Rabu, 30 November 2011

Topik apa yang menarik ditulis?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Kehadapan para pembaca, tajuk diatas dirujuk. XP

Dah lama tak update blog ni. Sibuk memanjang. Buka blog je, naik angin. Sebab background blog tak leh tukar. Internal error.. internal error.. cepuk kang tau lah.. huhuhu.. Nak update ape pun tak tau. Tak ada topik menarik pun.

Cerita pasal topik yang menarik, kebanyakkan blogger akan tulis mengenai hal-hal semasa dan ada juga yang elaborate tentang sesuatu isu. Ayat pulak mestilah kena power, barulah entry tersemat je kat kalbu.

Selain tu, ada juga yang menarik pembaca dengan entry-entry yang berkisarkan cerita. Tak kisahlah, entry seram atau lawak jenaka. Janji jalan cerita up to date, lain dari yang lain dan opkos kenalah menarik.

Ade juga blogger yang tarik minat pembaca dengan melukis atau men-doodle. Contoh terdekat rakan blogger amal yang ini. Pendoodle berjaya nih.  Amal juga melukis. Tapi sekadar suka-suka. Antara entry doodle yang ada dalam blog ni, pembaca boleh klik dalam linkwithin. Terima kasih. Dah lama tak lukis, malas. Hahahaha

Pape pun, kalau nak jadi blogger berjaya, kenalah sentiasa update blog dengan info-info yang berfaedah kan? err....kan?? eleh..berfaedah sangatla entry ko ni kan.. Dan, kena yakin la kat entry sendiri. Sampaikan yang benar. Jangan sebarkan benda tak elok. Dosa berterusan tau tak?

Kena buat brainstorming ke semata-mata nak update blog??

WAllahualam.


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 17 November 2011

Bila hidup mula malas.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Tengok kan dinding, sticky note bersepah. Projek itu, project ini, presentation itu, presentation ini. Belum homework dan tutorial lagi. Tak termasuk test yang bakal menjelang minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Final exam pun dah nak dekat. Seriously.... TENSION.

Alhamdulillah dua hal dah settle tinggal... ermm...tinggal 10 or more to go! What???!

Bila dah tension, otak ni asyik nak termenung je. Bukan fikir nak menyetelkan semuan benda alah tu. Menghadap helaian projek, tapi tembus kertas tu ditenung. Fuh! Sejak bile ada super power ni??!

Satu lagi tabiat tension, asyik makan-tido-tengok movie.... makan-tido-tengok movie.... Internet dah jarang nak buka. Buat ape online? Kalau nak tulis blog pun tak ada selera. Buat ape online kalau facebook pun banyak group pasal projek je. Huhuhuhuhu

Meloncat dari satu blog ke blog kawan-kawan yang lain. Bace sepenuhnya, tapi tak ade mood nak komen. Hahaha.. Kejam! Jejak pun tak tinggal.. 

Melukis pun dah jarang..... Rindu. Tapi tak sampai hati nak guna masa untuk melukis. Ehem... 

Minggu ni tak balik. Ada sukan. Makin tension dibuatnye. Tak dapat jumpe ayahanda dan bonda tercinta. 

Tak lama lagi lebih banyak presentation projek nak settle. Should i practice? to talk in english? na.... tak sempat pun. Hahahaha.

Inilah.. inilah dia contoh orang yang mengalah sebelum ajal. Piirahhhh!!

Apa-apa pun semua ni kena settlekan secepat mungkin. Where is my catalyst????????? Maybe i should eat more chocolate. Hehehehe. 

Walaupun baru lepas makan spegetti tak lama hari tu, tapi masih teringin nak makan lagi. Muak dengan nasi. Nasibla kat kolej tak ada dapur. Hmmmm

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 10 November 2011

Atokku kahwin lagi. ^^

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Pernikahan sahaja, ijab-kabul sederhana, kenduri simple untuk sedara-mara.

Isteri ke4. Harap kekal hingga ke akhirnya.

Isteri Pertama- Cerai Mati
Isteri Kedua- Cerai Mati
Isteri Ketiga- Cerai hidup atas sebab yang kukuh.
Isteri Keempat- InsyAllah kekal dengan izinNYA.. Amin.

Di awal akad

Family

Si Comel Kesayangan.. :)

Suasana

Hantaran Simple

Pembatalan Air Sembahyang

Kenduri-kendara
Sekian. :)


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...