Isnin, 12 Disember 2011

Orang mati hidup semula.


kuasa Tuhan. Dah ditanam hidup-hidup. Pengalaman yang tak dapat dilupakan bagi si'mayat'.


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Download borang intensif bantuan tunai RM500

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Masih tercari-cari lagi nak dapat borang kat mana? Malas nak pergi pejabat-pejabat wakil kerajaan? Amik kat sini je lah..

Terima kasih kat ibu yang bersusah payah amik kat wakil kampung semalam.. XD

BORANG INTENSIF BANTUAN TUNAI RM500 m/s1
BORANG INTENSIF BANTUAN TUNAI RM500 m/s2

atau untuk borang yang lebih semenggah.. download di www.treasury.gov.my dan klik ke Bantuan Rakyat 1Malaysia .
untuk terus ke format pdf borang klik : http://www.treasury.gov.my/index_files/br1m/Borang_BR1M.pdf

agak pening sebenarnya cara nak asingkan isi rumah ni... dah bace ni hilang sikit pening.
ILLUSTRASI ISI RUMAH YANG LAYAK

semoga bermanfaat. Sekian. :)
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 1 Disember 2011

INSENTIF BANTUAN TUNAI RM500

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Wahh... Berita baik ni... Kerajaan nak bagi bantuan ni pada golongan kurang berada. Orang dah nak bagi kan, amek je la. Rezeki jangan ditolak. Hehehehe. Kena bagi tau ibu cepat-cepat. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban walaupun tak banyak.

KUALA LUMPUR - Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.
Menurut Ahmad Husni, bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.
"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

 Tarikh mulanya bantuan tunai ni daripada 10 Disember ni sampai 10 Januari yakni selama sebulan.
Borang pulak boleh didapati secara online di www.hasil.gov.my atau terus dari pejabat-pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan, Lembaga Hasil dan mana-mana agensi kerajaan. Jangan lupa sertakan kad pengenalan. Bukti tu! Warganegara.

Ada syarat la, dah kata untuk keluarga yang kurang berada. Pendapatan isi rumah mestilah kurang dari RM3000 sebulan.

Dah sah-sah layak kot. Huhuhu.. :D


WAllahualam.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...