Rabu, 15 Jun 2011

Eh, eh ... Mesranya dia...

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم - 


Fuh, memang lama tak update... dah sepuluh hari bersawang blog perasan cute ni. Ambek ketuk habuk sket.. dush2~ Al-kisahnya dah lama tak update blog sebab Amal sedang bekerja part time sekarang. Pergi sepuluh balik sepuluh, kalau ada OT balik kul 11 p.m .. Kat rumah ingat tidur je la. Atau dalam bahasa jawanya turu wae. Tak penat tapi letih je. Kakiku mulai membengkak sebab 12jam duk berdiri. Bos itu pulak sangatlah pandai, dia letakkan Amal dalam situasi kontrak, ko langgar kontrak bekerja selama 3 bulan, bayar RM500. Giler. Oh, ye.. Lama sangat tak buka blog dan terjah blog orang. Sampai tak tahu nak tulis apa. Fikir-fikir, tulis je lah apa yang Amal nampak depan mata. (ehem-ehem)


Setelah dekat 2 minggu Amal kerja kat situ, macam-macam ragam manusia dah Amal nampak, macam-macam..... Tapi setakat ni ada 4 situasi yang membuatkan Amal terkesan.


1) Pasangan yang belum berkahwin. 
macam mane Amal tahu dia belum berkahwin? Sebab Amal kenal minah tu...


P : Bii... okey tak baju ni bii.. (sambil tunjuk baju yang dipilih tadi) Tapi ayang tak tahu nak pilih wane ape ni.. Merun ni lawa, biru ni pun lawa.... eh, ada pink, pink ni pun cantik.. macam mana ni bii....~
L : ayang pilih je la mana ayang suka, tapi ayang muat ke ni. (sambil baju tadi diukur-ukur ke badan si P)
Si P mula muncung..
P : Muat la ... ( ditepis tangan si L )
Si L sengih macam kerang busuk.
P bercakap ke arah aku,
P : Kak, saya nak try ... fitting room mane erk? 


'Boleh pulak kau buat suara dewasa dengan aku, ingat suara kau memang gedik macam tu tadi... eh, by the way, ko panggil aku kakak? Tak silap aku, ko senior aku kat sekolah...' 
Amal pun bawa dia masuk fitting room.. Si L tunggu kat luar sebelah Amal, entah ape dia yang dia cakap kat Amal, senyum je la. Mulut ko busuk ah weh, bau rokok.
Setelah 5 minit berlalu, si P keluar menggayakan pakaian tadi sambil mengibas-ngibas rambut ala selebriti. "Cantik tak bii..?"
Aih? tudung mana kak? Ko tayang je rambut ko yang mengurai tu kat ajnabi yang belum tentu jadi suami ko tu?
Si L bersiut bersiul, sambil sengih dan tunjuk thumb-up.


....selebihnya adalah sejarah.....


2) Pasangan yang baru berkahwin.
Masuk ke kedai berpegangan tangan, mana Amal tau mereka baru berkahwin? Inai merah lagi yang oii...
Si L nak cari seluar track-suit. Si P yang carikan, si P yang tanyakan kat Amal nak saiz sekian..sekian...
Si P yang pilihkan kain jenis apa... semuanya si P la... Si L hanya tinggal pakai-cuba dan cakap terima kasih kat si P. Kadang-kadang si L bergurau, okey, Amal rasa si L bergurau agak blue sikit, tak payah la cerita kat sini. Tapi muka si P dah naik merah dan si L dapat hadiah penampar lembut kat bahu. Tak dinafikan Amal pun naik malu nak melayan customer yang ni..
Bahasa yang digunakan? Abang-Sayang .. err, normal la kot? Tapi sweet la.. Amal doakan semoga kamu bahagia sampai akhirnya ye.. :-)


3) Bakal ibu dan bapa.


Masuk ke kedai berpelukan di pinggang. Mana Amal tahu bakal ibu dan bapa? ekleh, kalau datang kedai pun muka berseri-seri cari baju baby, perut dah besar, bakal ibu ayah la tu...
Yang ni Amal tengok dari jauh je, nampak la, dorang tersenyum-senyum sambil borak-borak pilih baju bayi tu.. angkat 2 baju, nak biru ke pink. Nampak si L mendekatkan telinga ke perut si P, tak tahulah, buat apa, tanye baby tu nak warna ape kot. Ehe~
Last-last dorang beli dua-dua..


4) Pasangan yang telah lama berkahwin.


Yang ni pulak ada 2 jenis :


1- Yang bawa haluan masing-masing. 
"Abang cari baju abang, saya cari baju saya. Abang bayar baju abang, saya bayar baju saya. Adil dan saksama. -.-" Oh ye..anak suma abang bawa ye, saya letih..." Mana sifat cinta korang? Tiba-tiba fikiran Amal melayang ke novel-novel yang pernah Amal baca. Pasal kahwin paksa, macam ni la lebih kurang. Nak kata tak sayang, anak dah 5. Gaduh ke? Opps... tolong jangan jaga tepi kain orang.


2- Yang masih sweet bak mula-mula kahwin dulu. 
Walaupun berjalan tidaklah berpelukan, berjalan tidaklah berpegangan tangan, biasalah... anak dah ramai, peluk anak dangan pegang tangan anak je la, tapi cara berkomunikasi dan bahasa badan dah boleh nampak dah kemesraan dorang. Sambil-sambil bergurau dengan anak.
Bila si ibu mencuba baju, si ayah yang memegang beg tangan si ibu bertanya ke anak, "Cantiknya ibu pakai baju ni.. kan kakak?" Anak tersengih dan mengangguk-angguk.. Si ibu dah mula malu-malu, si ayah dapat hadiah cubitan. Anak gelak-gelak. 
Bila si ayah pula mencuba baju, si ibu memuji-muji si ayah, "hensemnyee.." sambil pegang bahu si ayah. Si ayah mula buat muka macho.. Si anak cakap, "eee, perasannye ayah.." Si ayah tersengih.


Kesimpulannya, entah.. Amal pun tak tahu. Pembaca simpulkanlah sendiri ye. Amal cuma kongsikan perkara yang Amal nampak, dan korang juga pasti selalu nampak kan? So, perkara ni tak asing lagi.. Peace no war. :-)
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 6 Jun 2011

Kau perasan tak yang kau dah menyusahkan orang?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم - 

Lama tak update blog. Sebab pergi ke merata tempat. Tak puas dengan kawan, angkut family pulak. Tengah syok-syok bersantai tepi tasik dot.dot.dot  ;

04062011 3.05 p.m 

Mesej masyuk ... Mesej masyuk ...
- From Kak D (bukan nama sebenar)
"Salam Amal, budak yang kerja tu buat hal la, dia kua umah snyap2 tak nak duk cni.. baru je pg td. so, kte x ckup duit nak byr sewa sama2. blh tak akk mintak tambah rm50 lagi sorg? rm750 tu kte bhgi 6 je la.. dahlah tuan rumah nak dtg ari ni dh.."

Menyirap darah seketika, mesej dibiarkan... 

Satu persatu memori diulang tayang kat dalam kepala hotak.. Daripada kes kawan yang nak tunggu keputusan rayuan kolej so, tak dapat join duduk serumah (tak tahulah kalau rayuan dia ditolak nanti, mana dia nak duduk.) Sampailah kes paksa rela membenarkan Kak D mencari penyewa lain untuk mencukupkan kuota 7 orang serumah, dan orang itu adalah bakal roomate yang tidak dikenali langsung. Tapi, atleast, dapat meringankan beban kos sewaan. Redha je lah, doa dapat yang sekepal. Last-last engkau kelentong pulak kitaorang? SENGALeo~

2 jam kemudian baru dibalas :

"wsalam, knp leh jd cmtu kak? erm... takpe lah, nak wak wane, nanti sy bank in kan, sy tgh bercuti ni. Nak skrg ke kak? Tisha akak dh v tau?"

Laju dibalas : "maaf sgt2 dik, org tu baru je kuar pg tadi, akk x sdr pun.. sedih sgt. :'(  Tisha akak baru msj, entah ape reaksi dia.. "

Tarik nafas dalam....
Mesej masyuk... Mesej masyuk...
Aih? Laju pulak akk ni msj, aku tak balas lagi...

From Tisha : " Ape ni Amal? ko kuar senyap2?! "

Erk??? apekebenda pelik sohabat aku sorang neh...

" Weh, apesal ko? Bukan aku lah. Budak yang konon nak menyewa dgn kiter tu wat hal. "

" Fuh, ingat kau. Wat kujat aku je. "

Takdernye aku nak duduk situ, semester pun tak mula lagi. Baik berkepit bawah ketiak bonda je.. XD

Bla... bla... bla... Kata sepakat pun dicapai. Duit dibank-in petang tadi. Selesai satu bala. 

Apalah masalah minah yang wat madah berhelah nak duduk situ tu, duduk dah 2,3 hari.. sewa tak bayar , lari pulak senyap-senyap. Tak ada kesedaran sivik betullah! Syukur tak jadi roomate, kalau tidak entah masalah ape pulak yang timbul. Huh!

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 1 Jun 2011

Fya pelangi bikin kecoh !

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal nak join contest anjuran Sangat Setia. Kenapa nak join? Sebab...
  • Contest ni menarik. 
  • Contest ni Amal pernah terfikir dulu, tapi Sangat Setia dah buat dulu. HEHE. 
  • Dan, Sangat Setia sangat rajin meng-TAG Amal. ^^
  • Lagi-lagi follower dan juga bloglist diberi keutamaan, kiranya peluang lebih cerah la kan? HUHU ^^
Nak join or nak tahu lebih lanjut klik kat banner contest ini, segala-galanya termasuk syarat-syarat, cara pemilihan sume kat sini :-
Sinopsisnya, contest ni berkehendakan agar kita menceritakan apa yang kita nak sangat-sangat. Lebih kepada impian dan harapan. Tapi tak tertutup kepada yang logik je, yang diluar kotak fikiran pun lebih menarik kot. Sangat sesuailah dengan blog Amal ni, Cahaya Harapan. Dan sangat sesuai contest ni untuk orang-orang yang kuat berangan. HEHE. (terpanjang pula introduction =.=" )

Bagi Amal, impian Amal terbahagi kepada 2 :


1) Bersifat kebendaan :

Bersifat kebendaan ni, contohnya, sudah pasti semua orang nakkan 
  • Kereta besar
  • Rumah besar
  • Hp besar
  • Tv besar
  • Kamera besar
  • Segala-galanya besar.

2)Bukan bersifat kebendaan :
Bukan kebendaan ni pulak seperti :
  • Nak keluarga bahagia
  • Nak kesihatan
  • Nak jadi cantik
  • Nak jadi pandai
  • Nak teman hidup yang mithali (*blushing 10 minit)
  • Bla...bla...bla...
Dan kemudian, cara untuk merealisasikannya :

Impian bukan kebendaan tu, ada yang semua orang ada, ada yang tak. Kadang-kadang kita mampu ubah, kadang-kadang tak. Sebab, selalu impian-impian bukan kebendaan ni disebabkan takdir Allah s.w.t . Kita patut redha. Mungkin itu ujian daripadaNya.

Lama Amal duk termenung, semua impian kebendaan kat atas tu impian minoriti je tuh. Tapi, semua tu mestilah kena ada RM yang berkepuk kan? Pergh, pengsan. Mana nak dapat. Tapi takpe, benda tu tak mustahil. Cuma susah je. Nak seribu daya. Kalau mustahil sekali pun, tak mustahil boleh jadi kenyataan juga. tengok orang dulu-dulu, kata mustahil manusia boleh terbang. Bila adik beradik Wright nak cipta kapal terbang, semua orang duk kata mereka gila. Tapi, sekarang benda tu bukan lagi sesuatu yang mustahil. Betul? Hehe, (melalut lak)

Oleh kerana Amal ni suka termenung, tiba-tiba Amal terfikir, kalaulah ada Pensel Ajaib!!!! Kita boleh lukis apa saja yang kita nak, lepas siap je, PUFF!!! terus berasap-asap then muncullah benda yang betul. Wahhh! Tak payah guna duit. Hihi. Kalau macam tu, nescaya takde kemiskinan tegar kat dunia ni. Semua duk pakai kereta mewah, rumah mewah. 

Tapikan, ikut kepada kemampuan melukis mereka la. Kalau sengat lukisan, senget la kereta mereka nanti. Haha. Nanti pelukis jalanan pun dan boleh jadi arkitek. Siapa-siapa yang kurang krestif melukis tu, dorang upah lah arkitek-arkitek ni. :-)



Hehe.. best kan?? Kalaulah ada benda ni. Makcik kayo!!

Okey, tag time, dengan sukacitanya mangsa tag tanpa rela ialah : 


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...