Rabu, 30 November 2011

Topik apa yang menarik ditulis?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Kehadapan para pembaca, tajuk diatas dirujuk. XP

Dah lama tak update blog ni. Sibuk memanjang. Buka blog je, naik angin. Sebab background blog tak leh tukar. Internal error.. internal error.. cepuk kang tau lah.. huhuhu.. Nak update ape pun tak tau. Tak ada topik menarik pun.

Cerita pasal topik yang menarik, kebanyakkan blogger akan tulis mengenai hal-hal semasa dan ada juga yang elaborate tentang sesuatu isu. Ayat pulak mestilah kena power, barulah entry tersemat je kat kalbu.

Selain tu, ada juga yang menarik pembaca dengan entry-entry yang berkisarkan cerita. Tak kisahlah, entry seram atau lawak jenaka. Janji jalan cerita up to date, lain dari yang lain dan opkos kenalah menarik.

Ade juga blogger yang tarik minat pembaca dengan melukis atau men-doodle. Contoh terdekat rakan blogger amal yang ini. Pendoodle berjaya nih.  Amal juga melukis. Tapi sekadar suka-suka. Antara entry doodle yang ada dalam blog ni, pembaca boleh klik dalam linkwithin. Terima kasih. Dah lama tak lukis, malas. Hahahaha

Pape pun, kalau nak jadi blogger berjaya, kenalah sentiasa update blog dengan info-info yang berfaedah kan? err....kan?? eleh..berfaedah sangatla entry ko ni kan.. Dan, kena yakin la kat entry sendiri. Sampaikan yang benar. Jangan sebarkan benda tak elok. Dosa berterusan tau tak?

Kena buat brainstorming ke semata-mata nak update blog??

WAllahualam.


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 17 November 2011

Bila hidup mula malas.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Tengok kan dinding, sticky note bersepah. Projek itu, project ini, presentation itu, presentation ini. Belum homework dan tutorial lagi. Tak termasuk test yang bakal menjelang minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Final exam pun dah nak dekat. Seriously.... TENSION.

Alhamdulillah dua hal dah settle tinggal... ermm...tinggal 10 or more to go! What???!

Bila dah tension, otak ni asyik nak termenung je. Bukan fikir nak menyetelkan semuan benda alah tu. Menghadap helaian projek, tapi tembus kertas tu ditenung. Fuh! Sejak bile ada super power ni??!

Satu lagi tabiat tension, asyik makan-tido-tengok movie.... makan-tido-tengok movie.... Internet dah jarang nak buka. Buat ape online? Kalau nak tulis blog pun tak ada selera. Buat ape online kalau facebook pun banyak group pasal projek je. Huhuhuhuhu

Meloncat dari satu blog ke blog kawan-kawan yang lain. Bace sepenuhnya, tapi tak ade mood nak komen. Hahaha.. Kejam! Jejak pun tak tinggal.. 

Melukis pun dah jarang..... Rindu. Tapi tak sampai hati nak guna masa untuk melukis. Ehem... 

Minggu ni tak balik. Ada sukan. Makin tension dibuatnye. Tak dapat jumpe ayahanda dan bonda tercinta. 

Tak lama lagi lebih banyak presentation projek nak settle. Should i practice? to talk in english? na.... tak sempat pun. Hahahaha.

Inilah.. inilah dia contoh orang yang mengalah sebelum ajal. Piirahhhh!!

Apa-apa pun semua ni kena settlekan secepat mungkin. Where is my catalyst????????? Maybe i should eat more chocolate. Hehehehe. 

Walaupun baru lepas makan spegetti tak lama hari tu, tapi masih teringin nak makan lagi. Muak dengan nasi. Nasibla kat kolej tak ada dapur. Hmmmm

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 10 November 2011

Atokku kahwin lagi. ^^

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Pernikahan sahaja, ijab-kabul sederhana, kenduri simple untuk sedara-mara.

Isteri ke4. Harap kekal hingga ke akhirnya.

Isteri Pertama- Cerai Mati
Isteri Kedua- Cerai Mati
Isteri Ketiga- Cerai hidup atas sebab yang kukuh.
Isteri Keempat- InsyAllah kekal dengan izinNYA.. Amin.

Di awal akad

Family

Si Comel Kesayangan.. :)

Suasana

Hantaran Simple

Pembatalan Air Sembahyang

Kenduri-kendara
Sekian. :)


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Selasa, 8 November 2011

Ni kesan musim hujan ke??

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Nah, kali ni sumbat entry dengan gambar pulak.

Lokasi : Kolej kediaman .... , Universiti ............ .
Waktu kejadian: Tidak dikenal pasti.
Punca kejadian: WAllahualam.. Sama ada kesan cuaca atau memang buatan manusia.. Sebab Amal tak nampak, tengok-tengok pagi tu dah macam ni.




TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Sabtu, 5 November 2011

Berkesan ke Auto-publish post?

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Otai-otai cakap, kalau kita nak tinggalkan blog buat sementara waktu, buat post auto-publish. Kirenya blog akan sentiasa update walaupun kita tak online.

Bukannya tak reti, reti.. Kalau nak buat tutorial pun boleh.(bajet). Lupekan je lah, nak buat tutorial konon. Tak layak kot. Malas tu satu hal. Dah ramai dah yang buat. Google je, beratus-ratus page jumpa. Hehehe


Tapi, fikir-fikir balik.. risau pulak Amal. Huhu
Yela, blog ni bukannye comel macam blog gadis tomato, bukannya hebat mcm blog kak diana, tak lah hot macam blog Jejaka Terhangat.

Blog orang-orang ni, dah femes. Ade pengikut tetap sendiri. Amal? Harammm... Ade ke? Kalau ade sila angkat jari kelingking kaki anda. XD

Kalau Amal buat auto-publish, boleh jalan ke? Hahaha...
Kalau tak online dah sah-sah tak blogwalking kan? Mana Amal nak ketagih komen??? padahal blogwalking pun susah nak dpt komen.. Hahahaha 

Fikir-fikir, lantak ekau lah.. janji tak la bersarang blog ni. Amal sendiri yang bace pun tada hal punyer.. ^^

Almaklumlah, entry tak bermutu. :))

-first auto-publish entry-

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Jumaat, 4 November 2011

Wanita Ciptaan Tuhan

WANITA CIPTAAN TUHAN

→ SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk..tapi cuma nak bermanja dan mendapatkan perhatian.

→ CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala..cuma wanita ni sukakan ketelitian..cermat..dan kadang2 teringin jgk LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala. 

→ HALUS : bak sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak..walaupun sorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran..Bukan sebagai DENDAM..paham??

→ IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui..yes!

→ KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, ibu bapa, anak-anak , dan suami. WANITA amat tabah..

→ PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. 

→ MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri sorang WANITA masih lagi tetap sorang WANITA. Suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum..

→ EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai..

→ CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.. 

→ SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA sebab WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak x tertumpu kepada 1 ja. LELAKI plk dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan..

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung 
dan bukan sebagai pemusnah.

WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk 
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

p/s: just sharing.. Another copy paste post (from my friend status @fb)

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Perempuan Murahan??? Ouch!

22 CIRI PEREMPUAN MURAHAN ( boley tima ke?? ) 

huhu.. pk2 kan brsme...~~

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril 
2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' 
3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame.. 
4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak??
5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying! 
6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa. 
7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett 
8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu.. 
9. Macam bodo bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^' 
10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian' 

11. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib.. 
12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape.. 
13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang 
15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah' 
16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka bodo 
17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak.. 
18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?  ..........                 


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 3 November 2011

Wahahaha.. Padan muke.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Perasaan ketika ni?? Rasa macam nak pakai bendalah ni....


Kenapa?
Bermulalah ceritera dimana Si Aku masuk beradu awal pada malam semalam.
Maka arakian, ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ terjadi dengan jayanya selama beberapa jam.
Setelah itu Si Aku pun terjaga.
Bercekang mata mengabdikan diri dihadapan Tuanku Laptop.
Maka memendekkan cerita,
Si Aku pun mula kembali beradu setelah selesainya solat fardhu subuh.
Sekali lagi, ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ berlaku dengan jayanya.
Secara tiba-tiba, sebuah makhluk alam yang tidak bernyawa, berbentuk segi empat, berwarna gelap mengeluarkan bunyi-bunyian yang tidak menyenang jiwa dan raga ketika itu.

Lagu Jepun kedengaran dari henfon canggih BB (bukan blackberry) itu ..

Tengok mesej...
Tengok jam...

Huh!!?? Kul 9? OMK.. OMK!!! 

Terloncaat Si Aku dari tempat beradu. Siap yang bukannya ala kadar. Masih sempat membelit shawl. Mengenakan sedikit bedak tepung Johnson Baby warna pink (jela pun).

Tengok jam...

Mantap! 10 minit je?? Lagi better dari 30 minit yang selalu. Hahaha (kembang-kempis jap, bangga sorang-sorang)

Berlari Si Aku menuruni bukit-bukau dan anak-anak tangga yang tidak pernah pula Si Aku kira. Nasib baik, hampir-hampir tergelincir.

Siap buat stunt melangkah pagar yang dah sedia jatuh sebagai jalan pintas untuk ke fakulti.

Mengeluarkan hp, menaip mesej kepada para sahabat.

Ko dah ade kat kelas ke? Lecturer dah datang???

Kelas bukan kul sepuluh ke???

(terberhenti melangkah... lutut terasa berketar-ketar... lemah longlai, bagaikan ingin terduduk ke tanah)

Ya, terasa diri ini amat tutttttt.....

Moral : Pastikan jadual anda betul. Jangan biarkan sifat gelabah menguasai diri.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Biasalah tu.....

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Hmmm... sedar tak sedar nak setengah semester dah... Ape yang Amal dapat dalam semester ni? Dah padat sangat ke ilmu ni? Tak pun, tapi otak dah mengah sangat dah.. Biasalah tu....

Esok dah hari Jumaat, tak tahulah nak balik rumah naik ape. Tumpang kawan ke, nak ayahanda jemput? Kawan ajak tumpang. Pergh.. baguskan, orang ada kereta ni.. Senang-senang je ke hulur-ke hilir .(Allah! BM akuh.)
Balik dgn kawan bertolak awal sikit. Ada advantagenye tuh. Tapi hati ni membuak-buak nak suruh ayah jemput.. Senang. Sampai pun betul-betul kat depan rumah. Haish, anak dara pemalas. Biasalah tu....

Esok hari last sebelum cuti Raya Haji, kepada yang buat korban tu..Alhamdulillah. Ada rezeki korang, dapat buat korban tahun ni. Amal bilalah pulak. Harap panjang la umur nak buat korban akan datang, insyAllah. Amin!
Cuti Raya Korban sekali dengan cuti semester, seminggu je pon. Bukannya lama sangat. Tak puas pun.. Biasalah tu..

Konon-konon, cuti ni boleh la berehat. Alik-alik, assigment berlambak, projek bertimbun, ada mid sem exam pulak lepas cuti tu. Ditambah pulak segala jenis presentation. Masa untuk jadi badut kat depan budak-budak kelas. Orang lain boleh bertutur dihadapan orang lain dengan jayanya, Amal? Bukannye tak practice, bukannya time SPM dulu English gagal pun, bukannye tak ada point, cume gugup, hilang sume benda yang rancang nak cakap tadi. Point-point pun tah kemana padahal, notes ada je kat tangan belah kanan yang sedang menggigil ni. Huh! Bila budak melayu pedalaman macam ni suruh bertutur English.. Masa sekolah, waktu kelas English pun cikgu cakap jawa... Biasalah tu...

Yeah, kembalilah masa untuk mengabdikan diri dihadapan laptop lembap ni.. Ni pun Alhamdulillah ada, bayangkan kawan-kawan yang tak ada kemudahan macam ni. Hmmm, zaman sekarang.. Tak ada teknologi, susah hidup. Biasalah tu....

Entry kali ni duk mengeluh jah.. Biasalah tu... Hahaha

Papepun, keluhan ni bukan tanda mengalah, just nak lepaskan tension di hati je. Lalalalala~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 2 November 2011

Hal yang seronok semua orang suka.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Biasalah kalau dah namanya manusiakan....

Ade ke orang yang tak sukakan keseronokan? 

Mungkin bagi korang, rasa ade. Yela, bila anda tengok orang yang suka bersendiri, or something that u feels weird.. Mungkin bagi anda benda yang dia  minati tu membosankan. Tapi bagi dia , itulah yang seronok.

Dalam diri kita ada juga yang kita suka tapi orang lain tak suka.

Yang penting! jangan lembik lidah sangat, ringan je mulut nak kutuk hobi orang lain yang dia rasa tu keseronokan bagi dia. 

Peduli la, dia suke kumpul pembaris patah ke.... kumpul tisu free ke.... tiup semut ke.... main lampu meja ke.... Mungkin anda boleh support mereka dengan bagi pembaris patah anda padanya. Pasti dia sangat teruja!! "ohhh.. tengkiu my dear friend." 

Cubalah fikir dari sudut dia, jangan nak blame seseorang tu berdasarkan apa yang dia suka. Tu hak dia kan. Hormat sikit.

Ade ke antara korang ada hobi yang pelik-pelik?

Psstt... Amal ade, ala.. mesti setiap orang ade.. hehehe penyedap hati ..( i guess )... :)

What so ever lah... enjoy je ape yang korang rase enjoy, tapi berpada-padalah... ^^

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...