lembut sket. ehem2.
  • Ok, entry beliau yang Amal suka atas sebab tertentu ialan yang INI dan yang INI. Dan entry beliau yang Amal suka tanpa sebab tertentu adalah yang INI dan yang INI. agak jeles dengan maksud tersirat dalam entry yang tersurat ni. hmmm... XD
Yang penting kat dua-dua blog ni dah ade history jejak Amal. Banner dan header. Jeng jeng... :-P

*Entry tersuratku sebagai pengipas berkala~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 1 Jun 2011

Fya pelangi bikin kecoh !

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal nak join contest anjuran Sangat Setia. Kenapa nak join? Sebab...
  • Contest ni menarik. 
  • Contest ni Amal pernah terfikir dulu, tapi Sangat Setia dah buat dulu. HEHE. 
  • Dan, Sangat Setia sangat rajin meng-TAG Amal. ^^
  • Lagi-lagi follower dan juga bloglist diberi keutamaan, kiranya peluang lebih cerah la kan? HUHU ^^
Nak join or nak tahu lebih lanjut klik kat banner contest ini, segala-galanya termasuk syarat-syarat, cara pemilihan sume kat sini :-
Sinopsisnya, contest ni berkehendakan agar kita menceritakan apa yang kita nak sangat-sangat. Lebih kepada impian dan harapan. Tapi tak tertutup kepada yang logik je, yang diluar kotak fikiran pun lebih menarik kot. Sangat sesuailah dengan blog Amal ni, Cahaya Harapan. Dan sangat sesuai contest ni untuk orang-orang yang kuat berangan. HEHE. (terpanjang pula introduction =.=" )

Bagi Amal, impian Amal terbahagi kepada 2 :


1) Bersifat kebendaan :

Bersifat kebendaan ni, contohnya, sudah pasti semua orang nakkan 
  • Kereta besar
  • Rumah besar
  • Hp besar
  • Tv besar
  • Kamera besar
  • Segala-galanya besar.

2)Bukan bersifat kebendaan :
Bukan kebendaan ni pulak seperti :
  • Nak keluarga bahagia
  • Nak kesihatan
  • Nak jadi cantik
  • Nak jadi pandai
  • Nak teman hidup yang mithali (*blushing 10 minit)
  • Bla...bla...bla...
Dan kemudian, cara untuk merealisasikannya :

Impian bukan kebendaan tu, ada yang semua orang ada, ada yang tak. Kadang-kadang kita mampu ubah, kadang-kadang tak. Sebab, selalu impian-impian bukan kebendaan ni disebabkan takdir Allah s.w.t . Kita patut redha. Mungkin itu ujian daripadaNya.

Lama Amal duk termenung, semua impian kebendaan kat atas tu impian minoriti je tuh. Tapi, semua tu mestilah kena ada RM yang berkepuk kan? Pergh, pengsan. Mana nak dapat. Tapi takpe, benda tu tak mustahil. Cuma susah je. Nak seribu daya. Kalau mustahil sekali pun, tak mustahil boleh jadi kenyataan juga. tengok orang dulu-dulu, kata mustahil manusia boleh terbang. Bila adik beradik Wright nak cipta kapal terbang, semua orang duk kata mereka gila. Tapi, sekarang benda tu bukan lagi sesuatu yang mustahil. Betul? Hehe, (melalut lak)

Oleh kerana Amal ni suka termenung, tiba-tiba Amal terfikir, kalaulah ada Pensel Ajaib!!!! Kita boleh lukis apa saja yang kita nak, lepas siap je, PUFF!!! terus berasap-asap then muncullah benda yang betul. Wahhh! Tak payah guna duit. Hihi. Kalau macam tu, nescaya takde kemiskinan tegar kat dunia ni. Semua duk pakai kereta mewah, rumah mewah. 

Tapikan, ikut kepada kemampuan melukis mereka la. Kalau sengat lukisan, senget la kereta mereka nanti. Haha. Nanti pelukis jalanan pun dan boleh jadi arkitek. Siapa-siapa yang kurang krestif melukis tu, dorang upah lah arkitek-arkitek ni. :-)



Hehe.. best kan?? Kalaulah ada benda ni. Makcik kayo!!

Okey, tag time, dengan sukacitanya mangsa tag tanpa rela ialah : 


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 23 Mei 2011

Segmen Kereta Tempatan Pilihan Saya

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal pun tak tahu nak buat apa sekarang ni, otak dah kosong sebab terperap kat rumah. Oleh itu Amal amek peluang ni untuk join segmen FariqScorpio lepas Amal jalan-jalan ke 5-6 blog dalam bloglist Amal selama 2jam semalam. -.-" Dan hari ni online pagi-pagi untuk mengelak kesesakan line internet untuk buat entry ni dengan sukacitanya. XD
Menarik segmen ni, nak join jugak sebab segmen yang lepas dah terlepas. Gambar kereta FS ni Amal nak letak jugak sebab lawa. Ramai minat kereta ni kan? Tak dinafikan memang cantik pun reka bentuk dia.Nak bawa pun sedap. Ni feedback yang Amal dapat dari ucu Amal la. Amal tak ada lesen, macam mana nk bawa. Sesuai dengan golongan remaja. Tapi atok Amal pun ada juga satu satria. XD 


Ni link ke segmen tersebut : Segmen Kereta Tempatan Pilihan Anda
Kalau ikut tajuk, dia cakap kereta pilihan. Sebab kereta pilihan dangan kereta idaman Amal lain. Hehe. Kereta idaman mestilah yang grand punya. Tapi tetap kereta tempatan, Satria Neo R3 Lotus Racing. Ambek! Huhu. Memang banyak orang minat kan?
Dan, ini kereta pilihan Amal : Juara.
comey ^^
Jangan gelak! :-P Sebenarnya kereta ni dah lama dah keluar, tapi tak ramai yang tahu. Bila cakap pasal Proton Juara, orang akan tanya "Kereta apa tu?". Kereta jenis microvan atau mini-van ni tak mendapat sambutan pada mulanya. Sampaikan kat kampung ni orang akan kenal ayahanda dengan hanya menyebut panggilan 'Yazid Juara'. Tapi lepas kami sekeluarga pakai dengan bangganya sebab unik, ramai pulak yang pakai lepas tu. Ayahanda nak beli lagi satu, tapi harga sekarang dah makin tinggi pulak. 

Melalui reka bentuk dia, sebiji macam model kereta jepun. Kat Jepun berlambak kereta Juara. Kat Malaysia, ramai yang alergi kalau suruh naik kereta ni. Tahu kutuk je, kereta kotak mancis la, peti ais bergerak la, oven bergerak, mesin basuh, semua panggilan ada. Don't ever judge a book from its cover okey? Bila suruh rasa naik, sombong. Malu la konon. Dah naik, tak nak turun.Ehe.

Seriously, selesa naik microvan ni. Ruang pun luas. Kerusi tengah boleh lipat jadi rata. Jadi ruang belakang pun sangat luas. Nak bentang tilam tidur pun boleh. Kalau pergi berkelah tu, tak payah nak bawa tikar, lipat kerusi, buka pintu bonet, buka pintu sliding kanan-kiri, dah syok dah. Hehe. Nak parking pun senang, kereta kompak. Minyak pun jimat, lebih jimat dari wira. Yelah, 1.1cc je pun. Maintainance cost, boleh tahan. Tapi kena pandai jaga. Kalau rosak, spare part agak mahal. Nak murah jangan pergi Proton, pergi bengkel biasa je. Pandailah pomen tu buat.

Tapi, ruang belakang agak lambat sejuk, sebab tak ada blower. Tapi kereta ayahanda dah renovate aircond dia, so, tak ada masalah, sejuk je belakang. Dah macam duduk dalam 'peti ais'. Haha. Lagi satu, pakai juara ni, luas pemandangan, tingkap semua besar-besar :-P. Walaupun 1.1cc je, tapi sangat pick-up. Naik bukit selamba je, tapi nak drift, jangan mimpi la. Ini bukan kereta sport. Tak pasal-pasal melayang macam kapal terbang. Sebab kereta ni tinggi, nak sedap tukar tayar kasi lebar. Nescaya lebih smooth perjalanan.

Kalau nak cantik lagi, kenalah pandai-pandai modified. Ayahanda pun tengah modified secara perlahan-lahan. Sekarang baru tambah sport-light kat depan dan tukar tayar. Kalau dah modified, sangat cun. Macam mini alphard pun ada.



Pengguna kereta ni untuk orang yang berani menunjukkan kelainan. Macam moto kelab dia, Dare to be Different. 


p/s: dah rasa macam promote kereta.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 18 Mei 2011

Pengumuman : Update Review Contest rm50

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

*A short update :

Amal nak pendekkan masa untuk contest ni. Dalam minggu ni Amal akan tutup contest ni dan timbang-timbangkan sapa pemenangnya. Tarikh tutup akan berlaku pada bila-bila masa dalam minggu ni jugak yakni sebelum hari Jumaat. Harap maklum.

[KLIK] untuk join.

Ini pula link antara peserta-peserta a.k.a pengkritik hebat yang join :


:: Tapisan pertama, Amal yang akan pilih 6 orang terbaik. Tapisan kedua, Ada makhluk Allah yang akan tolong carikan yang terbaik. Kalau tak berjaya jugak, random.org akan digunakan. ::

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Pengumuman : Result Contest Review rm50

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Seperti yang dijanjikan, result sebelum hari jumaat. Kenapa dipercepatkan? Benda baik jangan dilambat-lambatkan. HAHA

Seriously, susahnya nak pilih.... =.=" . Semuanya membina. Sangat-sangat. Sebenarnya, semua pun menang. ^^ Tapikan, Amal tak ada budjet nak bagi hadiah kat semua. HUHU

Peserta-peserta a.k.a pengkritik hebat yang join, dan yang ber'tick' tu adalah pemenangnya :

FARIQ
HAERUDDIN
SYAF
MR.CITE JE
MISZ NADEA
ANIM
DIANA
JEJAKA TERHANGAT
FADZILLAH KAMARUDIN
MIA.LIA
DIANA II
DIEBA ZATY
KAY NISA
FIEZAH KECIK
Dalam banyak-banyak ni, Amal paling suka :

KAK.DIANA | JEJAKA TERHANGAT | FIEZAH KECIK 


Sebab:

  • Penyampaian sangat jelas.
  • Siap link ke tutorial lagi. ^^
  • Nampak betul kesungguhannya:
diletaknya simbol mengundi ni atas pop-up note Amal =.="
tolong Amal timbangkan blog ^^
Dan, pemenang utamanya, JEJAKA TERHANGAT.
Tak dapat dinafikan, memang pandai beliau buat review. Mestilah, beliau pun selalu buat segmen review blog. Kalau tak pro macam mana beliau nak jadi penganjur kan? :-P (kipas sket)



Kepada sahabat-sahabat yang menang, sila contact Amal di mesej [FB] tentang macam mana nak bagi hadiah erk. Sama ada melalui top-up, atau bank-in. [Tentang hadiah] semua dah tau kan?


p/s: Amal dah ambil point-point penting. Sekarang tengah renovate blog. Tapi semuanya serba tak kena. Hmm.. Sahabat-sahabat, perlu tak Amal tukar theme? Ada yang cakap template Amal sekarang nampak pelik,terlampau ke kanan. Nak mintak FARIQ tolong Amal boleh?... lalala~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Ahad, 15 Mei 2011

Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga. 


Amal memang sedang mencari orang nak review blog pn.. harap-harap dapat la kena review ni ^^
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 28 April 2011

dapat Rm50 bile kutuk Amal

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum~


Amal agak ter'shock' sekejap semalam... lepas bace komen kwn blogger ni...
dia ckp macam ni..
"perkemaskan blog"
2 ayat ni dah buat amal sentap .. haha XD
sebelum ni.. bila amal mintak pandangan sape2.. x pernah nak komen pun..
akhirnye ada gak org komen.. amal suka..
suka dalam ke-tekejut-an .. :P
amal memang dr dulu nak bege blog nih.. tapi x tau la nak buat ape..
so, selain nak mengeratkan lagi hubungan antara kawan2 blogger ni.. amal nak la jugak serba sedikit benda yang amal buat ni mendatangkan faedah pada amal..
amal buat ala2 contest la erk..


dan ni antara syarat2 nye.. syarat2 biase contest je.. tapi jgn risau la.. senang je.. amal pun x nak susah2kan kwn2 amal...


1) korang mestilah follower blog amal & letak amal kat bloglist korang ye... wink2*


2) x de banner utk korang tepek kat entry or sidebar.. blog pun level bwh dr picisan ni.. banner pun x pernah wujud .. amal ada header je.. :P letak kat entry sekecil2 yg boleh.. menyemak je.. huhu~ link kan header ni ke blog amal ni.
click dlu header buruk ni.. pastu baru copy
3) tag la dalam 2 org cukuplah... (sebab amal suka no 2) kalau boleh amal x nak suruh kwn2 tag.. tapi memandangkan visitor blog amal pun ciput.. x salah kot mintak sikit kan.. hehe~


4) buat entri bertajuk " NurAmal:: dapat Rm50 bile kutuk Amal." (melampau punyer tajuk) terus buat entry.. x yah terangkan pasal syarat2 sumer ni... entry tentang blog amal .. kira mcm blog review la jugak.. tapi.. amal nak lebihkan yang buruk2 je... time ni la korang nak kuarkan bakat kutuk korang habis2! TAPI... bahasa mencarut tidak dibenarkan ye...


contoh:


Kebaikan: 
- comel (perasan)
- terang


Keburukan:
-buang la rama2 besar yg bertepek kat tepi blog tu makcik!
-bencilah star2 kat belah kanan tu
-benci nuffnang! (opps..)
- ..
- ...


lepas siap entry.. letak link kat bawah entry ni... terima kasih ye!


tarikh bermula dari hari ni iaitu 28 APRIL 2011 hingga 28 MEI 2011 .. sebulan amal bagi.. lamenye... x sabar nak bege blog mana yg patut...


Hadiah x lah lumayan mana... tapi sebagai menghargai korang yang join ni.. amal akan buat 1 bloglist khas utk yang join ni... dan bagi entry yang paling amal rase dia kutuk habis blog amal disamping memberi sokongan membina ada hadiah utk dia:


Yang terbaik tu ... amal bagi RM50.00 ... ok x?
dan ada 5 hadiah saguhati RM10.00 ....


walaupun (amal mengaku) amal tgh kering gak skrg ni.. huhu XD
x pe sebulan tu lame.. lama lagi..  amal g banting tulang carik duit dulu.. haha~


tak salah kan tolong amal... hehe~
amal kat sini nak tag (amal dah amek persetujuan mereka utk di-tag ye..hehe)
MOON ,  
AUFA
BUDAK KEDAH (blog under construction lah pulak)


ok.. done~
bye...
(p/s: penilaian berdasarkan : memenuhi syarat .. keberkesanan bahasa .. kelogikan komen)
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 26 April 2011

Bloglist Sangat Setia

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalammualaikum

dekat kesempatan masa yang terluang ni, amal nak join aktiviti sket,
terima kasih kepada tuan punyer blog sebab tag amal. :)
sorry lambat sket join atas kekangan yg x dpt dielakkan.

BAGI SAPA2 YANG NAK JOIN KLIK JE BANNER KAT ATAS ATAU KLIK SINI

sebelum amal bagi apa2 komen .. amal nak tag dulu kawan2 baru amal.
hope u all will support this activity ya.. 
mangsa tag amal:


n harap sangat setia pun will visit dorang.. ^^
ni sume kwn2 baru amal.. saje tag, nak jadi lebih rapat lagi.. :)
ok.. komen time :

Sangat Setia minta komen bloglist ke.. komen blog ? huhu~
x pe.. amal komen 2-2.

BLOGLIST
is good if ada bloglist. dah tentu2 kita akan terjah tempat dorang ni. sebab kte nampak update dorang. but kalau terlalu banyak.. rasa2nya terdaya x nak terjah sumer? huhu
macam amal .. amal akan limit maybe 30 blog dlm 1-1 masa. tapi amal akan rombak setiap bulan or kalau rajin minggu.. bloglist amal cume bloglist personal yg mana amal suke terjah n blog kawan2 amal amal letak tanda nak support dorang. :)

BLOG SANGAT SETIA
hmm.. meh amal tenung 2-3 minit...
hmm. cun. x de cacat celanya~ ok je bagi amal.. :)
nama blog pun menarik. yr blog hv an identity..
x mcm blog amal yg bersepah2 identity.. mana satu erk? huhu~
amal kalau tgk blog ada tabs je.. amal akan aggap blog tu macam blog pro. haha
yela... amal nyer blog x de tabs pon.. 1 page je.. hehe
sangat berani wat aktiviti.. walaupun simple..
amal konon nak buat.. tapi x terbuat2.. x berani..
x pe.. mgkin amal akn mulakan dgn contest dulu...
nanti jgn lupe join ok?

itu saje~
Salam kenal..
bye~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...