- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -
Selalu tak dengar orang buat bunyi bersiul-siul tu? Macam mane tah, dimuncungkan bibir pastu sedut angin. Keluar bunyi shyutt..shyuttt.. (macam mane tah nak eja, bukan sedap pun.)
Ni baby, comel la. Kalau org tua buat ingat cantik sangat ke? XD |
Kalau lepak dengan family atau kawan-kawan kat kedai makan, selalu la dengar kumpulan anak-anak muda ni panggil waiter dengan bunyi yang annoying ni. Duduk menyandar, kaki silang, rokok kat tangan, buat bunyi tu. Errggghhh.. (Dush-dush-dush tumbuk muka beliau laju-laju)
Pernah bekerja, tapi bukan sebagai waiter. (sapa ikut blog Amal dia tahu la.) Pelanggan ni, lelaki dan ofkos umur dalam lingkungan 20-an, panggil guna siulan je. Rasa macam nak tapak je muka dia. Ape dia pikir ayam ke? Sila panggil dengan lebih sopan, kakak pun takpe walaupun anda lagi tua dari saya hakikatnya. Huhu. Nasib baik pelanggan, kalau tak esok hari ko makan nasi guna straw. (oh... terlebih ganas pula)
Kawan-kawan lelaki juga ada yang panggil dengan cara yang macam ni. Gerenti tak akan pandang. Nak panggil sila sebut nama, secara pantas dan laju serta efisyennya dengan senyuman saya akan menoleh dan bertanya "Ye, ada ape?". Saya punya nama tau. Sila eja... A.M.A.L .. Amal. 2 suku kata je pun. Tak luak air liur daripada duk bersiul-siut tu tersembur-sembur. Eeewww...
Semoga bermanfaat. Sekian.
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
6 Cahaya menghiasi ruang komen.:
sy pn xsuka org siul2 ni.. mcm xde adab je..
betol3
itulah tabiat orang kita...kadang2 susah nak ubah...
ganas sungguh nak kerjakan orang sampai makan nasi guna straw... :D
hehehe... hyperbola je tuh.. nak buat x berani pun.. kot amal yg makan nasi kena blender dulu nti. XD
Assalamualaikum...
ct pun kurang senang dgn mereka yang bersiul ini..
mohon waiter pakai name tag..hehe..betol tak?
Catat Ulasan