Rabu, 23 Februari 2011

Akhirat!!

Sesungguhnya telah dijadikan oleh Allah Taala akan negeri akhirat nanti sebagai tempat untuk menyempurnakan nikmat pembalasanNya terhadap hamba-hambaNya yang mu'min kerana;
  • Dunia ini terlalu sempit dan terhad untuk disempurnakan keluasan nikmat Allah yang tiada kehinggaan;
  • Ingin membesarkan kadar nikmat dengan sesuatu yang tidak binasa dan kekal selama-lamanya

12 balasan akhirat...
"Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba':18)

BARISAN PERTAMA: orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati
jirannya
Dibangunkan dari kubur dengan tidak mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

BARISAN KEDUA: orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat
Diiring dari kubur berbentuk babi khinzir hutan. 

BARISAN KETIGA: orang yang enggan membayar zakat
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

BARISAN KEEMPAT: orang yang berdusta di dalam jual beli
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
BARISAN KELIMA: orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

BARISAN KEENAM: orang yang menjadi saksi palsu
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
BARISAN KETUJUH: orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
BARISAN KELAPAN: orang yang berbuat zina
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

BARISAN KESEMBILAN: orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

BARISAN KESEPULUH: orang yang derhaka kepada orang tuanya
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
BARISAN KESEBELAS: orang yang minum arak
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

BARISAN KEDUA BELAS: orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik.Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat eampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih...
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.:


Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung denganAllah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....

Wallahua'alam.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

0 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...