Selasa, 31 Mei 2011

Baby Hijau Kuat Mencuri.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم - 


Tau tak apa baby hijau yang Amal maksudkan? Yang Amal maksudkan ialah تويول.
Mesti kamu-kamu semua dah biasa dah dengan cerita-cerita berkaitan تويول ni kan? Ya, kat tempat Amal pun benda ni dah jadi benda yang biasa berlaku. Bukan menuduh tapi orang-orang tua banyak juga yang bercakap, Si Polan bin Si Polan membela تويول. Jadi apa-apa duit yang datang dari tangan Si Polan biasanya orang tak akan ambil orang sebab takut bercampur dengan duit yang lain lalu lesap.  Bukan Si Polan saja, tapi ramai lagi. Bukan تويول  saja, yang lain pun ada.


Benda ni adalah salah satu yang orang takutkan. Banyak dah peristiwa-peristiwa kat kampung ni terjadi. Kaum kerabat sendiri pun pernah melaluinya. Ada rakan yang buat kenduri kahwin, duit-duit yang orang beri diletakkan di satu tempat, keesokan harinya duit-duit tersebut telah lesap. Mana perginya? Mungkin kerja تويول , atau mungkin kerja orang dalam sendiri. Tapi, nak elak curiga pun memang susah, sebab ramai orang yang dah melaluinya. Peristiwa lain, duit kertas RM 50 ringgit yang disimpan didalam poket lesap tapi digantikan dengan duit kertas RM1 . Pandai pulak dia tukar-tukar ye. -.-"


Amal perasan bonda dan kawan-kawan selalunya akan mengetip (menstaple) duit setiap kali hendak keluar. 
"kenapa kena ketip bonda? nanti kan nak guna, menyusahkan je nak buka-buka balik"
"mengelak dari dikebas تويول"
"aik? macam mana dgn mengetip boleh mengelak dari dikebas تويول? "
"dah ketip tak boleh la تويول tu tarik. "
"oh..macam tu pulak"


Kalau kamu-kamu semua tahu, si تويول ni akan mengambil duit sama seperti harga tuan dia beli dia. Kalau tuan dia beli dia RM50, maka RM50 lah dia akan ambil pada satu-satu masa. Dan selalunya orang tua-tua akan mengelak dia dari mengambil duit mereka, duit mereka akan diketip bersama. Ataupun, dia amat suka dengan kacang hijau. Orang tua-tua akan letakkan kacang hijau dekat tempat tempat duit tersebut, nanti dia akan lupa pasal duit dan sibuk main dengan kacang hijau dia tu. Lagi satu, cermin. Tak tahu lah, takut dengan muka sendiri kot. Ni cakap orang dulu-dulu la. Tak tahu lah betul ke tak. By the way, تويول bukanlah seperti dalam lagu Sudirman yang boleh diajar menari. No, no.


Apa-apa pun, benda-benda sebegini sebenarnya lari dari akidah kita sebagai Islam. Perbuatan membela تويول , mahupun jin, syaitan dan sewaktu dengannya termasuk dalam salah satu perkara khurafat dan boleh jatuh kufur seseorang umat Islam tu. Kalau orang cakap "Allah menyuruh kita berikhtiar, ini salah satu ikhtiar untuk mencari duit" Tidak, ikhtiar yang dimaksudkan itu, ikhtiar yang tidak bercanggah dengan syariah Islam. Rezeki biarlah yang halal dan berkat , tidak kisahlah sedikit mana pun yang kita dapat. Sama juga seperti judi, perniagaan jenis MLM dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Allah juga yang  Maha Mengetahui. WaAllahualam.


*dia = تويول = toyol
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Ahad, 29 Mei 2011

Perjalanan kepala blog.

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Tatapilah kepala-kepala blog yang pernah bertenggek kat blog Amal. Siapa tak tahan tengok design header yang buruk, anda tidak digalakkan mengambil langkah ekstrem untuk mencuba-cuba teruskan bacaan. Post ini untuk yang berjiwa kental saja. XD


Masa mula-mula Amal join blog, bukan dengan sukarela, tapi kerana desakan guru ICT yakni pada tahun 2008, Amal tak pakai header pun. Pada masa tu pengetahuan mengenai blog adalah zero. So, Amal cuma gune tulisan biasa untuk blog :
.:: AmaL_LeeNa::.

Pada masa tu blogger ni tak popular pun. Orang tak sibuk-sibuk pun pasal blogger. Kalau Amal blogwalking pun Amal banyak jumpe blogger dari Indonesia je. Tak caya, kalau korang bace beberapa entry Amal yang lama-lama, blogger indonesia lah yang komen entry Amal tu. Hehe.

Kemudian, Amal tengok laman web lain ada gambar-gambar untuk atas kepala blog dia. Pada masa tu Amal tak tahu pun benda ni dorang panggil header. Amal just pandai-pandai buat, dan gambar ni yang Amal pinjam dari pyzam.com untuk diletakkan jadi header :

Then, masa last-last form 5 tu, Amal mula bosan sebab semua orang duk letak gambar sendiri dan ada kata-kata yang panjang berjela. Masa ni, blog yang menjadi mangsa tiru Amal adalah blog cikgu-cikgu dan blog tak rasmi sekolah. Haha :

Bila masuk Matrik, Amal dah boring dengan ini. Dan Amal tunjuk pandai design header lain sendiri guna gimp (sebab baru belajar gimp masa tu). Buruk! seriously! Tapi bagi menghargai diri sendiri Amal letk jugak.. Haha 


Rasanya tak sampai 2 minggu pakai ni, Amal tak puas hati dengan design dia, so, Amal tukar, header ni lah yang paling lama Amal guna . Still huduh :

 Dah boring dengan muka sendiri, Amal try wat header baru tanpa letak muka yang mengada tuh, simple dgn latar belakang ari pakcik google :

 Tak sampai 3 hari guna ni dah boring sebab tak cantik, Amal tukar yang lain. Kali ni lebih berwarna-warni sampai Amal sakit mata masa buat. Tapi, sebab tak nak diri sendiri kecewa. Amal letak jugak..dan header ni lah yang ke-2 paling lama Amal guna :-P :

Masa buat blog review, ramai jugak yang komen pasal header tu. So, masa renovate, Amal tukar gak header. Tapi header yang baru ni pun macam hampeh. Amal tak kisah pun. Janji ada header hasil usaha sendiri.. Oleh kerana Amal ni org yang cepat bosan dengan sesuatu benda..(benda erk, bukan orang XD), mungkinkah header ini akan bertahan lama? Hehe :


Yang 2 kat bawah ni pulak, orang suruh buatkan. Tak tahulah, macam mana dorang boleh terfikir untuk suruh Amal buatkan. Eh, Amal tak mintak bayaran ok. Amal buat suka-suka je. Amal sedar header air tangan Amal tak cantik.. hehe. By the way, dua-dua ni blog penulis. Cerita dorang best-best. Header yang kedua tu, actually tak kenal pun siapa yang buatkan header simple dia tu. Haha. Bincang belakang tabir je. Jom la tengok blog dorang? Klik je header bawah ni :
Welcome to JF Studio : Lakaran Dinding


TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Sabtu, 28 Mei 2011

CC dan judi.


-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -



Wahaha... Baru je semalam buat entry pasal CC dan pelajar sekolah. Hari ni dah keluar paper pasal budak sekolah kena tahan masa tengah khusyuk main game siap denagn uniform dekat Sandakan. Sumber dari Metro Ahad 29 Mei 2011. Rupa-rupanya CC tu bukan sekadar pusat siber tapi ada buat pusat judi haram jugak. Tak pasal-pasal masih sekolah dah ada pengalaman kena tahan. Itulah kadang-kadang, kita bukan tahu kalau-kalau sesebuah kedai tu ada buat kerja haram disebalik kerja halal dia. Kena pandai selidik la kan.
ASYIK... pelajar leka bermain permainan dalam talian tanpa menyedari pusat Internet berkenaan diserbu.
[SUMBER]
Cerita pasal judi, semalam Amal pergi satu cyber cafe ni. Nak print kerja sikit, sebelah cc tu ada kedai nombor ekor.. erm, 4D. Amal perhatikan ramai ada juga lebih 5-6 orang MElayu keluar dari kedai tu. Aik? Ni kes nak cepat kaya punya pasal. Tak ke dorang terfikir, rasanya makin kopak adalah dorang duk beli nombor tu hari-hari. Menangnye tak jugak. Kalau menang pun, halal ke? Tak risau ke kalau duit haram tu jadi darah daging nanti. Duit haram jadi darah daging anak bini. Tak berkat la hidup. 


Beli-beli, tapi pakai topi keledar gelap. Malu le tu. Tau pun malu, tapi masih nak beli. Hmm, itu yang kedai berlesen. Terang-terang nampak. Ada kedai tak berlesen, contoh macam diatas tadi. Depan-depan cyber cafe, belakang premis judi haram. Dekat sini pun ada jugak, depan-depan kedai alat tulis, belakang, setiap hari ada je orang berkumpul keluar masuk. Terutama melayu la berlambak. Sebab orang tak berapa nampak kat situ kan. Ambil peluang lah tu. Yang peliknya, kedai tu selalu je polis keluar masuk beli barang. Kedai tu agak popular juga. Tapi kenapa tak pernah kena serbu? Ada bayar-bayar ke? ... Hmmm..
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

DOTA tu best sangat ke?

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal bukannya suka sangat pergi Cyber Cafe a.k.a CC tu. Itu bukan tempat Amal, kalau nak pergi pun fikir 4,5,6 kali dulu. Kalau nak pergi pun, atas desakan kawan, Amal akan pilih masa pagi. Kalau CC tu buka pukul 10 pagi, pukul 9.45 Amal dah tercegat kat situ, dan akan balik sebelum budak sekolah balik, dan Amal akan pergi pada hari bekerja saja.


Kenapa Amal tak suka? CC kat sini kebanyakannya ada game online. Bila ada game online sape lagi yang banyak lepak kat sana? Mestilah budak-budak lelaki, yang bukan budak pun berlambak. Game yang masih popular ni salah satunya DOTA. 
Apa yang tidak eloknya dengan keadaan ni? Bagi yang sekadar mengisi masa lapang dan menjadikan permainan tu sebagai salah satu hobi, its ok. Macam mana pula kalau sampaikan pelajar yang ponteng sekolah? Ingatkan apabila Amal pilih waktu macam tu, tak adalah ramai sangat yang berpeleseran kat dalam tu, rupanya, masih ramai. Di luar kedai siap ada tanda 'Student not allowed'. Tapi bila budak yang pakai seragam sekolah masuk, si tauke akan menyuruh dia tukar baju di dalam sebelum main game. Nampak sangat ponteng. Tauke pun bersubahat juga ke? 


Itu, tak apa lagi, selalunya masa strategik untuk Amal dan kawan-kawan lepak di CC adalah pada tengahari Jumaat. Ambil kesempatan la... dengan harapan CC kosong. Kalu ada pun Cina dan India je~ (Hehe, jangan buat selalu, sepatutnya masa ni kita hormat waktu solat ni.) Tak sangka pula, ada jugak LELAKI MELAYU? . Ehem, tak sembahyang jumaat ke? Siap pakai baju melayu lagi ye bang main DOTA tu? Mana lagi penting.. DOTA atau ALLAH? 


Ni lah namanya sesuatu itu boleh jadi haram boleh jadi harus bergantung pada diri. Hiburan itu harus, tapi kalau sampai jadi lalai, haram dah tu. Sesetengah orang, (nak cakap lelaki kan cakap berat sebelah, lagi pun, perempuan ada juga yang minat game ni kan?) cukup obses dengan permainan ni. Sampaikan macam game tu lah hidup dia.  Sampaikan kalau beborak pun pasal DOTA. Teringat hari tu ada orang tanya nama penuh, Amal cakap "Amal Lina". Dan dia balas, "eh, eh, Lina. Sedap, macam nama character DOTA la.."
samakan Amal dgn karekter seksi ni?? -.-"
Kawan Amal siap boleh kata "Kalau pakwe korang boleh balas mesej korang masa dorang main DOTA, tu maksudnya dia betul-betul sayangkan korang?" Boleh tangkap tak kesimpulan tu? Betapa pentingnya DOTA tu pada dorang. Best sangat ke, sampai kena fokus sangat?
TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Jumaat, 27 Mei 2011

Ini SERIUS.

- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Tiba-tiba rasa sangat menyampah nak buka dan update blog. Bukannya apa, Tak tahulah apa masalah Chrome ni. Tak boleh nak sign in blog. Macam tu juga dengan Mozilla. Bukan sebab lupa password atau ada suruh buat apa-apa verification, tapi browser tu seolah-olah tak boleh nak tangkap bila kita nak sign in tu. Balik-balik suruh masukkan password. Balik-balik page yang sama juga keluar walaupun dah loading punya lama. Nak kata masalah blogspot, orang lain boleh je sign in. Dan, bila Amal guna Internet Explorer boleh pula. Kenapa ye? Hmmm........

Nak guna Internet Explorer ni pulak aih, lambatnyeee. Bukan tu je, ada je yang tak kena bila nak buat something. Itu tak boleh, ini tak boleh. Mungkin ada sesuatu yang hilang kot kat programming komputer ni? Kena format ke? Baru je format 3 bulan lepas..... Sedih... T.T

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 26 Mei 2011

Kita rajin, kita untung.




- بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

 
Semuanya yang kita buat di dunia ni perlukan modal. Setuju? Tapi tak semestinya bermodalkan wang semata. Ada juga modal tenaga, modal air liur, modal suara, masa dan macam-macam lagi. Semua pekerjaan pun, perlukan komitmen. Tak kisahlah pekerjaan tu untuk kita atau orang lain, kalau nak hasilnya, perlu ada komitmen.
Contohnye, macam study. Perlukan masa dan tenaga untuk belajar. Perlu rajin. Kalau rajin baca buku, rajin ulangkaji, rajin latih tubi, result for sure gempak! Rajin pulak bukan disesuatu masa je. Rajin perlu berterusan dan constant. Bukan masa nak exam je, baru lah sibuk nak study sampai lebam. Selain itu, (macam buat karangan la pula) pekerja pun sama. Segala yang dibuat mestilah consistent. Barulah hasil pun lumayan. Yang berniaga dapat hasil berlipat ganda, yang makan gaji mana tahu dipandang oleh bos, dapat naik pangkat. Kan?
Samalah macam blogging juga. (hehe) Kalau kita rajin kita untung. Tak gitu? Rajin buat entri best. (macam la entri Amal best sangat nak ckp macam ni) Rajin blogwalking. Rajin komen entri orang. Rajin join segmen or contest mana yang patut. InsyAllah, pasti berjaya! (Chewah..)
Tips orang dah bagi, tak salah usaha sikit kan? Nak naikkan blog, join lah mana yang patut. Rajin-rajin blogwalking. Itu je, lagi banyak kita blogwalking, lagi ramai lah orang kenal. Barulah follower naik beriban-riban. (Follower pun baru 300..) Kalau tak rajin, kamu lah yang rugi sendiri. (ini Amal tujukan untuk diri sendiri juge. -.-“)

Okey, sebenarnya Amal baru blogwalking (lah sangat) dekat 2-3 blog (je pun). Blog wajib terjah hari ni blog Kak Diana. Salah satu blog kegemaran Amal. Entri beliau best-best. Buat Amal senyum je bace, sesuai dengan nama blog beliau. Baca entri terbaru, dan 2-3 entri lama beliau yang Amal terlepas. (tapi x dapatlah nak komen, line internet lambat) Ada entri-entri yang berkenaan blogger baru. Yup, Amal suka sebab boleh ambil tips-tips ni. Ada entri mengenai blogger yang nak cepat naik tapi caranya agak mementingkan diri. 

Oleh itu, tak bolehlah kita mengharapkan orang semata nak tolong kita buat sesuatu agar kita dapat faedahnya. Tak dapat dipastikan kat mana sistem win-win yang bakal terjadi kat situ. “Kamu untung. Kami rugi,” adalah. Oleh itu, kena pandai-pandai bawa diri, nak naik bukanlah senang, tapi, bukanlah susah sangat sesusah nak mengangkat beban bertan-tan. Tengok pada usaha anda 

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Rabu, 25 Mei 2011

Ustazah wannabe.

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Ingatkan doktor dan askar je ada 'on call'. Penganggur sementara berjaya macam Amal ni pun ada jugak rupenya. Tiba-tiba dapat panggilan drastik dari guru kanan sekolah rendah agama KAFA suruh ganti seorang ustaz yang tak dapat datang. Macam mana boleh dapat? Adew ler.... Susah-susah pun, Alhamdulillah... Ada juga pengalaman sebagai guru. Walaupun guru ganti jer. Masyuk la sikit kan. Hehe

Ingatkan senangla jadi ustazah@guru ni. Susahnya! Lagi-lagi kalau kena sekolah rendah darjah 1,2,3. Lagi teruk kalau guru tadika. Hmm... Kesimpulan untuk bebudak tu, N.A.K.A.L. Bukan Amal tak suka budak-budak, tapi 2-3 orang boleh tahan, masuk 20-30 orang? -.-" Speechless.

First-first masuk kelas tu pada pukul 2 ptg. Walaupun sepatutnya kelas mula pada pukul 2.30. Yela, nak buat ape je kat sana? Tunggu je la budak-budak tu kat kelas. Amal menjaga budak tahun 1. Perjalanan rutin kelas berjalan macam biasa. Alhamdulillah, misi dapat diselesaikan semuanya. Dari awal bacaan doa belajar. Asmaul husna, solat zohor, membaca qiraati, muqaddam, solat asar, sampailah bacaan doa penutup dan peraturan 'sapa paling senyap boleh balik dulu'. Masa itulah paling senyap sekali, kalau tak....

Dalam kelas sangat bising. Suara 'ustazah ni' pun tak dengar bila menjerit suruh senyap. Maca-macam ditanya. Panggil pun serentak, x tahu nak layankan yang mana satu. Semuanya kuat mengadu. Huhu Tak dinafikan memang comel. Tapi penat la Amal layan. -.-" Loyar buruk pun pandai budak-budak ni. Bila ditanya balik pukul brape. "Pukul 5 ustazah, tu jam dah pukul 5. Dah boleh balik.." (sambil sengih-sengih). Padahal waktu balik sebenarnya pukul 5.30. 



Budak tahun 2 dengan 3 kat sebelah tangah periksa. Lastnye, guru seblah datang tarik telinga budak-budak tu sorang-sorang. Yang Amal, separuh tenaga dah habis. Mana tak nya, bile suruh baca surah, bace beramai-ramai menjerit sekuatnya. Bile time rehat, duk berlari-lari ke luar, hentam-hentam pintu.

Ye, nampak sangat Amal tak pandai kawal budak-budak ni. Almaklumlah, first time. Nak marah-marah, nak pukul-pukul kan anak orang. Kalau anak adik sendiri pandai-pandailah Amal belasah. Nak tak nak layan je lah. Balik rumah migrain. Haha. Last tu, sebab tak tahan sangat, Amal menjerit sikit, bagi dorang takut, mata terbeliak sikit. Pandang sorang-sorang. Tau gerun. Hehe

Mungkin lepas nii, Amal perlu bawa sesuatu. Macam ustazah tu, bawa pembaris, ada yang bawa tangan je, cubit sorang-sorang. Amal? maybe......
 Apa-apa pun, It was a sweet memory and a good experience.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Isnin, 23 Mei 2011

Segmen Kereta Tempatan Pilihan Saya

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -


Amal pun tak tahu nak buat apa sekarang ni, otak dah kosong sebab terperap kat rumah. Oleh itu Amal amek peluang ni untuk join segmen FariqScorpio lepas Amal jalan-jalan ke 5-6 blog dalam bloglist Amal selama 2jam semalam. -.-" Dan hari ni online pagi-pagi untuk mengelak kesesakan line internet untuk buat entry ni dengan sukacitanya. XD
Menarik segmen ni, nak join jugak sebab segmen yang lepas dah terlepas. Gambar kereta FS ni Amal nak letak jugak sebab lawa. Ramai minat kereta ni kan? Tak dinafikan memang cantik pun reka bentuk dia.Nak bawa pun sedap. Ni feedback yang Amal dapat dari ucu Amal la. Amal tak ada lesen, macam mana nk bawa. Sesuai dengan golongan remaja. Tapi atok Amal pun ada juga satu satria. XD 


Ni link ke segmen tersebut : Segmen Kereta Tempatan Pilihan Anda
Kalau ikut tajuk, dia cakap kereta pilihan. Sebab kereta pilihan dangan kereta idaman Amal lain. Hehe. Kereta idaman mestilah yang grand punya. Tapi tetap kereta tempatan, Satria Neo R3 Lotus Racing. Ambek! Huhu. Memang banyak orang minat kan?
Dan, ini kereta pilihan Amal : Juara.
comey ^^
Jangan gelak! :-P Sebenarnya kereta ni dah lama dah keluar, tapi tak ramai yang tahu. Bila cakap pasal Proton Juara, orang akan tanya "Kereta apa tu?". Kereta jenis microvan atau mini-van ni tak mendapat sambutan pada mulanya. Sampaikan kat kampung ni orang akan kenal ayahanda dengan hanya menyebut panggilan 'Yazid Juara'. Tapi lepas kami sekeluarga pakai dengan bangganya sebab unik, ramai pulak yang pakai lepas tu. Ayahanda nak beli lagi satu, tapi harga sekarang dah makin tinggi pulak. 

Melalui reka bentuk dia, sebiji macam model kereta jepun. Kat Jepun berlambak kereta Juara. Kat Malaysia, ramai yang alergi kalau suruh naik kereta ni. Tahu kutuk je, kereta kotak mancis la, peti ais bergerak la, oven bergerak, mesin basuh, semua panggilan ada. Don't ever judge a book from its cover okey? Bila suruh rasa naik, sombong. Malu la konon. Dah naik, tak nak turun.Ehe.

Seriously, selesa naik microvan ni. Ruang pun luas. Kerusi tengah boleh lipat jadi rata. Jadi ruang belakang pun sangat luas. Nak bentang tilam tidur pun boleh. Kalau pergi berkelah tu, tak payah nak bawa tikar, lipat kerusi, buka pintu bonet, buka pintu sliding kanan-kiri, dah syok dah. Hehe. Nak parking pun senang, kereta kompak. Minyak pun jimat, lebih jimat dari wira. Yelah, 1.1cc je pun. Maintainance cost, boleh tahan. Tapi kena pandai jaga. Kalau rosak, spare part agak mahal. Nak murah jangan pergi Proton, pergi bengkel biasa je. Pandailah pomen tu buat.

Tapi, ruang belakang agak lambat sejuk, sebab tak ada blower. Tapi kereta ayahanda dah renovate aircond dia, so, tak ada masalah, sejuk je belakang. Dah macam duduk dalam 'peti ais'. Haha. Lagi satu, pakai juara ni, luas pemandangan, tingkap semua besar-besar :-P. Walaupun 1.1cc je, tapi sangat pick-up. Naik bukit selamba je, tapi nak drift, jangan mimpi la. Ini bukan kereta sport. Tak pasal-pasal melayang macam kapal terbang. Sebab kereta ni tinggi, nak sedap tukar tayar kasi lebar. Nescaya lebih smooth perjalanan.

Kalau nak cantik lagi, kenalah pandai-pandai modified. Ayahanda pun tengah modified secara perlahan-lahan. Sekarang baru tambah sport-light kat depan dan tukar tayar. Kalau dah modified, sangat cun. Macam mini alphard pun ada.



Pengguna kereta ni untuk orang yang berani menunjukkan kelainan. Macam moto kelab dia, Dare to be Different. 


p/s: dah rasa macam promote kereta.

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Jumaat, 20 Mei 2011

Jiwa kacau.

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Jujur, ini entry merepek.

Sedang online di tepi jalan raya depan rumah atok. Sampai macam tu sekali sebab nak dapat line internet. Tapi tetap tak dapat jugak. Tension-nye. HUHU..

Sekarang ni Amal telah ditag. Ada dua tag contest yang terbengkalai. Bukan tak nak join, bukan malas nak buat entry. Amal kalau ada sapa-sapa tag insyAlah, Amal join. Entry pun dah siap, ada kat draf. Kenapa tak publish? Amal tak dapat nak blogwalking nak inform kat kawan-kawan yang ditag, sebab tu tak berani publish lagi.. :-(

kalau dapat buka blog kawan-kawan pun, yang keluar tulisan je. Gambar, tagboard sume tak keluar. Jadi silent readers je la. Semalam lepak kat McD, sempat lah update blog, renovate sikit-sikit.

Rasa-rasanya kan, sampai habis cuti blog Amal setia kat 300 follower sebab tak blogwalking. HAHA. Bagus-bagus. Erm, pemenang contest ari tu mana eh? taknak tuntuk hadiah ke? Kawan-kawan yang baca ni tolong bagitau kat dorang ye? Amal tak dapat nak  inform dorang. Bye~

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)

Khamis, 19 Mei 2011

ADAB MENDENGAR ITU PENTING

-بسم الله الرحمن الرحيم - السلام عليكم -

Tengah kita sibuk-sibuk buat kerja sendiri, tengok tv ke, lipat baju ke, apa-apalah... tiba-tiba ada kawan datang nak ajak berborak. Tak kisahlah, nak bermanja ke, borak kosong ke, bergosip ke (mengumpat lettew.. dosa tau), atau pun nak mengadu domba pulak kan. Bagi yang terer bab mendengar ni, bagi 100% perhatian, tidak menyampuk, anda memang seorang rakan yang tip top. Tapi macam mana pula bagi yang endah tak endah je? 
Kadang-kadang kte pun tak perasan yang kita tidak memberi perhatian apa yang kawan kita cerita kan. Kawan kita duk pot pet pot pet.... tetiba kita boleh tergelak-gelak, padahal cerita yang dia ceritakan tu cerita sedih. Mulalah.. “Apsal ko gelak?! Ko perli aku ke?” .. “Eh, ko cakap ape tadi?” “....” ... Wassalam lah kamu kena bebel dengan rakan kamu lepas tu. Tup tup.. kena campak bantal “U tidur luar malam ni!!” . (roomate kejam)
Oleh itu, pandai-pandailah jaga adab semasa perborak ni. Adab mendengar tu penting. Barulah rakan-rakan rasa diambil perhatian, diambil berat. Kalau kamu tak dapat tolong selesaikan masalah mereka, jadi pendengar setia pun sudah cukup menyenangkan. ^^
Antara adab-adab mendengar, tidak kisah lah sama ada sedang mendengar kawan bercakap ataupun sedang mendengar segala jenis macam ceramah termasuklah ceramah agama ataupun perhimpunan sekolah.

1. Diam dan memperhatikan
Apabila kawan kita sedang berbicara, sebaiknya kita senyap dan perhatikan dia. 
Bagi perhatian ke dia.Janganlah, tengah dia bercerita kamu pulak sibuk main sms. Sikit-sikit “tweet..tweet..tweet..tweet..SMS..” . Tak pun, tengah-tengah dia bercerita, kamu pulak “GOLLLL!!..” padahal kat tv tu siaran ulangan je.=.=” Tapi, jangan lah pulak kamu pandang dia macam nak telan. Nanti dia ingat kamu perli dia pulak. Langsung tak jadi nak cerita.
Ketika sedang dalam majlis-majlis pula, tak perlulah rasanya kita berborak sakan. 
Dengar dengan teliti apa yang cuba disampaikan. Tapi pandai-pandailah elak dari mengatuk ye. 
Tak pasal-pasal dewan yang sunyi tu hanyak dengar suara penceramah, tiba-tiba berduet pulak dengan suara kamu berdengkur... “Kita hendaklah sentiasa.. (krohhhh..krohhh..).. saling mengingatkan ..(krohh..krohhh)..sesama manusia..(krohhh..krohhh)..”
Friman Allah dalam Surat Qaff (50) : ayat 37


إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ
Artinya : Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang Dia menyaksikannya.

2. Tidak memotong/memutus pembicaraan
Sebaik-baiknya, biarlah orang yang bercakap menghabiskan dulu percakapannya, 
    baru lah kita boleh menyampuk. ^^ . Jangan pula kawan tengah syok bercerita, belum lagi habis bercakap... kita mulalah.. “Ha, tula pasalnye..bla..bla..bla.. Mamat tu memang..” .... “Mamat mana ni..?”
 Melainkan, sesetengah penyampai (dalam majlis ilmu) mengizinkan para pendengarnya untuk menyampuk. 
“Sila angkat tangan jika mahu bertanya, tak apa.. saya tak kisah kalau orang menyampuk pun” .. 
(tapi, nanti bila ada orang angkat tangan “err, cikgu...saya..” .. “sekejap ye, bagi cikgu habis cakap dulu..” )

3. Menghadapkan wajah pada pembicara
Pandang mata pencerita, menunjukkan kita memberi perhatian kepada mereka. Eye contact itu penting ye. 
“I’m looking to your eyes.” 
Jangan memalingkan wajah darinya sepanjang perbualan selagi sesuai dengan syariat 
(kecuali kalau berbicara dengan lawan jantina.. kan lain pulak jadinya)

4. Jangan rasa diri kita lebih tahu dari yang berbicara
Senang bahasa, jangan ngade-ngade nak tunjuk pandai. 
Jangan membanding-bandingkan perkara yang dia buat dengan perkara yang kita buat. 
Tidak perlulah kita nak kecil-kecilkan masalah dia. 
“Eleh, benda kecik pn nak hebohla ko ni.. Tengok macam aku.. bla..bla..bla..” 
Mungkin kecil pada kita, tapi besar pada dia. Kan?

           Itu je la kot. Sape nak bagi lebih, dipersilakan.. Komen sentiasa terbuka.. ^^
I

TQ luangkan masa, alang-alang komenlah sekali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...