Selasa, 31 Mei 2011

Baby Hijau Kuat Mencuri.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم - 


Tau tak apa baby hijau yang Amal maksudkan? Yang Amal maksudkan ialah تويول.
Mesti kamu-kamu semua dah biasa dah dengan cerita-cerita berkaitan تويول ni kan? Ya, kat tempat Amal pun benda ni dah jadi benda yang biasa berlaku. Bukan menuduh tapi orang-orang tua banyak juga yang bercakap, Si Polan bin Si Polan membela تويول. Jadi apa-apa duit yang datang dari tangan Si Polan biasanya orang tak akan ambil orang sebab takut bercampur dengan duit yang lain lalu lesap.  Bukan Si Polan saja, tapi ramai lagi. Bukan تويول  saja, yang lain pun ada.


Benda ni adalah salah satu yang orang takutkan. Banyak dah peristiwa-peristiwa kat kampung ni terjadi. Kaum kerabat sendiri pun pernah melaluinya. Ada rakan yang buat kenduri kahwin, duit-duit yang orang beri diletakkan di satu tempat, keesokan harinya duit-duit tersebut telah lesap. Mana perginya? Mungkin kerja تويول , atau mungkin kerja orang dalam sendiri. Tapi, nak elak curiga pun memang susah, sebab ramai orang yang dah melaluinya. Peristiwa lain, duit kertas RM 50 ringgit yang disimpan didalam poket lesap tapi digantikan dengan duit kertas RM1 . Pandai pulak dia tukar-tukar ye. -.-"


Amal perasan bonda dan kawan-kawan selalunya akan mengetip (menstaple) duit setiap kali hendak keluar. 
"kenapa kena ketip bonda? nanti kan nak guna, menyusahkan je nak buka-buka balik"
"mengelak dari dikebas تويول"
"aik? macam mana dgn mengetip boleh mengelak dari dikebas تويول? "
"dah ketip tak boleh la تويول tu tarik. "
"oh..macam tu pulak"


Kalau kamu-kamu semua tahu, si تويول ni akan mengambil duit sama seperti harga tuan dia beli dia. Kalau tuan dia beli dia RM50, maka RM50 lah dia akan ambil pada satu-satu masa. Dan selalunya orang tua-tua akan mengelak dia dari mengambil duit mereka, duit mereka akan diketip bersama. Ataupun, dia amat suka dengan kacang hijau. Orang tua-tua akan letakkan kacang hijau dekat tempat tempat duit tersebut, nanti dia akan lupa pasal duit dan sibuk main dengan kacang hijau dia tu. Lagi satu, cermin. Tak tahu lah, takut dengan muka sendiri kot. Ni cakap orang dulu-dulu la. Tak tahu lah betul ke tak. By the way, تويول bukanlah seperti dalam lagu Sudirman yang boleh diajar menari. No, no.


Apa-apa pun, benda-benda sebegini sebenarnya lari dari akidah kita sebagai Islam. Perbuatan membela تويول , mahupun jin, syaitan dan sewaktu dengannya termasuk dalam salah satu perkara khurafat dan boleh jatuh kufur seseorang umat Islam tu. Kalau orang cakap "Allah menyuruh kita berikhtiar, ini salah satu ikhtiar untuk mencari duit" Tidak, ikhtiar yang dimaksudkan itu, ikhtiar yang tidak bercanggah dengan syariah Islam. Rezeki biarlah yang halal dan berkat , tidak kisahlah sedikit mana pun yang kita dapat. Sama juga seperti judi, perniagaan jenis MLM dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Allah juga yang  Maha Mengetahui. WaAllahualam.


*dia = تويول = toyol
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Ahad, 29 Mei 2011

Perjalanan kepala blog.

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Tatapilah kepala-kepala blog yang pernah bertenggek kat blog Amal. Siapa tak tahan tengok design header yang buruk, anda tidak digalakkan mengambil langkah ekstrem untuk mencuba-cuba teruskan bacaan. Post ini untuk yang berjiwa kental saja. XD


Masa mula-mula Amal join blog, bukan dengan sukarela, tapi kerana desakan guru ICT yakni pada tahun 2008, Amal tak pakai header pun. Pada masa tu pengetahuan mengenai blog adalah zero. So, Amal cuma gune tulisan biasa untuk blog :
.:: AmaL_LeeNa::.

Pada masa tu blogger ni tak popular pun. Orang tak sibuk-sibuk pun pasal blogger. Kalau Amal blogwalking pun Amal banyak jumpe blogger dari Indonesia je. Tak caya, kalau korang bace beberapa entry Amal yang lama-lama, blogger indonesia lah yang komen entry Amal tu. Hehe.

Kemudian, Amal tengok laman web lain ada gambar-gambar untuk atas kepala blog dia. Pada masa tu Amal tak tahu pun benda ni dorang panggil header. Amal just pandai-pandai buat, dan gambar ni yang Amal pinjam dari pyzam.com untuk diletakkan jadi header :

Then, masa last-last form 5 tu, Amal mula bosan sebab semua orang duk letak gambar sendiri dan ada kata-kata yang panjang berjela. Masa ni, blog yang menjadi mangsa tiru Amal adalah blog cikgu-cikgu dan blog tak rasmi sekolah. Haha :

Bila masuk Matrik, Amal dah boring dengan ini. Dan Amal tunjuk pandai design header lain sendiri guna gimp (sebab baru belajar gimp masa tu). Buruk! seriously! Tapi bagi menghargai diri sendiri Amal letk jugak.. Haha 


Rasanya tak sampai 2 minggu pakai ni, Amal tak puas hati dengan design dia, so, Amal tukar, header ni lah yang paling lama Amal guna . Still huduh :

 Dah boring dengan muka sendiri, Amal try wat header baru tanpa letak muka yang mengada tuh, simple dgn latar belakang ari pakcik google :

 Tak sampai 3 hari guna ni dah boring sebab tak cantik, Amal tukar yang lain. Kali ni lebih berwarna-warni sampai Amal sakit mata masa buat. Tapi, sebab tak nak diri sendiri kecewa. Amal letak jugak..dan header ni lah yang ke-2 paling lama Amal guna :-P :

Masa buat blog review, ramai jugak yang komen pasal header tu. So, masa renovate, Amal tukar gak header. Tapi header yang baru ni pun macam hampeh. Amal tak kisah pun. Janji ada header hasil usaha sendiri.. Oleh kerana Amal ni org yang cepat bosan dengan sesuatu benda..(benda erk, bukan orang XD), mungkinkah header ini akan bertahan lama? Hehe :


Yang 2 kat bawah ni pulak, orang suruh buatkan. Tak tahulah, macam mana dorang boleh terfikir untuk suruh Amal buatkan. Eh, Amal tak mintak bayaran ok. Amal buat suka-suka je. Amal sedar header air tangan Amal tak cantik.. hehe. By the way, dua-dua ni blog penulis. Cerita dorang best-best. Header yang kedua tu, actually tak kenal pun siapa yang buatkan header simple dia tu. Haha. Bincang belakang tabir je. Jom la tengok blog dorang? Klik je header bawah ni :
Welcome to JF Studio : Lakaran Dinding


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Sabtu, 28 Mei 2011

CC dan judi.


-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -



Wahaha... Baru je semalam buat entry pasal CC dan pelajar sekolah. Hari ni dah keluar paper pasal budak sekolah kena tahan masa tengah khusyuk main game siap denagn uniform dekat Sandakan. Sumber dari Metro Ahad 29 Mei 2011. Rupa-rupanya CC tu bukan sekadar pusat siber tapi ada buat pusat judi haram jugak. Tak pasal-pasal masih sekolah dah ada pengalaman kena tahan. Itulah kadang-kadang, kita bukan tahu kalau-kalau sesebuah kedai tu ada buat kerja haram disebalik kerja halal dia. Kena pandai selidik la kan.
ASYIK... pelajar leka bermain permainan dalam talian tanpa menyedari pusat Internet berkenaan diserbu.
[SUMBER]
Cerita pasal judi, semalam Amal pergi satu cyber cafe ni. Nak print kerja sikit, sebelah cc tu ada kedai nombor ekor.. erm, 4D. Amal perhatikan ramai ada juga lebih 5-6 orang MElayu keluar dari kedai tu. Aik? Ni kes nak cepat kaya punya pasal. Tak ke dorang terfikir, rasanya makin kopak adalah dorang duk beli nombor tu hari-hari. Menangnye tak jugak. Kalau menang pun, halal ke? Tak risau ke kalau duit haram tu jadi darah daging nanti. Duit haram jadi darah daging anak bini. Tak berkat la hidup. 


Beli-beli, tapi pakai topi keledar gelap. Malu le tu. Tau pun malu, tapi masih nak beli. Hmm, itu yang kedai berlesen. Terang-terang nampak. Ada kedai tak berlesen, contoh macam diatas tadi. Depan-depan cyber cafe, belakang premis judi haram. Dekat sini pun ada jugak, depan-depan kedai alat tulis, belakang, setiap hari ada je orang berkumpul keluar masuk. Terutama melayu la berlambak. Sebab orang tak berapa nampak kat situ kan. Ambil peluang lah tu. Yang peliknya, kedai tu selalu je polis keluar masuk beli barang. Kedai tu agak popular juga. Tapi kenapa tak pernah kena serbu? Ada bayar-bayar ke? ... Hmmm..
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...