- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -
Wahh... Berita baik ni... Kerajaan nak bagi bantuan ni pada golongan kurang berada. Orang dah nak bagi kan, amek je la. Rezeki jangan ditolak. Hehehehe. Kena bagi tau ibu cepat-cepat. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban walaupun tak banyak.
KUALA LUMPUR - Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.
Menurut Ahmad Husni, bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.
"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tarikh mulanya bantuan tunai ni daripada 10 Disember ni sampai 10 Januari yakni selama sebulan.
Borang pulak boleh didapati secara online di www.hasil.gov.my atau terus dari pejabat-pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan, Lembaga Hasil dan mana-mana agensi kerajaan. Jangan lupa sertakan kad pengenalan. Bukti tu! Warganegara.
Ada syarat la, dah kata untuk keluarga yang kurang berada. Pendapatan isi rumah mestilah kurang dari RM3000 sebulan.
WAllahualam.
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
2 Cahaya menghiasi ruang komen.:
nak apply ! confirm dapat !! wachaa :P
10 dec je jom pakat ramai2 amek borang.. XD
Catat Ulasan