Rabu, 16 Mac 2011

Ada apa dgn hati?

BISMILLAH..
"Melalui HATI inilah manusia menemui kesedaran akan Tuhannya, Ketakwaan tumbuh di dalam HATI juga. Dosa dan kekufuran turut berkembang ditempat yang sama"

ketahuilah dalam setiap jasad seseorang hamba itu ada seketul daging , dn apabila baik,bersih daging tersebut, mka baik dan bersihlah akhlak seseorang hamba itu .. apabila buruk,busuk daging tersebut maka rosaklah akhlak seseorang hamba tersebut.. dan daging itu adalah HATI..

Sesungguhnya syaitan-yg-direjam itu meletakkan belalainya di atas HATI anak adam, apabila anak adam tersebut berzikir..syaitan secara automatik mula berundur,, dan apabila sedetik anak adam itu mula lupa kepada Allah S.W.T syaitan akan menggoyah HATInya.. nauzubillah.

dan HATI itu boleh mati dan tidak berfungsi.. matinya HATI kerana..tidak berfungsi mengikut jalan yg telah Allah tetapkan.. HATI mati kerana dahagakan santapan rohani...
::Tanda matinya HATI:: 
  1. kenal Allah, tapi meninggalkan hakNYA.
  2. cinta Rasulullah, tapi abaikan sunnahnya.
  3. baca al-Quran, tapi tidak beramal dgn nya
  4. menerima nikmatNya, tapi x mensyukurinya
  5. musuh syaitan-yg-direjam, tapi menurutinya
  6. mahukan syurga tapi tidak beramal utk mendapatkannya
  7. mahu menjauhi neraka, tapi mendekati perkara2 yg membawa kepadanya
  8. mengetahui kematian itu pasti, tapi tidak pernah mempersiapkan diri utknya
  9. sibuk membuka aib org lain, tapi aib sendiri lihat pun x.
  10. melihat kematian depan mata, tapi tidak mgambil ikhtibar drnya

..UbaT uTk HATI..
  • baca al-Quran dn fahaminya
  • bersolat malam 
  • berkumpul dgn para solihin
  • merajinkan puasa
  • memperbanyakkan zikir

maka, jagalah HATI dgn sentiasa mengingati Yang Esa.. waAllahualam~





TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

0 Cahaya menghiasi ruang komen.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...